Adakah pintu itu masih terbuka?

Kejap tadi hati tersentap dengan kabaran duka dari seorang sahabat yang di cintai. Cerita derita yang mungkin memberi sentuhan pada jiwa yang tenang ini. Teringat dosa lampau yang di buat secara dalam sedar dan secara tidak sedar . Allah itu Maha Membuka dan Allah juga Maha Menutupi setiap aib-aib hamba Nya. Semoga pintu taubat masih terbuka buat diri kerdil ini dan kita semua. InsyaAllah.

Lumrahnya,kita sering gagal dalam menakluki nafsu kita sendiri. Kekadang kita mampu jua kekadang kita kalah dalam menentang nafsu. Itu semua melibatkan iman yang mungkin turun kerana makanan iman tidak di bekalkan. Itu namanya manusia awam seperti kita. Mahu tidak mahu,berdoa dan berusaha ke arah lebih baik. Tangisi kesilapan hitam itu dan berdoalah sepaya dosa silam Allah tutupi  dan ampuni dengan rahmat Nya terutama di dunia dan akhirat Allah kelakl.

Nabi saw pernah bersabda

الإِنْسَانُ لاَ يَخْـلُو عَنِ الخَطَاءِ وَالنِّـسْيَانِ

Yang bermaksud, manusia itu tidak sunyi daripada membuat kesalahan dan lupa.

    Kita mungkin menangis hari ini kerana kesal dan sesal dengan dosa dan keterlajuran kita di masa lampau,hasil dari kita menangis hari ini insyaAllah kita akan senyum gembira kerana Allah mengampuni kita di akhirat kelak Ameen. Lebih baik dari kita gembira dengan dosa silam kita yang mana bisa jadi di akhirat kelak kita menangis kerana azab akan tiba di sebabkan kita gembira dengan kesilapan di dunia. Nauzubillah.

    Ingatlah,pintu taubat masih terbuka.

    Setiap kesilapan  itu adalah guru yang paling baik untuk kita ke arah menjadi manusia lebih soleh dan solehah. Ingatlah firman Allah swt

katakanlah(wahai Muhammad): wahai hamba-hambaku yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri(dengan perbuatan maksiat),janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah,kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia jualah Yang Maha Pengampun,lagi Maha Mengasihani” (Al zumar:39)

Rasulullah saw juga bersabda:

Allah akan menerima taubat hambaNya selama mana nyawa belum sampai ke lehernya”

InsyaAllah

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: