Diari Idul Adha : Lebuh Raya RakyatPerlu di Laksanakan secepat mungkin!

Bismillah,

    Sesungguhnya Hari Raya Idul Adha lepas cukup penting dan meriah terutama di negeri Kelantan Darul Naim. Negeri yang cukup unik terutama di bandingkan dengan negeri-negeri lain di tanah air tercinta ini. Tapi keunikan itu di palit satu perjalanan pahit sedikit dan memualkan jika di kecap rasa oleh setiap anak kelantan yang memandu dari kuala Lumpur ke Kelantan melalui Karak-Bentong-Raub-Kuala Lipis-Merapoh-Gua Musang-Kuala Krai. Jika di lihat sejenak,negeri-negeri lain sudah punyai Lebuh Raya besar penghubung antara negeri tetapi Kelantan tidak punyai keistemewaan tersebut.

    Kelantan mungkin mundur tetapi mundurnya kemunduran itu di cipta sendiri oleh Pemerintah Pusat yang menafikan keselesaan rakyat kelantan. Saya hampir16Jam memandu di atas jalan dari Kelantan ke Shah Alam. Terfikir sejauh mana kerajaan pusat memikirkan kesensaraan rakyat negeri cik siti wan kembang ini. Kita tidak mahu Politik menguasai hak kelantan dengan memancing undi tetapi sila laksanakan hak rakyat negeri.

    Sepengetahuan saya dari membelek info tentang pembinaan lebuh raya negeri kelantan ini sejak tahu 1986 lagi. Perkara itu sudah di rangka pada RMK ke 5 lagi. Lama dan uzur sudah rancangan itu. Tapi inilah Barisan Nasional sebagai kerajaan Pusat dalam melaksanakan perkara dalam RMK. Tidak terlaksana atas kezaliman Politik Mereka sendiri. 

    Harus dan wajar saya fikir Kerajaan Negeri Kelantan di bawah PAS merelisasikan “Lebuh Raya Rakyat” yang telah mula menguntip derma dari orang ramai. Saya fikir sebagai anak jati kelantan wajar sekali kita mengembleng usaha ke arah merialisasikan kehendak yang mendesak tersebut. Ini bukan lagi isu politik tapi isu hak dan kehendak semasa. Walaupun ada yang membawa siku dan kereta tolak berkarat ke SUK untuk mencabar secara “bodoh” ke atas kehendak kerajaan PAS kelantan tapi perlu kita fikir ke arah rasional. Wajar dan Wajib untuk  melaksanakan Lebuh Raya Rakyat itu.

     Jika tidak hari ini mungkin kita bersabar menunggu kerajaan Putrajaya di ambil Alih oleh PR untuk melaksanakan rancangan murni rakyat kelantan. InsyaAllah….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: