Jutaan Tipu daya : Fitnah

Bismillah,

   Sampai bila saya mampu untuk menyampaikan ilmu agama dalam siri tulisan di blog yang Maha Kedil ini. Subhanallah. Mungkin esok hari terakhir mungkin juga Allah masih memberi izin untuk saya menulis dan terus menulis di samping berkira-kira untuk menunggu kebenaran dan kemenangan Islam. Mungkin menunggu itu adalah saat yang paling perit dan lemah kerana perlukan “sabar di atas sabar” .

    Perlu di ingat,setiap kata-kata ini

setiap marhalah itu ada rijal nya dan setiap marhalan itu ada cubaan Nya. Oleh itu masing-masing dari kita ada cubaan Nya dan ubat nya adalah sabar di atas sabar. Kita ingat bagaimana kata Allah dan bagaimana kata rasul. Kita kembalikan solahan dakwah dan kita habiskan kata-kata dakwah ini habis-habisan kerana Allah…Sabran ala sabran-sabar di atas sabar. InsyaAllah Allah akan kembalikan rahisa-rahsia Nya”

    Semalam kita terus berdiri dengan kekuatan tetapi hari ini kita longlai kerana dakwah itu punyai fitnah.Berhat-hati dengan fitnah kerana fitnah bisa menghancurkan gunung yang tinggi dan bukit yang kukuh hanya kerana fitnah dan bejana nya kekacauan fitnah. Usah kita rasa selesa dengan jamaah kerana di dalam nya perlu kan pemerhatian dan asuhan yang mendalam. Kadang kala keselesaan itu sendiri adalah racun dan kadang kala si penutup aurat bisa membuka aurat orang lain hanya kerana penyakit hati yang keji dan hina. Subhanallah.

      Kembalilah kita dengan sebenar-benar Kalimatullah yang terkandung dalam kitab-kitab Allah. Kita menangis hari ini kerana kehinaan dunia terhadap kita(pejuang Islam) tetapi yakinlah dengan janji-janji Allah swt. Setiap janji Allah itu adalah benar.

JANGAN SAMPAI MERAGUKAN KAMU TERHADAP JANJI  ALLAH  KERANA TIDAK TERLAKSANA APA YANG TELAH DIJANJIKAN, MESKIPUN TELAH TERTENTU (TIBA)   MASANYA, SUPAYA KERAGUAN ITU TIDAK MEROSAKKAN MATA HATI KAMU DAN TIDAK MEMADAMKAN CAHAYA SIR (RAHSIA ATAU BATIN) KAMU.

   

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: