Apbila prinsip menjadi jijik!

Bismillah,

  Islam mengajar kita supaya tekad dalam hala tuju hidup. Dalam solat umpamanya,doa iftitah menjadi tata cara dan sumpah setia kita sebagai hamba Allah di dunia kepada Allah swt . Inilah di panggil prinsip. Cuba kita sama-sama renung,sejauh mana prinsip orang Melayu Islam hari ini tekad untuk “berprinsip” . Mungkin Ya mereka berprinsip tetapi prinsip kearah kebendaan,bertuhankan wang dan mengadaikan maruah Islam sebagai label agama pada diri melayu.

     Sebab itu memahami prinsip islam itu sangat penting untuk di fahami. Dalam Islam di panggil “Al Ghayah” la tubarrir al washilah” di mana prinsip yang tidak boleh menghalalkan cara.  Hari ini,prinsip mana yang kita pakai? Kita mengaut keuntungan sesama kita,kita lupa untuk naik kan martabat Islam sebaliknya kita gila-gila mengaut keuntungan untuk diri sendiri. Di mana maruah beragama kita?

     Saya teringat kata-kata Imam Ahlussunnah Ahmad bin Hanbal di mana beliau berdoa: “Ya Allah ! Matikan kami dalam Islam dan As Sunnah” (Al Fikrah) . Doa Iman Ahmad bin Hanbal membukti kan prinsip kehidupan perlu di adaptasi dari doa. Doa itu penting dan kehidupan adalah datang dari prinsip yang di doakan.

     Islam hari ini terlalu lemah sehingga sanggup bergadai golak hanya untuk kepentingan diri. Kita mengejar prinsip kekayaan dari mengejar prinsip penghormatan pada diri. Sebab itulah ramai orang bukan Islam tidak lagi menghormati kita. Mereka menghormati kita dari sudut kepentingan dan menolak dan mengkeji kita di sebalik tabir kerana kita manusia yang lemah untuk berprinsip.

     Rasullulah saw pernah bersabda “Sebaik-baik manusia adalah di generasiku (para shahabat), kemudian generasi setelah mereka (paran tabi’in) kemudian generasi setelah mereka (para taabi’ut tabi’in)” (HR. Bukhari dan Muslim)

      Kenapa Rasullulah saw mengungkap kan sedemikian? Ini membuktikan rasullulah amat mengetahui zaman generasi rasullullah dan generasi tabai’in adalah terbaik kerana hasil didikan yang amat berkesan. Rasullulah saw bukan mendidik ilmu kepakaran berekonimi,berpolitik semata-mata tetapi rasullulah saw terus mendidik zaman nya dengan prinsip ke arah rijaltul aqidah “rijal yang berprinsip akidah” .

    Hari ini orang bukan Islam memijak lumat kepala orang Islam kerana kita kurang ber akidah. Akidah kita lemah dan persatuan kita longlai. Kita hina dan kita keji kerana perbuatan kita sendiri. Kita mungkin ingin maju tetapi kita lemah dalam berprinsip.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: