Adakah itu di panggil kifarah

Bismillah,

Sesungguhnya, apabila Allah s.w.t. itu mengaishi seseorang hamba Ia akan mengujinya. Dan apabila Ia mengujinya, sama ada dengan menurunkan penyakit dan sebagainya, Allah akan memberikan kesabaran. Dalam menghadapi cubaan seperti ini, kesabaran adalah paling utama. Sesungguhnya orang yang bersabar akan diberikan pahala mereka tanpa hisab (az-Zumar: 10)

Setiap manusia di cipta Allah dengan pelbagai rupa bentuk kehidupan dan kepelbagaian ujian dan susur kesusahan dalam kehidupan. Ada manusia yang lemah dari segi dalaman dan ada juga manusia yang kuat secara dalaman.Inilah di panggil lumrah kehidupan.

Lihat tapak kaki kita. Semakin kuat kita berjalan maka semakin tebal kulit kaki sehingga tidak dapat rasa kekasaran jalan. Begitu juga dengan jiwa kita. Semakin kuat ujian dan ujian itu berterusan maka semakin hebat dan kebal jiwa kita. Itulah kehebatan Allah dalam mencipta susur jalur kehidupan hamba Nya. Kuatlah wahai jiwa yang kosong kerana jiwa yang kosong perlu di isi dengan ilmu Allah kerana di sebalik ilmu Allah itu ada nya rahsia.

Sayyidatina Aishah ada berkata, bahawa baginda Rasulullah ada bersabda yang bermaksud: Tidak menimpa ke atas seorang mukmin satu kecelakaan, biarpun duri,ataupun lebih daripada itu, melainkan Allah akan menggugurkan dengannya satu dosa. (Maksud hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslirn)

Sedarlah,usah kecewa dengan kehidupan kerana nikmat yang paling besar dari Allah swt ke atas hamba Nya adalah kehidupan. Kehidupan hadiah yang paling indah dari Allah ke atas hamba Nya. Jadi,usah kecewa wahai insan kerana sebalik kesedihan dan keperitan hidup kerana Allah sedang tersenyum untuk memeluk hamba Nya.

Dalam sebuah hadis lain Rasulullah s.a.w. juga pernah bersabda yang bermaksud:Rintihan orang sakit tercatat sebagai tasbih, kegelisahan dan jeritannya sebagai tahlil, nafasnya seumpama sedekah, tidurnya sebagai ibadah dan kegelisahannya,daripada satu,bahagian ke satu bahagian lain adalah bagaikan jihad kerana Allah s.w.t. dan ditulis baginya sebaik-baik amalan yang pernah dilakukan semasa sihat.

Jangan kecewa wahai insan. Dalam kehiduapan ini penuh dengan fitnah. Baik fitnah itu datang dari diri atau dari wanita itu semua adalah kifarah dan bentuk ujian untuk kita bersabar. Allah bersama kita,insyaAllah kuatkan hati.

 

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: