Himpunan Mansuh PTPTN : Mahasiswa mara menentang dasar UMNO-BN

Bermula pukul 2petang tadi,pemuda dan mahasiswa berkumpul menyatakan satu matlamat iaitu mahsuh PTPTN. Inilah suara muda yang bakal mengegarkan pemerintah pusat UBN.  Kumpulan demostrasi mula berkenaan mula berkumpul di perkarangan Masjid Jamek, Kuala Lumpur pada pukul 2 petang dan berarak melalui Jalan Raja Laut untuk menuju kawasan pusat membeli belah Sogo.

Slogan yang digunakan oleh para himpunana Mahasiwa ialah “Najib Altantuya”, “Mansuh PTPTN”, “Jahanam Umno-BN”, “Musnah Rosmah”, “Reformasi” dan “Jahanam Najib.”Kumpulan siswa itu turut kain rentang yang bertulis ‘Free education now!’, ‘Mahasiswa bukan robot’ dan ‘Mansuh PTPTN’.

Perhimpunan diketuai aktivis mahasiswa Adam Adli Abdul Halim dan pemimpin Solidariti Mahasiswa Malaysia itu turut disertai NGO Gabungan Anak Muda Pantai Timur.

Semoga ini permulaan untuk kemaraan kita ke putrajya dan mencapai kemenangan untuk rakyat.

4.20 ptg : Adam Adli dan seramai 200 aktivis akan terus berkhemah di satu sudut di Dataran sebagai menunjukkan komitmen dan solidariti untuk terus mendesak kerajaan mansuhkan PTPTN.

 

3.55 ptg : Perarakan sudah tiba di Dataran Merdeka dan dianggarkan jumlah peserta sudah mencecah 4,000 orang.

Kelihatan beberapa orang mendirikan khemah di Dataran Merdeka sebagai komitmen untuk menduduki kawasan itu sehingga Kerajaan Pusat mendengar rintihan mereka.

3.40 ptg : Himpunan yang sekarang berjumlah 2,500 orang itu sekarang bergerak menuju ke Dataran Merdeka dari Sogo.

Adam Adli di dalam ucapannya berkata mahasiswa akan berkhemah dan berkampung di Dataran sehingga Najib datang menemui mereka.

3.30 ptg : Nurul izzah menucapkan tahniah kepada para peserta yang berani melahirkan bantahan dan mahu perubahan.

Beliau berkata ini usaha pertama ke arah mewujudkan sistem pendidikan percuma.

“We want free education not corruption. (Kita mahu pendidikan percuma bukan korupsi)

“Negara harus ke arah pendidikan percuma dan tindakan ini merupakan langkah awal.”

3 20 ptg : Pengerusi SMM Safwan Anang berkata mahasiswa akan terus mendesak rakyat untuk menolak rejim Umno yang membebankan pelajar dengan hutang tetapi pada masa sama, mengkayakan kroni mereka.

“Rakyat sudah muak dengan dasar kapitalis dan kroni kerajaan. Kerajaan membazir dan kebas duit rakyat, sedangkan mahasiswa dibeban dengan hutang.”

Difahamkan peserta himpunan terdiri dari mahasiswa daripada universiti-universiti terbesar di Malaysia seperti Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Universiti Selangor (UNISEL) dan Univerisiti Teknologi Malaysia (UTM).

3  ptg : Peserta himpunan mula satu upacara untuk kalungkan bunga melur pada gambar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak dan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Khaled Nordin.

Mereka juga meletakkan Batu Nisan dengan tulisan “Demokrasi by KPT” sebagai tanda protes terhadap Kerajaan Pusat yang tidak menunaikan janji untuk memansuhkan pinjaman itu.

Difahamkan himpunan tersebut melencong ke Sogo kerana tidak mahu menggangu persiapan program seni industri budaya di Dataran Merdeka.

2.55 ptg : Perarakan dari Masjid Jamek sudah sampai perkarangan pusat beli belah SOGO di Jalan Tuanku Abdul Rahman.

Kumpulan tersebut sudah mencecah sekitar 1,500 peserata daripada berbagai bangsa dan agama. MP Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar juga tiba dan penyertai himpunan.

2.40 ptg : Hampir seribu peserta himpunan mansuh Pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) menuju ke Jalan Raja Laut ke bangunan Sogo.

2.30 ptg : Peserta himpunan mansuhkan Pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sudah sampai di Dataran Merdeka.

Kumpulan yang bergerak dari Masjid Jamek sudah berjumlah 500 orang.

Kelihatan MP Batu Tian Chua menyertai kumpulan tersebut.

2.10pm :  Orang ramai mula berkumpul di kawasan Dataran Merdeka Peserta himpunan mansuhkan Pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) mula berkumpul di Dataran Merdeka.

Peserta himpunan mansuhkan Pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) mula bergerak dari perkarangan Masjid Jamek di Kuala Lumpur menugu ke Dataran Merdeka.

Kumpulan yang terdiri dari pemimpin Pakatan Rakyat dan pelajar institusi pengajian tinggi itu dianggarkan seramai 300 orang.

Mereka juga melaung-laungkan slogan hancur “Hancur Rosmah, Hancur Najib”, “Mansuh PTPTN”  dan membawa sepanduk “Mansuh PTPTN” dan “Bebas”.

Juga kelihatan aktivis Asalkan Bukan Umno Haris Ibrahim di Dataran Merdeka. Antara aktivis lain yang hadir adalah Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia  Safwan Anang dan Adam Adli.

 Kredit kepada rakan-rakan fb dan SelangorKini. Terima kasih kepada rakan-rakan Mahasiwa yang hadir.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: