901 bukan untuk DSAI sahaja tetapi simbolik perjuangan rakyat

Salam dari meja jurutera ke tinta dakwah,

Assalamualaikum,

     Mungkin pasti atau tidak 901(9 Jan 2012) akan ada cerita baru dalam politik tanah air dimana Mahkamah akan melepaskan Ds Anwar atau memenjarakan pemimpin utama PR itu. Itu persoalan yang makin hari makin mendebarkan rakyat dan pemerhati politik. 

        Jika zaman gelombang reformasi 1998 itu mungkin perjuangan di sana adalah untuk diri DSAI tetapi beberapa jilid-jilid sejarah megajar rakyat kuasa politik tidak wajar di campur aduk dalam soal penghakiman. Tun Mahathir di lihat mampu memacu negara menjadi negara moden tetapi keadilan rakyat di anak tirikan. Ekonomi semakin tenat selepas bersilih Perdana Menteri.

     Dalam soal keadilan,rakyat di khianati tanpa pembelaan yang wajar oleh undang-undang.  Mahasiswa sebagai contoh di lihat sebagai agen pembangkang sehingga layanan sebagai pelajar universiti di ketepikan oleh pihak pentadbir. Amat memberi kesesalan pada saya ada rakyat yang menyokong tindakan pihak universiti dan pihak berkuasa melayan anak-anak kecil ini. Di pukul,di sepak malahan suara mereki di hentikan dengan berdepan dengan tindakan universiti.

    Pemimpin seperti DSAI perlu di pertahankan kerana dia adalah simbol perjuangan rakyat. Seperti Mahatma gandi di India maka di malaysia simbol keadilan dan pemacu perubahan transformasi negara adalah DS Anwar Ibrahim bukan DS Najib kerana kelemahan najib adalah perlaksanaan dan hanya bunyi nya bigit dan bising tetapi “actual” perubahan itu hanya pada kertas surat khabar.

    Sebagai rakyat kecil,saya yakin kekutan DSAI tetap tinggi. Perlu di ingat,Nelson Mandela meringkup dalam penjara selama 27 tahun sebelum menjadi presiden Afrika Selatan, Aung San Suu Kyi yang memperjuangkan demokrasi Myammar dikurung sebanyak 21 tahun sebelum dilepaskan. Tetapi ikon-ikon ini akhir nya menjadi nadi perubahan dunia. Nama nya bukan kecil-kecil api tetapi nama nya gah menjadi bahan rujukan para pengkaji sejarah.

     Rakyat perlu bangkit dari tidur. Sudah lama kita kebelakang dari sudut menuntut keadilan rakyat. Kerajaan BN mungkin kuat dari sudut mengerakkan jentera kerajaan untuk melawan arus rakyat tetapi perlu di ingat selagi rakyat mampu memegang undi maka BN atau mana-mana parti perlu berhati-hati. Mungkin dulu kita jauh kebelakang dari sudut sumber informasi tetapi hari ini maklumat senantiasa bertukar nada malahan setiap gerak kerja pemimpin rakyat sudah boleh “access” tanpa halangan.

       Maka,901 ini adalah permulaan untuk rakyat bangkit dan bergerak. Saya yakin jika gerakan ini bermula nya kecil tidak pelik akan merebak perubahan gelombang itu sehingga gelombang itu memecah tembok ke egoan UMNO-BN. InsyaAllah. Sebagai umat Islam,golongan musta’affin(yang di tindas) ini senatiasa di beri perhatian oleh Maha Pemerintah iaitu Allah swt. Sehebat-hebat Firaun memerintah mesir tetap hancur di tangan seorang Nabi. Semoga kita istiqomah dalam gerak kerja perubahan ini. InsyaAllah~

One response to this post.

  1. Posted by budak comot on January 7, 2012 at 2:09 pm

    moga 9/1 m’jadi titik tolak jatuhnya politik kotor di Malaysia

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: