Only 3 state are safe for BN!

Theory Tun Daim Zainuddin : Only 3 state are safe for BN

  Dengan nama Allah swt,

     Sebagai orang Islam sudah pasti setiap apa yang berlaku itu atas kehendak Allah swt dan setiap jatuh bangun kerajaan itu sudah termaktub atas kitab dunia bahawa yang jatuh menjadi pengajaran bagi yang bangun dan yang tinggi menjadi alas rujukan bagi yang di bawah. Itulah kehendak dunia dan dunia adalah kehendak kita sebagai manusia.

      Bagi politik pula lain sedikit sifir kiraan nya. Jika 1 + 1 ialah 2 tetapi kiraan politik berlainan. Falsafah nya juga berubah dan bersandar pada selepas ia di implimentasi. Faktor,bundar,persamaan kuadratik tidak boleh di kira guna dalam politik kerana buku rujukan nya bertukar setiap masa. Pak Nujum menjadi tukang ramal yang paling di cari dan Pak Nujum inilah menjadi artis dalam dunia politik. Nujum nya kadang kala menjadi,kadang-kadang sipi-sipi dan ada kala langsung tidak mengena bak dadu di lempar tetapi semua mata dadu dua yang di bidik tiga. Itu di panggil tipu daya akal dalam politik.

Berlainan hari ini. Jika di darab kiraan politik negara pasti UMNO-BN akan terus berkuasa dari hujung tanah johor hingga lah ke hujung tanah Perlis kecuali bumi kelantan. Sabah dan serawak juga kubu kuat UMNO-BN tetapi itu sifir dahulu dan sekarang sifir itu sudah tidak lagi di guna pakai. UMNO sudah di kira “ayam tua” dalam politik rakyat Malaysia di simpan tak untung dan di jual rugi. Itulah UMNO yang di gunakan oleh ramai ahli perniagaan,orang kerajaan sebagai pelaris. Pelaris kepada perniagaan mereka untuk mendapat projek juta-juta. Pekerja kerajaan pula menggunakan UMNO untuk cepat di naikkan pangkat dan kekal dalam posisi jabatan tertentu. Itu lah lumrah dalam MALAYSIA tetapi kini versi nya berlainan.

     UMNO sudah tidak lagi di gunakan sebagai pelaris kerana ia sudah tua dan tidak berguna. UMNO sudah kurop dan tidak lagi dapat di selamatkan. UMNO menjadi mimpi ngeri kepada rakyat kerana UMNO tidak lagi berkhidmat kepada rakyat tetapi rakyat menjadi balaci kepada UMNO. Barang keperluan naik harga dan tuntutan rakyat semakin mendesak. Desakan itu menjadikan UMNO tidak lagi berkuasa di minda rakyat dan UMNO hampir kepada MAUT.

     Teory dari bekas orang no.2 negara Tun Daim Zainuddin menjadi luka UMNO semakin parah. Luka UMNO di cipta oleh UMNO sendiri dan darah itu menjadi nanah yang busuk kepada rakyat. Rakyat tidak perlu kan UMNO lagi. Hari ini lahir susuk baru iaitu Pakatan Rakyat. PR lebih dekat dengan rakyat dan berbicara soal isi perut rakyat. Inilah jalan baru bagi rakyat Malaysia!

     ………………….PRU 13 sudah hampir di UMUMkan oleh Datuk Seri Najib. Bersiap sedia dengan hujah di atas kertas UNDI untuk menafikan UMNO dan BN!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: