Salam reformasi,

Riuh dan gegak gempita satu negara akan cerita tentang pendidikan percuma yang di janjikan oleh pemimpin Pakatan Rakyat. Maka dengar lah juak-juak dari UMNO-BN yang menafikan kebolehan PR dalam memberi pendidikan percuma kepada rakyat jika PR menang. Pelbagai alasan dan kesan di bentangkan oleh UMNO BN sehingga ada yang menyatakan negara akan “Bungkus” atau muflis jika PR meneruskan jika dapat memerintah kelak.

Bagi saya,pendidikan percuma tidak jauh beza nya dari janji dalam menifesto PR selangor untuk memberi air percuma kepada rakyat selangor. Tapi hasil nya janji itu tidak kosong dan ia telah di kotakan. Bagaimana ulasan UMNO BN sebelum perlaksanaan itu? Pelbagai ulasan di beri sehingga  ada yang menyatakan selangor akan muflis tapi bahasa sama di gunakan untuk isu pendidikan percuma ini.

Plato ada menyebut pendidikan penting untuk mengelakkan dari menghasil penguasa yang buas….

Advertisements