Red warriors~

 

 

 

me and my friends

 From kelantan insider:

Sepertimana seluruh rakyat Kelantan, Kebawah Duli Yang Maha Mulia al-Sultan Kelantan, Sultan Muhammad Ke-V, juga amat gembira dan berbangga dengan kemampuan pasukan bolasepak Kelantan membawa pulang kejuaraan Piala Malaysia 2010 ke Kelantan.

Sekalung ucapan tahniah diucapkan kepada pihak pengurus, jurulatih dan pemain pasukan bolasepak Kelantan yang dengan perancangan, komitmen dan kerja keras merekalah maka nama Kelantan buat julung-julung kalinya terpahat kukuh di persada sukan tanah air.

Tahniah juga kepada para penyokong fanatik Kelantan yang tidak jemu-jemu memberikan sokongan jitu dan padu mereka kepada pasukan bolasepak Kelantan sehingga berjaya mencetuskan satu fenomena baru dalam arena bolasepak Kelantan dan Malaysia.

Adalah sesuatu yang sangat mengharukan apabila seluruh rakyat Kelantan dapat mengenepikan sentimen politik kepartian mereka untuk sama-sama datang dari jauh dan dekat ke stadium yang sama untuk memberi sokongan kepada pasukan bolasepak yang sama.

Adalah sesuatu yang sangat mengharukan juga apabila pihak pengurus, jurulatih dan pemain pasukan bolasepak Kelantan mendedikasikan kejayaan mereka membawa pulang kejuaraan Piala Malaysia 2010 ke Kelantan ini kepada Sultan Muhammad Ke-V.

Walaupun Sultan Muhammad Ke-V, di atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan, tidak dapat berangkat untuk menyaksikan sendiri para pemain pasukan bolasepak Kelantan berjuang di tengah padang tetapi doa dan hati sanubari Baginda tetap bersama-sama mereka.

Sehubungan dengan ini juga, kemenangan pasukan bolasepak Kelantan ini diharapkan tidak akan sama sekali dipolitikkan oleh mana-mana pihak pun kerana sokongan rakyat Kelantan kepada pasukan bolasepak Kelantan adalah melampaui batasan politik.

Di atas maksud yang sama, Sultan Muhammad Ke-V telah berkenan untuk meraikan pihak pengurus, jurulatih dan pemain pasukan bolasepak Kelantan pada 6 November 2010, iaitu selepas pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Galas selamat dilangsungkan.

Sultan Muhammad Ke-V juga tidak dapat meraikan mereka lebih awal dari tarikh itu kerana Baginda mempunyai aturcara-aturcara yang amat padat disebabkan oleh keberangkatan Baginda bagi menunaikan fardhu haji di Mekah yang dijadualkan pada 10 November 2010.

Turut mengiringi keberangkatan Sultan Muhammad Ke-V ke Mekah adalah Menteri Besar, Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Mohd Aiseri Alias, serta Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapha Mohamad.

Sama-samalah kita berdoa semoga kejayaan pasukan bolasepak Kelantan menjuarai Piala Malaysia 2010 ini menjadi satu petanda bahawa Kelantan akan menjadi lebih aman dan makmur di dalam segenap bidang di bawah pemerintahan Sultan Muhammad Ke-V

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: