Menunggu politik baru!

Bismillah,

     Teori politik pertama, kerajaan yang lama memerintah akan jatuh apabila hak dan kebajikan rakyat di abaikan. Teori kedua, kerajaan yang lama memerintah akan terus menjadi kerajaan tetapi akan secara dalaman akan di ubah dan berubah mengikut keadaan dan tekanan yang di kenakan oleh pihak-pihak berkaitan. Dan teori terakhir kerajaan yang memerintah akan terus memerintah tanpa sebarang bentuk perubahan kerana beberapa asbab dan kerajaan itu mungkin akan terus memerintah sehingga kiamat.

    Perlu di ingat dalam sejarah dunia terutama sejarah Islam telah melakar warna warni dan kehebatan bentuk sistem yang terhasil dari “keadaan” yang berbeza. Islam telah memerintah dalam masa yang cukup lama sehingga kerajaan Uthmaniah di turki jatuh pada tahun 1924.

    Di malaysia kita mungkin bertuah dari beberapa sudut iaitu dari segi keamanan dan negara yang di perintah secara bersistem. Tetapi dari beberapa sudut kita sebagai rakyat mungkin kurang baik “luck” kita kerana negara yang memerintah secara “menekan” dan “tertekan” di sebabkan beberapa asbab tertentu (korupsi dan sistem demokrasi bersifat monarki )

    Sebagai rakyat yang “kecil” dan “tidak berpangkat” sudah pasti suara kita kurang di dengari mereka yang bergelar pemimpin. Pemimpin biasa nya hidup di istana dan berselindung dengan himpunan kemewahan hasil peluh rakyat. Pemimpin “itu” menabur kesenangan kepada saudara terdekat dan rakan-rakan tanpa memikirkan hasil yang di tabur adalah hasil tangisan rakyat,ketar lutut rakyat dan keringat rakyat sehingga rakyat di tekan hina oleh pemerintah demokrasi “monarki” .

Perlu ada perubahan!

    Pengajaran demi pengajaran di hadirkan kepada dunia termasuk kita di malaysia. Rakyat turnisia,mesir mampu menggulingkan pemerintah yang “berkepala besar” sehingga tersungkur hina pemimpin “berkepala besar” mereka. Sejarah kehebatan dan keberanian rakyat turnisia dan mesir telah melakar sejarah hebat dalam peta dunia yang patut di puji oleh rakyat dunia. Di malaysia,pemimpin yang bersifat “kepala besar” wajar memerhati sejarah di asia barat itu. Pemimpin malaysia wajar ke tikar sejadah dan berdoa kepada Allah supaya di kekal kan mereka dan di lindugi . Bertaubat dan ber-insaf! Itu penting.

   Kesimpulan, rakyat malaysia perlu berfikir dan bertindak secara akademik. Di malaysia,pemerintah tidak boleh merubah pemerintah dengan kekerasan tetapi dengan akal dan bijaksana. Pemerintah yang uzur dan tua harus di letakkan di satu sudut negara iaitu di musium peringatan. InsyaAllah

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: