Di mana keyakinan mu?

Bismillah,

Dengan Nama Allah swt yang punyai nikmat yang cukup luas dan kekuasaan Nya meliputi langit dan bumi sehingga burung-burung,dedaunan dan gunung ganang berzikir memuji kehebatan Allah swt. Allahuakhbar!

   Wahai insan,

Dalam kehidupan ini penuh dengan pelbagai dugaan,cabaran dan ujian yang tidak pernah lega dan bosan. Ujian dan kesedihan umpama pokok dan akar dimana menebal nya pokok melintasi kemuncak pasti akan di cengkam oleh laluan angin yang kencang. Semakin tinggi pokok itu maka semakin hebat cubaan dan dugaan. Mujurlah pokok itu di pegang kencam oleh akar yang menjalar di atas tanah sebagai penguat bagi pokok itu . Begitulah juga kita sebagai manusia,semakin tinggi kita maka semakin hebat ujian yang akan di hadapi. Hanya manusia yang berjaya mengisi hati dengan iman dan kesungguhan berfikir maka manusia itulah yang berjaya. Tanpa iman manusia itu akan lemah dan tanpa iman kesabaran tidak akan hadir dalam hati kerana sabar itu di bentuk dari beberapa usaha hati dan akal secara “bertuhan”. InsyaAllah.

    Syeikh Abdul qadir Al-Jailani menyatakan,

Seorang hamba harus menghadapi perintah untuk dikerjakan, larangan untuk dijauhi dan takdir yang harus disabari.” Subhanallah.

Seorang hamba harus memiliki tiga kesabaran, sabar diatas ketaatan dan perintah Allah hingga menunaikannya, sabar dari maksiat dan larangan Allah sampai tidak terjerumus padanya, dan sabar menghadapi takdir dan ketetapan Allah hingga tidak murka dengannya.

Ketiga hal inilah yang diwasiatkan Luqman kepada anaknya dalam firman Allah,

يَابُنَيَّ أَقِمِ الصَّلاَةَ وَأْمُرْ بِالْمَعْرُوفِ وَانْهَ عَنِ الْمُنكَرِ وَاصْبِرْ عَلَى مَآأَصَابَكَ إِنَّ ذَلِكَ مِنْ عَزْمِ اْلأُمُورِ

Artinya:

“Hai anakku, dirikanlah shalat dan suruhlah (manusia) mengerjakan yang baik dan cegahlah (mereka) dari perbuatan yang mungkar dan bersabarlah terhadap apa yang menimpa kamu.Sesungguhnya yang demikian itu termasuk hal-hal yang diwajibkan (oleh Allah).” (QS. Luqman:17).

Wahai insan,

   Allah swt telah menetapkan ujian itu sebagai SAHABAT dalam kehidupan. Si Isteri pasti merasa si suami adalah ujian bagi hidup nya begitu juga si guru akan merasa anak-anak murid dan sejawat nya sebagai ujian dan si IBU pasti akan merasa anak dan keluarga adalah ujian dalam kehidupan. Tetapi ujian itu adalah nikmat tetapi jangan sekali-kali merasa nikmat itu berupa azab kerana berhati-hati dengan”Laknat Allah swt” .

  Ujian itu tidak wajar di tangisi kerana ujian itu adalah cara Allah mendekatkan diri NYA dengan HAMBANYA. Subhanallah.

   Ingatlah,Allah telah berfirman dalam suruh Ar-Ruum Ayat 60 Di mana Allah swt bersabda

Maka bersabarlah kamu,kerana janji Allah itu adalah benar”

Sahabatku,ingatlah dimana UJIAN merupakan tetamu yang tidak diundang bagi semua manusia tidak kira Islam mahupun tidak. Majoriti manusia tidak suka dan tidak mahu diuji, mendapat bencana, kesusahan dan sebagainya. Mahu atau tidak, kita semua pasti diuji Ujian, kesusahan, penderitaan, atau masalah yang datang perlu disambut dengan sifat sabar. Barulah kita nampak hakikatnya, kedatangan itu untuk mendidik dan mengajar bagaimana menempuh kehidupan di dunia yang fana ini. Orang Islam yang ingin selamat daripada azab ALLAH, mendapatkan pahala dan rahmat-Nya serta masuk ke SyurgaNya, hendaklah dia menahan nafsu daripada segala keinginan dunia, di samping sabar atas segala kesulitan musibahnya. ALLAH mencintai orang-orang yang sabar.

Ingatlah,tidak ada manusia yang senantiasa gembira dan tersenyum di atas dunia tanpa di beri ujian dan bala’ termasuk Nabi-Nabi dan Rasul-Rasul Allah sehingga para wali-wali Allah. Ujian itu berat tetapi Allah akan membantu meringankan bebanan itu dengan syarat kembali kepada Allah swt. Nabi Muhammad sentiasa di himpit ujian dalam susur jalur dakwah nya sehingga menitis air mata mengenangkan umat nya yang terus menghina nya tetapi sabar itu menjadi tunjang kepada siri dakwah rasullullah swt. Rasulullah s.a.w mengingatkan:

Siapa yang berlatih bersabar, nescaya Allah akan menyabarkannya (menjadikannya sabar).”  (Bukhari, Muslim)

Cukup lah dari menangis. Dan kembali lah pada dunia yang luas dengan nikmat Allah swt yang terbentang hebat kecantikan Nya. Allah itu senantiasa memerhati hamba-hamba nya yang bersabar dan mengadu pada Nya. Dan ingat,dunia ini adalah sementara yang tidak sementara. Jika kita berputus asa,pasti esok dan lusa akan kita lalui kesukaran yang Maha Hebat tetapi jika kita terus melangkah dan langkah yang hebat dan kental maka esok dan lusa pasti menjadi hari yang hebat.

Ingat,tidak ada manusia hebat yang memenuhi sejarah naik tanpa ujian dan kesukaran. Kisah Abraham Lincoln yang melalui kesukaran ketika zaman kecilnya tetapi kerana sikap dan fikiran positif, akhirnya beliau menjadi Presiden Amerika Syarikat.

Jika kita lemah dan membunuh harapan maka pasti teknologi yang kita kecap hari ini tidak akan menjadi kenyataan kerana “harapan” itu telah di bunuh dengan ujian dan kekecewaan. Aristotle pernah berkata

Harapan adalah impian yang terbangun”

Insan,

Rasulullah s.a.w adalah contoh terbaik seorang yang sangat optimis. Dalam keadaan kehidupan yang ditekan oleh masyarakat arab Quraisy dan ketika itu dunia dikuasai oleh dua kuasa besar iaitu Rom dan Parsi, namun Rasulullah tetap yakin suatu hari nanti Umat Islam akan menewaskan kedua-dua kuasa besar itu. Kata-kata nabi itu sangat memotivasikan para sahabat dan umat Islam selepas itu sehingga akhirnya Islam berjaya menewaskan kedua-dua kuasa besar itu dan akhirnya Islam berjaya menguasai 2/3 dunia.

  حَتَّى يَقُولَ الرَّسُولُ

وَالَّذِينَ آمَنُوا مَعَهُ

مَتَى نَصْرُ اللَّهِ أَلا

إِنَّ نَصْرَ اللَّهِ قَرِيبٌ

“…sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya: “Bilakah datangnya pertolongan Allah?” Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat.” (QS Al-Baqarah 214)

.........Dari meja Jurutera ke tinta dakwah....................

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: