Bahana kegelapan

Dengan nama Maha Pencipta,

   Hari semalam mengajar ku menjadi sabar dengan dunia walaupun kesilapan ku di masa yang lepas dan dosa ku telah di baluti dengan keinsafan tetapi dunia yang di cipta Allah swt sering di baluti kegelapan. Kegelapan fitnah dan kebiadaban hati yang tidak kenal erti aib dan malu terhadap dunia dan tuan empunya alam.

  Baginda rasullulah saw bersabda yang di riwayatkan oleh Bukhary dan Muslim “tidak akan masuk syurga orang yang menyebarkan fitanh”

   Nauzubillah.

   Imam Ghazali dalam buku Ihya Ulumuddin menjelaskan perbuatan membocorkan rahsia orang lain dan menjejaskan kehormatannya dengan cara membuka rahsianya yang tidak mahu diketahui orang lain dianggap sebagai perbuatan mengadu-domba dan fitnah.

    Mengenai berita benar dan berita tidak benar yang disebarkan tanpa kebenaran atau kerelaan orang berkaitan, Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Adakah kamu semua mengetahui apakah ghibah (mengumpat)? Sahabat menjawab: Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui. Lalu Baginda meneruskan sabdanya: Kamu berkata mengenai saudara kamu perkara yang tidak disenanginya. Lalu ditanya oleh seorang sahabat: Walaupun saya berkata perkara yang benar-benar berlaku pada dirinya?’ Rasulullah bersabda lanjut:

Jika kamu berkata mengenai perkara yang benar-benar berlaku pada dirinya bererti kamu mengumpatnya, jika perkara yang tidak berlaku pada dirinya bererti kamu memfitnahnya.” (Hadis riwayat Abu Hurairah)

    Larangan mencari dan membocorkan rahsia orang lain jelas dilarang Allah seperti dijelaskan dalam firman-Nya bermaksud: “Dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang lain.” (Surah al-Hujurat, ayat 12). Justeru, setiap Muslim perlu bijak menilai sesuatu berita bagi mengelak daripada menerima dan kemudian menyebarkan sesuatu berita berunsur fitnah.

        Perkara pertama perlu diberi perhatian untuk memastikan kesahihan berita ialah memastikan sumber berita itu, yakni siapakah yang mula menyebarkan berita dan rantaian orang yang membawa berita itu. Umat Islam tentu tidak lupa pada sejarah menyebabkan kematian khalifah ketiga kerajaan Islam di Madinah iaitu Uthman Affan, yang berpunca daripada fitnah disebarkan kumpulan ekstremis agama.

           Penyebaran fitnah turut menjadi penyebab kepada peperangan sesama Islam atau perang saudara ketika zaman pemerintahan Saidina Ali dan zaman selepas itu. Fitnah juga meruntuhkan kekuatan Bani Umaiyah malah, sejarah kejatuhan empayar besar kerajaan Melayu Melaka tidak terkecuali kerana fitnah. Ubat bagi penyakit hati ialah dengan memperbanyakkan taubat dan selalu berzikir.

        Bahana dan “sial” nya fitnah ini boleh menyebabkan si ibu menyimpan dendam dengan si anak dan si ayah meyimpan pilu dengan si anak. Seorang yang kukuh iman nya akan menerima segala dengan hati yang terbuka dan aib itu adalah rahsia-rahsia Allah yang Allah hijabkan sehingga lah manusia yang kurang aqal membuka nya maka berhati-hati kata ulama kerana aib dan aurat nya akan di buka Allah tanpa sebarang pertolongan Allah.

     Buka lah hati dengan terbuka dan usah kuatir akan hukuman Allah terhadap orang yang membuat zalim kerana Allah itu Maha Mengetahui dan Adil. Usah jadi tuhan untuk melemparkan hukuman kerana kita tidak akan mencapai makam untuk menghukum. Di sisi Allah kita tetap hamba Nya yang berdosa.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: