Wibawa seorang pemimpin dalam membela HUDUD : UMNO tidak punyai pemimpin “itu”

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang,

     Sebentar tadi sempat menjegah ke perkarangan stadium Shah Alam seksyen13 untuk mengetahui,menceduk dan mengamati gelombang “Jelajah Merdeka Rakyat” bersama pemimpin PR selangor termasuk kehadiran Abe Mat(Mat Sabu) dan DS Anwar Ibrahim. Gelombang itu satu gelombang kuat yang bermula sejak 2008 sehingga sekarang semakin membara bara kebangkitan rakyat.  Bara itu sukar di padam kerana UMNO-BN mencurah “minyak gas” ke atas bara malah semakin membara bara itu semakin di kipas oleh UMNO BN. Itu faktor bara semakin membara merah. Kebodohan atau tidak sengaja itu hanya UMNO sahaja yang boleh menjawab.

         Ada beberapa penjenguk blog saya menegur supaya saya tidak menyentuh isu politik dan focus kepada isu keagamaan. Saya membalas email tersebut dengan menjawab ini tanggungjawab saya sebagai orang Islam menjawab isu-isu yang berkait rapat dengan agama. Isu politik juga adalah darah daging dalam Islam di samping mualamat dan sebagainya. Soal furu’ atau tidak itu juga adalah rangkaian yang perlu kita ambil kira kerana Islam itu indah dan islam itu syumul. Jangan kita menyempitkan Islam tanpa politik kerana dengan politik Islam itu berkembang dan mampu di syiarkan lebih dari syiar sekarang.

             Berbalik kepada soal utama. Bara semakin merebak itu kini sudah mula manyala api dan semakin membesar api dari bara itu. Api itu lahir dari kelemahan UMNO dalam Isu HUDUD. UMNO berdiam diri dalam isu hudud apabila presiden MCA menghina HUDUD yang kononnya 1.2 juta rakyat akan kehilangan kerja. Kenyataan itu adalah kenyataan Isu Sejagat Islam/Ummah. Bagi saya UMNO perlu bertanggungjawab. UMNO sudah kehilangan kelakian dalam menegur parti komponen sendiri apabila tergelincir dari landasan bernegara.

           Sewajar nya apabila isu bangsa atau agama di salah guna maka UMNO wajar bangkit dan menegur rakan sebilik mereka baik dari MCA ,MIC  atau mana-mana parti mereka.Begitu juga MIC atau MCA apabila UMNO salahguna hak atau menghina adat agama mereka dan bangsa mereka,maka mereka perlu bangun dan berani menegur rakan seperjuangan mereka. Itu konsep berparti dan bekerjasama. Ini sudah tidak lagi ada konsep tersebut. DS NAJIB diam membisu dan ahli UMNO tidak berani untuk menegur malah tidak ada yang “bekeng” dalam isu ini.

            NGO seperti PERKASA diam membisu dan hanya mengelurkan fatawa bahawa mengundi MCA HARAM. Itu tidak cukup dan itu tidak wibawa dalam menagani isu UMMAH. Nabi saw di hina kita boleh bangkit tetapi dustur Allah di hina kita berdiam diri. Adakah kita hanya melayu tidak Islam ? Jawapan ada pada tindak tanduk kita sendiri.

                Wibawa UMNO kali ini terletak pada pembelaan dan pembetulan pada isu penghinaan HUDUD. Bagi saya secara halus melihat isu ini hanya di mainkan MCA atas titah UMNO sendiri. MCA tidak akan pandai berbicara isu HUDUD jika UMNO tidak mengajar cara menyerang PAS dan umat Islam yang menyokong oposisi. Tidak wajar bagi UMNO bertindak sedemikian semata-mata untuk kepentingan politik mereka.

                  Seorang ahli politik harus ada wibawa dalam mentadbir urus isu baru di hormati kawan ataupun lawan begitu juga seorang penulis politik harus punyai wibawa dalam mengatur kata-kata dan ayat supaya pembaca bisa menilai secara ilmiah dan hak berdiri dan menlenyapkan kebathilan. Itu lah “wibawa” yang besar erti nya tetapi sukar untuk di amalikan.

                      HUDUD sudah di palu gendangnya kembali oleh BN. Dahulu hanya UMNO yang memainkan peranan nya dalam Isu HUDUD kini UMNO punyai MCA untuk membakar bara-bara api rakyat. Selepas inimungkin MIC dan juga mungkin parti komponen lain akan sama berkokok semata-mata untuk menyelamatkan bahtera UMNO-BN yang hampir karam. Karam atau tidak hanya UMNO dan BN mampu menjawab bagaimana bahtera mereka bisa karam. Kerana kebodohan atau kerana kegopohan.

                       Apapun,kita perlu kembali kepada Allah kerana ISLAM adalah agama wahyu yang di turunkan oleh Allah swt ke atas rasul-rasul Nya. Penyatuan yang sebenar adalah Islam. Islam mengajar kita saling hormat menghormati ,yang miskin di bela dan yang lemah di jaga. Hak bukan islam harus di hormati dan hak agama lain juga usah di hina. Islam telah mengajar kita semua itu dalam kitab Al-Quran dan Sunnah. Hanya perlu kerajinan dalam membaca dan mengamati secara ilmiah. InsyaAllah…

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: