Hazad Ad-Deen karangan Sayyid Qutb

“Jari telunjuk ini yang
menjadi saksi setiap kali di dalam sembahyang bahawa tiada Tuhan melainkan Allah
dan Muhammad adalah utusan Allah tidak mungkin sama sekali akan menulis coretan
yang hina dan mengampu-ampu. Jikalau sememangnya saya layak dipenjara, saya reda
menerimanya. Tetapi jikalau saya dipenjara dengan zalim, saya sama sekali tidak
akan tunduk memohon belas kasihan daripada orang vang zalim…


Sebelum beliau syahid, ini adalah pesanan beliau

Saudara!
Seandainya kau tangisi kematianku dan kau
siram pusaraku dengan air matamu maka diatas tulangku yang hancur luluh
nyalakanlah obor buat umat mulia ini dan teruskan perjalanan ke gerbang
jaya

Saudara!
Kematianku adalah suatu perjalann mendapatkan KEKASIH
yang sedang merindu taman-taman di syurga TUHAN-ku bangga menerimaku
burung-burungnya berkicau riang menyambutku bahagialah hidupku dialam
abadi

Saudara!
Puaka kegelapan pasti akan hancur dan alam ini akan
disinar fajar lagi biarlah rohku terbang mendapatkan rindu-NYA janganlah gentar
berkelana di alam abadi nun di sana fajar sedang memancar

*pesanan
akhir ini di tulis beliau beberapa ketika sebelum beliau menemui syahid pada
hari Isnin 13 Jamadil Awal 1386 bersamaan 29 Ogos 1966

Advertisements