Rakyat Syria : Korban Rakyat di atas kezaliman Mustaqbirin Basyar Asad.

Sumber dari :Dr Zainul Rashid Zainuddin.

Saatnya akan tiba jua…

Tiada siapa yang mengetahui jumlah sebenar angka korban rakyat Syria sejak bermulanya kebangkitan rakyat sejak bulan Mac 2011 yang lalu sehingga kini miski pun dijangka telah mencecah 30,000 orang di seluruh negara.

Seorang wakil aktivis kebangkitan rakyat, Remy Abdul Rahman telah berkata bahawa jumlah kematian sehingga Sepember 2012 ini adalah seramai 30,716 dan 21,534 daripadanya adalah di kalangan penduduk awam. Jumlah ini adalah merupakan yang didaftarkan manakala angka tidak rasmi adalah berganda lebih tinggi. 

Kezaliman rejim Bashar al Assad, Presiden Syria yang turut didokongi oleh Hizbullah dan Iran serta mendapat sokongan Cina dan Russia adalah satu kekejaman yang tidak boleh diterima oleh mana-mana manusia yang berfikiran waras. Kezaliman ini tidak boleh dibiarkan berterusan begitu sahaja.

Mari bersama kita membantu saudara-saudara seaqidah kita yang teraniaya dengan apa jua cara sekali pun.

1-Mendoakan kebaikan mereka setiap hari.
2-Menyampaikan bantuan kewangan melalui badan-badan yang dipercayai.
3-Membuat bantahan secara terbuka dengan pelbagai cara
4-Mengikuti perkembangan semasa di bumi Syam ini
5-Penggembelingan tenaga aktivis kemanusiaan di Malaysia
6-Mengenali Syiah, strategi dan tindak-tanduk mereka.
7-Menggesa pengeluaran kenyataan dan tindakan yang lebih tegas daripada pihak kerajaan Malaysia.
8-Melibatkan diri dalam pembinaan generasi muda yang berwibawa yang akan mencorakkan masa depan umat Islam tempatan, serantau dan di peringkat antarabangsa.

Kepada saudara-saudara seaqidah di Bumi Syam,

Bersabarlah kalian dengan ujian yang berat ini dengan meletakkan harapan yang bulat hanya kepadaNya. Sesungguhnya tanda-tanda kemenangan itu sudah semakin hampir.

Kau maafkanlah kami di atas kealpaan dan kelambatan kami di sini. Namun insya allah, doa kami akan terus mengiringi perjuangan kalian sehingga jaya dan keadilan Islam akan terpahat di bumi anbiya’ yang bersejarah ini sekali lagi.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: