Bersama Allah di waktu sukarmu…..

Dengan nama Allah swt yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang,

      Allah swt berfirman

Sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.”
(ayat ke-6)

     Apabila meniliti Surah Al-Insyirah dari awalan ayat sehingga lah saya terjumpa ayat di atas dimana Allah swt menjadikan ayat ke  6 itu azimat hati yang menguatkan hati yang lemat dan mengeringkan mata yang basa,menceriakan jiwa yang lara dan memberi cahaya kehidupan pada yang merasa hidup sudah tidak bererti.

       Asbabul Nuzul ayat di atas di jelaskan oleh riwayat dari Ibnu Abbas RA telah menceritakan bahawa ayat ini diturunkan ketika orang-orang musyrik mencela orang-orang muslim kerana kemiskinan mereka. Imam Ibnu Jarir telah mengetengahkan sebuah hadis melalui Al-Hasan yang telah menceritakan bahawa ketika ayat ini diturunkan ayat di atas.

    Lalu Nabi SAW bersabda:

Bergembiralah (hai orang-orang mukmin) kelak datang kemudahan bagi kalian, kerana satu kesulitan sekali-kali tidak akan dapat mengalahkan dua kemudahan”.

    Sesungguhnya Umat Islam tidak pernah bersendiri dalam jalan-jalan dakwah. Sudah menjadi lumrah dan azali lagi kehidupan tidak selalunya ceria dan jiwa tidak selalunya tenang kerana itulah lumrah. Tetapi Umat Islam terutama yang beriman senantisa berada di sisi Allah dan Allah senantiasa memerhati hamba-hamba Nya.

   Ramai di kalangan sahabat saya yang terdiri dari pejuang politik,pendakwah,pengajar dan juga rakan sejawat sebagai jurutera senantiasa ada kesulitan. Di saat kesulitan itulah kita perlukan Allah swt sebagai pendiding dan tempat bergantung harap. TIdak dapat tidak kita adalah hamba Allah. Sehebat mana pun kita kita tetapi hamba Nya yang kerdil dan hina. Allah itu Maha Adil, tidak sesekali Dia meletakkan sesuatu ujian di luar kemampuan makhluknya, seperti mana dinyatakan dalam Surah Al-Baqarah (2:286).

     Apapun,kita perlu kembali kepada Allah kerana hanya Allah yang berkuasa membalik kan hati hamba-hamba Nya. Tidak dapat tidak kita lah manusia yang perlu bergantung pada Allah. Ibarat pokok,walaupun ia berdiri gah dengan batang dan rimbunan ranting yang mekar tapi jika tidak mendapat cahaya dari matahari dan air dari langit ia lama kelamaan akan layu,suram akhirnya membaham tanah mati meninggalkan bangkai pokok yang di makan ulat,anai-anai dan mungkin di buat kayu api yang akhirnya menjadi abu yang langsung tidak berguna apabila di jual. Itulah lumrah kehidupan.

      Apabila kita bergantung pada manusia,dunia lah yang kita dapat tetapi jika kita bergantung pada Allah maka keseluruhan akan mendapatkan kita kerana kita milik Allah swt.. Usah tamak dengan dunia dan usah bersedih dengan kehidupan kerana dunia akan berhenti (kiamat) dan kehidupan akan bertitik noktah(mati) sehingga akhirnya kita akan di beri pilihan sama ada memilih syurga atau nerana. Kerja syurga atau neraka bukan milik hati kita untuk di pilih tetapi iman yang di beri hak. Jika tipis maka tipislah balasan nya dan jika ia tebal iman nya maka teballah titian sirat yang bakal memberi pilihan kepada kita.

   Semoga kita mendapat naungan yang sejati dari Allah swt. InsyaAllah.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: