Kejatuhan PKR dan tribulasi

Dengan nama Allah swt yang maha Pengasih dan Maha Penyayang,

       Sudah lama saya tidak saya menulis tentang politik secara khusus kerana mehnah ujian yang di lalui semakin hari semakin pedih dan perit kerana perjuangan dan kehidupan akan di imbagi dengan kesenangan dan kedukaan.

      Beberapa hari ini politik negara kembali berwarna warni. Setelah beberapa kali kenyataan Dato Zaid Ibrahim mengkritik keras PKR dan kepimpinan sehingga penamat cerita ini adalah “Dato Zaid meletakan jawatan dalam parti” .

     Beberapa rakan memberi ulasan “zaid tidak istiqomah” .

     Saya tidak dapat mengatakan apa-apa kecuali saya ingatkan ingatan dari kekasih Allah kepada umat tercintanya

Orang Mukmin sentiasa di ambang lima dugaan yang susah; mukmin yang dengki padanya, munafik yang benci padanya, kafir yang memeranginya, syaitan yang menyesatkannya dan nafsu yang sering bertarung untuk mengalahkannya”.

        Perlu di ingat,setiap kepimpinan ada kelemahan dan saya senantiasa berfikiran sebegini…. > Jika seorang pemimpin itu hebat,baik tetapi di sekeliling nya perangainya seolah-olah “bersetan” maka pemimpin itu juga bisa di cop sebagai setan. Tetapi jika seorang pemimpin itu lemah tetapi sekeliling nya wara’ , alim, hebat, berfikiran jauh, istiqomah , tegas dengan ilmu , zuhud maka pemimpin itu akan menyamai dengan sifat-sifat orang sekeliling nya. Begitu juga sebagai manusia,memilih pasangan bukan perkara kecil kerana jika pasangan itu punyai Phd sekalipun tetapi hati nya tidak dapat di kawal dengan nafsu dengki,amarah dan demdam maka itu adalah sifat-sifat syaitan yang tidak dapat tidak bisa memberi kesan kepada struktur rumah tangga itu sendiri.

      Pada persepsi kedil saya Dato Zaid seorang yang jelas dengan ilmu nya. Dia tidak bisa berkecimpung dengan “alasan” dan “bertangguh” . Pemikiran nya berlainan sedikit dari pemimpin lain kerana saya dapat rasa melalui membaca buku tulisan nya dan hasil buah fikiran nya sehingga saya melihat ” orang ini tidak akan di sukai oleh orang ramai” .  Saya teringat kata-kata dari mark twain di mana beliau berkata

“orang yang punyai idea baru adalah orang yang aneh sehingga idea nya menjadi kenyataan”

      Kita sebagai manusia jika pemikiran kita “kontra” dari pemikiran orang-orang biasa maka kita akan di katakan “luar biasa” . Jika “luar biasa” itu dapat di terima oleh orang-orang biasa maka kita akan jadi biasa tetapi jika orang-orang biasa ini tidak dapat menerima kita maka kita bakal menjadi mangsa. Mangsa kepada fitnah dunia dan nafsu manusia akan membuak-buak mengatakan tidak pada kita.

      Dalam pakatan rakyat, penyokong dan ahli terlalu bermegah-megah dengan kepimpinan nya. Ya saya boleh katakan kita wajar dan harus wala’ dengan pemimpin tetapi ada kadar dan dengan kadar sukatan nya. Teguran itu bukan bererti kita tidak wala’ dan kritikan bukan bermakna kita tidak pandai menjadi ahli.

      PKR sebuah parti baru dalam tanah air. Saya tidak berani katakan parti ini di tubuhkan untuk DS Anwar Ibrahim  kerana saya yakin PKR sebuah parti hebat dan kehebatan nya mampu mengegarkan negara. Misi dan visi nya jelas untuk keadilan rakyat . Sebab itu formula saya jelas PKR hebat kerana ada nya parti “kawan” yang konsisten dan istiqomah pada kondisi “usahasama” dan sifat-sifat DAP dan PAS terlalu wara’ , adil , istiqomah dan punyai ahli yang cukup istimewa. Jiwa mereka seperti sudah di matikan dengan parti . Hidup mati kerana parti dan rela mati kerana parti”

     Sayangnya parti komponen Pakatan Rakyat (PR) di kuatkan oleh DAP dan PAS. Dua kombinasi yang baik jika bermain bola. Kedua-dua nya “star” dan punyai kemahiran sendiri dan pengalaman yang berbeza. Tetapi berbeza dengan PKR,kadang kala hendak bertumbuk dengan lawan dan kadang kala hilang focus semasa bermain. Ini kelemahan yang ada dari sudut pandangan penonton.

    PKR terlalu membudayakan budaya UMNO. Dan boleh saya katakan Anwar Ibrahim tersilap langkah dalam percaturan politik parti nya. Saya kagum dengan kepimpinan nya sehingga mampu menyusun barisan askar yang gagah dan hebat tetapi askar yang hebat itu tidak dapat bertahan lama kerana hanya fizikal yang kuat.

    Anwar perlu jadikan PKR sebuah parti yang melahirkan ahli dunia dan akhirat. Bukan susah untuk mendidik ahli PKR tetapi bukan senang untuk memulakan nya. Untuk melahirkan manusia “budiman” dan “berakhlak” bukan perkara senang dan ia perlukan pengorbanan MASA dan memerlukan ahli-ahli nya dan perlukan calon yang punyai kretiria tersendiri. Seperti mana Rasullulah saw mendidik pemuda yang berasaskan aqidah (rijalnul aqidah) memerlukan masa yang panjang sehinggalah lahir Zaid , Ali ra dan ramai rijal-rijal yang tidak gentar dari senjata dan tunusan fitnah.

    Jika hari ini Zaid Ibrahim dan Mustapa Kamil Ayub terasa hati mungkin esok dan lusa ada ramai lagi yang mengundurkan diri dari kehadapan dan hanya berada di belakang tabir sahaja. Sewajar nya Si rakan memujuk si rakan yang terasa hati dengan nya bukan terus mara bertanding dan terus bertanding tanpa menghiraukan kehendak silatulrahim.

…………………………..

        Berjuang bukan senang kerana di situ ada pelbagai duri yang perlu di pijak dan pelbagai racun yang perlu di telan demi perjuagan. George bernard shaw pernah berkata

      Kehidupan bukanlah nyala lilin yang singkat bagi kita. Kehidupan adalah semacam obor yang bagus sekali yang   harus kita pegang untuk saat ini dan kita ingin membuatnya terbakar sekarang mungkin sebelum menyerahkannya kepada generasi yang akan datang.”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: