Diari kerdil : Syirik dan kurafat mencipta najis fitnah!

Dengan nama Allah swt yang Maha Melindungi hambaNya dari kejahatan dan bahana fitnah yang makin menghimpit dunia,Ameen.

     Allah swt berfirman dalam surah Luqman ayat 13

 “Sesungguhnya syirik itu adalah kezaliman yang sangat besar”

     Beberapa hari lalu saya mendapat fitnah yang paling buruk dalam sejarah hidup saya sendiri iaitu fitnah yang di kaitkan dengan unsur kurafat. Mungkin dunia moden ini minda manusia berkembang mengatasi ketinggian bagunan dan kepesatan urbanisasi tetapi masih ada sekelompok manusia yang menjadikan amalan dan ramalan kurafat sebagai kitab hidup walaupun Allah swt telah memberi amaran demi amaran dalam kitab nya seperti mana ayat dalam surah luqman yang saya mulakan di atas.

     Nabi saw juga pernah bersabda :

    Mahukah aku beritahu kalian dosa terbesar dari dosa-dosa besar ?” Dan Nabi saw menerangkan antara dosa-dosa besar tersebut adalah (1) Syirik. (2) Derhaka kepada ibu atau bapa. (3) Membuat kesaksian palsu. (HR Bukhari)

     Sejauh mana kita berpegang dengan agama sejauh itu jugalah hati kita harus beralas dengan agama. Tidak boleh berkiblatkan hati dan jiwa selain dari Allah swt. Saya sering di ajar dan di tegur oleh Naqib saya yang mana sebagai manusia Islam harus kita melihat dunia dan kehidupan dengan pandangan Allah swt bukan melihat dengan pandangan kita. 

     Tidak di sangka talian persahabatan yang di bina di palit dengan fitnah yang tidak boleh di terima dek akal. Fitnah itu najis dan lebih najis apabila fitnah itu di bina kerana kejumudan terhadap ilmu ghaib. Ilmu ghaib itu tetap ada. Kita wajar beriman dengan ilmu ghaib tetapi perlu di ingat tidak wajar untuk kita bertuhankan fahaman keji kurafat. Amalan syirik tetap akan kekal syirik dan rentetan dari kesyirikan itu akan menzahirkan fitnah dan kerosakan dalam masyarakat. Saya teringat satu sabda dari Rasulullah SAW yang bermaksud:

Syirik yang dilakukan umat ku lebih tersembunyi daripada semut halus yang merayap di atas batu yang besar.” (Riwayat Al Hakim)

 Kepada pembaca budiman,

     Kita mugkin tidak menyembah berhala lagi dan tidak lagi menjadikan matahari,pohon malahan manusia sebagai tuhan tetapi kita perlu kuatir dan sangsi terhadap amalan keji yang tidak kita sedari. Kita mungkin rajin membaca al-quran,menjadikan usrah sebagai amalan dan majlis agama sebagai amalan tetapi tanpa kita sedar kita telah menolak Allah secara tidak sedar. Kita mencipta fitnah hasil dari mulut-mulut bomoh yang jelas tidak beralas dengan al-quran dan hati tidak berkiblatkan Allah. Menjadikan qadim,jin sebagai pembantu,firasat malahan inilah kedajalan dan kesialan yang membawa kerusakan besar dalam masyarakat.

    Bersabarlah wahai manusia kerana dunia adalah sementara. Dan hak tetap akan menyelapkan kebathilan. Hak itu adalah keadilan dan kebenaran dan kebathilan itu adalah hasil fitnah dari lidah-lidah manusia yang bertuhankan syaitan. Allahuakhbar.

     Apa yang terjadi kepada saya bukan untuk mengaibkan sesiapa dalam blog ini tetapi sekadar kita sama-sama beringat dan berkongsi supaya kita jauh dari unsur kesyirikan dan fitnah. Mungkin kita solat tetapi jangan jadikan solat sebagai senjata untuk kita mempercayai kesyirikan. Belajarlah ilmu makrifat dan bertuhankan Allah,senantiasa berdoa supya kita tidak tergolong dalam golongan yang riak dalam kehidupan dan menolak Allah dalam kehidupan. Berpeganglah dengan tali Islam dan berharaplah kepada Allah kerana hanya Allah swt yang mampu memelihara kita dari kejahatan mehnah tersebut.

Sesungguhnya yang paling aku khuatirkan atas kamu sekalian adalah syirik kecil (syirik khafi), riya’. Pada hari kiamat, ketika memberi balasan manusia atas perbuatannya, Allah berfirman, “Pergilah kalian kepada orang-orang yang kalian tujukan amalanmu kepada mereka di dunia. Lihatlah, apakah engkau dapati balasan di sisi mereka?” (Riwayat Imam Ahmad)

    Benar dalam kehidupan, kita selalu memandang hal yang besar tanpa mempedulikan perkara-perkara kecil. Namun perlu diketahui yang kecil dan halus itulah lebih mudah menyerang dan merebak sehingga akhirnya kita terperangkap tanpa sedar. Sungguhpun syirik khafi tidak membatalkan iman seseorang, tetapi jika dibiarkan ia boleh mencederakan tauhid dan pengesaan terhadap Allah.

Jangan terlampau yakin bila kita tidak pernah menyembahkan tuhan lain selain Allah, kita bebas dari melakukan syirik. Ketahuilah bahawa perjuangan melawan sifat-sifat jahat dalam hati terutamanya syirik khafi adalah jihad sepanjang hidup. Jangan terhenti dari jihad ini kerana sejarah telah membuktikan manusia-manusia alim juga boleh tewas dengan rayuan iblis dan syaitan. Sehingga hati dan iman menjadi binasa.

Oleh itu berhati-hatilah dengan perbuatan, pengungkapan serta kata hati kita setiap hari. Apa jua yang terjadi dan berlaku semuanya atas kehendak dan kuasa Allah SWT jua. Bukan atas kehebatan dan keupayaan diri sendiri, benda mahupun makhluk lain yang sebenarnya tidak punya kuasa apa-apa!

 

 

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: