Masa untuk bersiap!

Bismillah,

   Dan tidak ada yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada (mengesakan dan mematuhi perintah) Allah, serta ia sendiri mengerjakan amal yang soleh, sambil berkata: “Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang Islam (yang berserah bulat-bulat kepada Allah)!”

Setiap orang yang bergelar Islam dan mengelarkan diri nya Islam wajib untuk menyerah patuh pada ajaran Islam. Islam bukan lah agama yang kecil dan hanya di amal di atas tikar sejadah dan bangun malam semata-mata tetapi sejauh mana sumbangan kita untuk menenggak kan dustur Allah swt!

       Kita (ISLAM) hari ini di lihat amat lemah dan kecil jika di bandingkan dengan agama kristian atau yahudi. Agama kristian amat peka pada penganut mereka dan soal pendidikan,kesihatan dan dakwah cukup di titik berat sedalam-dalam nya. Kita di mana dalam soal-soal itu? Hospital asunta sudah cukup untuk menggambarkan kehebatan agama kristian. Saya ketengahkan bukan untuk menanam api kebencian tetapi cuba kita sebagai umat Islam ceduk kecantikan yang mereka lakukan. Kecantikan itu sudah pasti datang dari Allah swt.  Allah swt melalui rasul-rasul Nya telah di pogramkan sehebat mungkin sehingga berdirinya madrasah-madrasah Islam yang unggul. Iraq menjadi bandar ilmu dan Andalusia menjadi kota islam yang hebat kerana berdiri di atas ilmu islam yang kuat.

        Tetapi saya cuba tekan kan di sini,usah kita senang dengan sejarah andalusia, iraq, dan kehebatan sistem madinah dan mekah. Itu sudah berlalu dan itu adalah hasil peluh perit para da’ie  yang berdiri atas dakwah yang konsisten,sistematik dan berilmu. Cuma gambara baru adalah kita! Kita lemah dari sudut pelbagai. Kita longlai dari mengisi agenda dakwah dan kita lompang dari segi mengisi medium ilmu umat Islam. Hakikat adalah kepastian yang perlu kita telan.

Umat yang dahaga kan Ilmu

    Sejauh mana kepentingan ilmu dalam perjuangan Islam? Benarkah kita betul-betul kosong dengan ilmu? Tepuk dada tanya selera.

    Ilmu dan dakwah cukup sinonim kerana dakwah tanpa ilmu ibarat bercakap tanpa lidah. Kosong dan kosong tanpa isi. Kita hari ini perlu sibuk kan diri untuk mendidik anak-anak muda dan diri kearah pemuda berilmu. Saya teringat lagi pogram yang di jalankan oleh Prof Zulkifli di mana pada tahun 1964  PAS di bawah Prof Zulkifli menghantar sepuluh orang pelajar-pelajar Malaysia yang pertama untuk melanjutkan pelajaran ke Iraq. Secara sulitnya, ia adalah persediaan awal untuk melahirkan satu generasi perjuangan yang berlainan dengan generasi yang sedia ada . Akhir nya kita lihat perjuangan PAS hari ini sudah hebat melangkah kehadapan.

      Kita dahagakan ilmu!

       Baik siapa pun kita, samaada kita dalam ABIM,JIM,Hisbul TAhril atau apapun, kita perlu perkemaskan barisan rijal-rijal dengan ilmu. Kita sibuk menyiapkan mereka dengan ilmu dakwah tetapi kita lupa untuk jadikan mereka sebagai doktor islam yang hebat,kita juga lupa untuk bawa anak-anak muda ke arah menjadi jurutera islam yang dinamis dan unggul dan kita longgar untuk melahirkan mahasiswa universiti yang kental dari segi ilmu dan hebat dari segi akhlaq. Kita bangga kerana anak-anak muda yang sibuk ke masjid tetapi kita lupa untuk mendidik mereka supaya cemerlang dalam siri akademik. Berapa ramai anak muda Islam ketinggalan dalam soal akademik di universiti? Semua itu perlu kita fikir dan renung,cari kepastian dan cari titik pertemuan untuk bersama. InsyaAllah

       

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: