Najis fitnah di dalam tudung islam!

Bismillah,

    Manusia mana yang tidak pernah melakukan kesilapan. Kesilapan itu menjadi lumrah kehidupan sebab itu Allah swt mencipta “pintu taubat” dan mencipta neraka dan syurga bagi manusia fikir sejauh mana kemampuan diri nya untuk menuju taubat. Saya ingatkan,jangan sekali-kali perlekehkan taubat kerana taubat itu adalah anugerah Allah untuk semua hamba Nya. Tidak pada si pemakai tudung labuh dan tidak juga hak milik hanya pada si pemakai sarban atau kupiah. Nikmat Allah itu cukup indah kerana Allah cipta untuk kesempurnaan kehidupan ciptaan Nya supaya setiap isi alam Nya kembali tunduk kepada Allah swt.

   Saya teringat doa Abu Muhammad al-’Ajami Rahimahullah sentiasa berdoa dengan ucapan: “Ya Allah, jadikanlah kami orang-orang yang baik.” . Subhanallah. Setiap kita wajib mencari titik pertemuan kehidupan dan pencipta. Sebab itulah bongkak,sombong,fitnah adalah najis yang senantiasa berlegar-legar di dalam diri orang Islam kecuali seorang muslim itu senantiasa dekat dengan taubat dan senantiasa tunduk dengan kesempurnaan dunia.

    Dunia di cipta oleh Allah untuk di huni oleh manusia yang beradab. Beradab bermaksud ber”wahyu” kan Allah. Berilmukan kitab-kitab Allah dan berkiblatkan dengan satu kiblat. Jika seorang Islam itu benar-benar memegang tali wahyu pasti dia akan “bertemu mata” dengan Allah swt. Meminta dan mengadu pada Allah swt dan bukan mencipta fitnah yang jelas memburukkan lagi kehinaan duniawi. Allah swt berfirman

Tiada sesuatu juapun yang menyerupai-Nya, dan Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.” (al-Syura : 11)

Wahai sabahat,

      Saya mengingatkan,berhati-hati dengan nafsu. Cuba kita renung,berapa ramai orang islam yang hebat perjuangan Nya di gelar Naqib dan Naqibah di puja puji dengan kecantikan Islamik pada rupa diri nya tetapi goyang pada bahana fitnah. Mencipta adu domba dalam bentuk yang kurang nampak tetapi berhati hati wahai sabahat. walaupun hati itu milik Allah tetapi setiap hati-hati manusia ada yang di buka hijab untuk melihat sandiwara duniawi kerana Nabi saw pernah bersabda

Takutlah kamu dengan firasat orang mukmin kerana ia datang dari Allah swt”

      Ilahi Anta Maksudi,Waredo’Ka Makhlubi (KepadaMu Ya Allah aku maksud, keredoaan Mu aku tuntut) . Kita mencari dan mengapai redo Allah tetapi berhati-hati kerana di sebalik pencarian kita kerana jalan yang lancar tidak bermakna dihadapan tidak ada rintangan kerana halangan itu bisa jadi hasil sifat sombong yang kita cipta tanpa sedar. Ingat amarah Allah swt

“Di antara kamu, ada orang yang menghendaki dunia dan di antara kamu (juga) ada orang yang menghendaki akhirat.” (Ali-Imran : 152)

Sesungguhnya kebahagiaan dan keberuntungan akan menjadi bahagianmu, dan datang kepadamu tangan-tangan mujaddid (pembaharu) yang akan membersihkan kamu daripada sentuhan tangan-tangan makhluk, serta akan membawamu menghampiri pintu gerbang taqarrub kepada Allah. Allah berfirman, yang berbunyi:

“Di sana, pertolongan itu hanya datang dari Allah Yang Haq.” (Al-Kahfi : 44)

Fitnah.

       Kenapa perjuangan Islam masih longlai? Jawapan saya ialah Fitnah dan Adu Domba. Saya sedih kerana ia bukan datang dari luar “negara islam(jamaah Islam) tetapi ia datang dari suku sakat pejuang sendiri. Fitnah ini untuk apa? kerana hati kita tidak puas untuk mengecap dunia atau kerana hasad yang membakar hati-hati kita? Cuma fitnah bukan datang dari kumpulan kafir tetapi api-api fitnah datang dari tundung-tundung labuh Islam dan sarban-sarban pendokong jamaah. Mungkin sikit tetapi kerana yang kecil ini membuat si besar goyah tanpa arah tuju.

Fitnah-fitnah didatangkan kepada semua hati…Hati manapun yang mengecapnya maka akan hadirnya tompok hitam pada hati nya”

    Saya petik satu hadith sebagai ingatan kita semua di kitab al-I’tisham, bab ke-7, hadits no.7308, mauquf kepada Sahl bin Hanif di mana rasullullah saw bersabda

‘Wahai sekalian manusia, curigalah terhadap pendapat pribadimu di atas agamamu…”

 

      Berhati-hati,usah guna Ilmu dan kelebihan untuk kepentingan diri dan biarlah kita mampu menjadi rahmat kepada semua manusia dan kehidupan walaupun orang yang kita beri mamfaat itu tidak langsung memberi kelebihan. Yang penting kita bertuhan kan Allah dan kembali kepada wahyu. Berfikir dengan iman tanpa menggunakan “ainul yakin” semata-mata. InsyaAllah

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: