Pilihanraya Sarawak : Petunjuk iklim perubahan

Bismillah,

Jika 30tahun dahulu rakyat melaysia hanya keluar mengundi untuk melepaskan batuk di tangga kerana sudah pasti pilihan mereka tetap pada BN sebagai parti “Master” negara. Tetapi kini seakan ada petunjuk perubahan yang besar apabila rakyat melaysia sudah berani untuk bersuara,berani untuk “berpendapat’ dan jujur dalam mentafsir. Ini di panggil perubahan minda dan kematangan bernegara. Seorang yang tinggi nilai pelajaran nya tetapi jika ia mengikut arus tanpa berfikir itu bagi saya sudah di kira ‘bodoh’ dalam kehidupan. Allah swt sendiri mengajar kita berfikir,melihat setiap ciptaan Nya langit dan bumi,manusia dan tumbuh-tumbuhan kerana Allah tidak mengajar hamba Nya malas berfikir kerana dengan berfikir kita dapat membezakan kita ini manusia yang berakal atau manusia yang bertindak atas akal orang lain.

Negara kita telah lama di perintah UMNO dan BN dan kelemahan mentadbir UMNO BN terlalu menonjol. Jika saya meneliti komen dari bangsa cina di sarawak di mana mereka bercakap soal harga minyak naik, suvivor mereka untuk hidup , soal pendidikan tetapi apabila di tanya komen dan ulasan dari melayu sarawak mereka berbicara soal jalan raya tidak terturap,longkang tersumbat, perhubungan antara bandar terlalu lemah sedangkan mereka perlu melihat jauh lebih dari jalan raya dan longkang tersumbat. Bagi saya walaupun soal longkang tersumbat,jalan raya tersumbat dan tidak ada wi-fi itu semua adalah asas yang tidak perlu kita fikirkan kerana itu tanggung jawab pemerintah . Pemerintah perlu di tegur oleh sang cerdik pandai bukan di sogok oleh pemerintah . Ini perlu di ubah!

Pilihanraya sarawak ini adalah pentunjuk baru perubahan politik negara. Jika kes liwat,video lucah menjadi isu oleh kerajaan BN untuk memancing undi maka Pakatan Rakyat perlu mendidik minda rakyat supaya berfikir jauh dari umpan-umpan kolot. Didikan dalam bentuk politik itu penting kerana di sebalik berpolitik rakyat akan di asuh cara memilih di samping belajar melihat urus tadbir negara secara sudut yang berbeza. PR perlu selamat kan negara dengan politik bersih dan berilmiah. Soal video lucah dan liwat adalah cara didikan pak kadok yang inginkan simpati tetapi PR perlu meraih simpati rakyat dengan cara berbicara soal ekonomi ,bentang kan kepada rakyat soal plan 10 tahun atau 30 tahun negara selepas PR memerintah. Taburkan rakyat dengan soal kebajikan yang bakal di bela. Jangan main kan soal longkang,jalan rosak kerana itu cara luncai dan pak kadok berfikir.

Inilah masa untuk kita sebagai rakyat dan ahli PR menjadi agen perubahan. Jika Nabi di turunkan wahyu untuk mensejahterakan ummah maka kita wajib menjadi egen untuk menyelamatkan negara dari belenggu kebodohan. Kita di perintah  oleh pemimpin yang ‘gila pangkat dan guna harta kerajaan untuk isi perut sendiri sedangkan rakyat mengikat perut dan bermati matian di luar sana untuk menanggung segala beban ekonomi. Jika mentadbir negara tanpa mengira soal isi perut negara maka pemimpin dan pemerintah itu bukan lah pemerintah yang baik dan pemimpin yang bijak.

Jika hari ini masa untuk kita berfikir maka esok adalah masa untuk kita bertindak. InsyaAllah

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: