Adakah layak untuk kita diam?

Bismillah,

Allahuakhbar, Allahuakhbar, Allahuakhbar!

   Apabila di perhatikan dengan pandangan mata kasar kehidupan ini penuh dengan pelbagai tipu helah dan behana yang cukup keji permainan nya. Permainan manusia yang bertuhankan hasad dengki,berkiblatkan kesombongan dan mementingkan diri,bertopengkan jubah dan tudung, berlagak sombong. Inilah kehidupan yang Allah swt cipta untuk manusia itu sendiri berfikir dan fikir,merenung dan tenung dan bermuhasabah.

    Setiap unsur ada nya punca dan setiap asbab ada nya sebab. Allah tidak jadikan setiap susur jalur kehidupan dunia Nya ini bersahaja kerana setiap kelongsong ada nya isi. Cuma bergantung pada manusia sama ada berani untuk berfikir atau malas untuk memikirkan nya. Mudah percaturan Allah swt di atas muka bumi Nya ini.

    Bumi ini di cipta berpenghuni dan penghuni Nya adalah manusia yang di panggil khalifah. Dari sudut pandangan ulama seperti Ibnu Khaldum dan al maqardi dalam kitab nya menyatakan Allah jadikan khalifah di atas muka bumi untuk mengantikan tugas-tugas nabi,mengamalkan agama Nya dan memerintah bumi dengan agama. Jelas. Bumi ini bukan barang yang harus di pijak tetapi harus di pikul amanah Nya. Cuma amanah ini berbeda dengan amanah kehidupan biasa kerana amanah yang di tetapkan oleh Allah ini bukan barang “enteng” untuk di tafsir dan di biarkan tergantung tanpa di langsaikan.

   Sesuai dengan firman Allah swt

Dan sungguh telah Kami tulis didalam Zabur sesudah (Kami tulis dalam) Lauh Mahfuzh, bahwasanya bumi ini dipusakai hamba-hambaKu yang soleh.” Surah Al-Anbiya’: 105

    Bumi ini hanya layak di pijak oleh manusia yang kenal siapa diri nya dan bertuhankan Allah swt. Sopan dan zuhud hati nya. Pandanglah langit Allah dan perhatikan mana cacat cela ciptaan Allah dan pandanglah ciptaan hina manusia maka perhatilah berapa banyak cacat cela nya. Itulah kehebatan Allah swt.

    Kita wajib menjadi soleh! Dalam soal kehidupan kita,bersuami isteri mahupun bernegara. Dalam sejarah islam itu sendiri kehebatan Islam muncul kerana pemimpin-peminpin Islam itu sendiri berfikrah Islami dan di baluti oleh orang-orang soleh untuk menegur setiap susur kehidupan dan pemerintahan. Dalam sistem monarki lampau juga membuktikan Sultan Zainal Abidin 3 menjadikan Tokku Pulau Manis sebagai guru nya dan penasihat agama nya. Inilah kesempurnaan Islam dan kehebatan Islam….. (bersambung)

%d bloggers like this: