Dakwah : Muslimah perlu di persepsikan

      Dunia hari ini adalah dunia yang amat terbuka sehingga minda yang selama ini di ajar agar berhikmah menjadi minda yang lantang bersuara dan teguran di kemudiankan. Moden dengan pelbagai aspek sehingga hari ini akidah juga di moden kan dan agama juga di ubah bentuk kepada suasana yang sesuai dengan arus kemodenan.

   Di ubah jika dasar nya sama dan tidak melanggar dustur Allah dan Kekasih Nya Muhammad saw maka ia tidak bertentangan dengan agama tetapi jika ia di ubah maksud sehingga seolah-olah  “the end justifies the mean” maka ia jelas bertentangan dengan dustur Allah. Nauzubillah.

Zainab Al-Ghazali meninggalkan warisan berupa perjuangan membela Islam dan reputasinya sebagai aktivis perempuan yang tanpa ragu melawan sekularisme dan liberalisme dan menggantikannya dengan nilai-nilai Islam

Zainab Al-Ghazali meninggalkan warisan berupa perjuangan membela Islam dan reputasinya sebagai aktivis perempuan yang tanpa ragu melawan sekularisme dan liberalisme dan menggantikannya dengan nilai-nilai Islam

      Yang halal tetap halal dan yang haram tidak bisa di halal kan kerana itu adalah akidah islamiah yang di ajar oleh baginda keatas setiap umat Islam walaupun tubuh badan rasullulah tidak pernah di lihat oleh umat hari ini tetapi ajaran nya terlalu segar di dalam fikiran umat-umat rasul dan kekasih Allah swt itu.

       Saya terlalu sayangkan jemaah Islam dan insan yang memperjuangkan perjuangan suci ini walaupun saya terlalu banyak melakukan dosa dan terasa amat bersalah untuk memegang semangat suci itu tetapi ini lah tugas sebagai khalifah yang perlu di teruskan. Kerana ini adalah amanah dan amanah ini akan di persoalkan oleh Pemimpin langit.

DAKWAH~

       Dakwah itu adalah “tanggungjawab” bagi setiap individu yang bernama Islam. WAJIB dan teramat di tuntut untuk melaksanakan dakwah kerana Islam itu berkembang dari peluh-peluh umat Islam yang bersama menyebarkan islam. Walaupun keringat itu nampak biasa tetapi hasil dari keringat-keringat itulah Islam bertapak dari satu titik ke satu titik,dari jajahan ke jajahan dan dari satu arah ke ber-arah-arah. Seperti mana Allah swt berfirman dalam al-Quran

         Dan tidak kami utuskan kamu (Muhammad) kecuali untuk menjadi rahmat sekalian alam”(Al-Anbiya’:107)

        Medium pengerak utama misi dakwah adalah manusia dan manusia lah yang bertanggungjawab untun bersama meyebarkan misi-misi dakwah ke seluruh arah. Dustur Allah perlu di tegakkan dan sistem toughud perlu di hapuskan dengan kesucian nilai-nilai Islam yang di bawa di atas bahu-bahu para da’ie-da’ie ini.

        Tidak di nafikan dalam era moden ini bilangan wanita bertambah dan nisbah nya terlampau banyak berbanding dengan kelahiran lelaki. Dan perjuangan Islam hari ini juga di meriahkan dengan kekuatan wanita. Tidak di nafikan juga wanita di cipta oleh Allah swt punyai sifat-sifat yang teristimewa yang bisa menghiaskan struktur dakwah yang selama ini di dominasi oleh kaum rijal(pemuda). 

John Naisbitt dalam bukunya Megatrends Asia membuat unjuran masa depan mengenai peranan dan pelibatan wanita di tengah masyarakat sebagai penggerak ekonomi. Beliau menyatakan bahawa tahun-tahun akan datang akan menyaksikan kemunculan lebih ramai tokoh-tokoh wanita dalam bidang perniagaan, politik dan lain-lain dan pelibatan yang lebih oleh kaum wanita .

        Kaum wanita terlalu unik sehingga ada pepatah “tangan wanita mampu mengoncangkan dunia” dan bisa saya kata kan hari ini “dengan dakwah wanita mampu mengoncangkan dunia” . Kekuatan dan semangat wanita terlampau luar biasa sehingga saya sendiri merasa kagum dengan kekuatan yang di tunjukan sehingga saya boleh katakan jika kekuatan ini berterusan maka 10tahun lagi keputusan akan “positive” .

       Saya rujuk Manhaj Haraki Dalam Sirah Nabawi  jilid 2, bahagian Peranan Wanita Dalam Pertempuran, Ensiklopedia Seerah oleh Afzalur Rahman di mana penulis menyokong perjuangan wanita dalam siri-siri dakwah. Asas dalam buku ini mengetengah priority bagi muslimat dari sudut peranan dan medan dakwah tetapi Islam juga tidak pernah menghalang pelibatan aktif wanita di tengah-tengah masyarakat kerana berdakwah. Banyak dalil-dalil yang membuktikan sedemikian:      Walaubagaimana pun keadaan nya saya tidak nafikan pengerak wanita dan pendakwah wanita ini harus mengikut adab-adab Islam yang di tetapkan. Tidak boleh melawan arus tetapi tajdid selalu nya wajar di lampirkan dengan hujah tegas al-quran dan sunnah rasul-rasul Allah swt.

1. Aisyah r.a pernah keluar ke medan jihad bahkan memimpin tentera untuk tujuan dakwah sehingga berlaku Perang Jamal.

2. Dalam Perang Uhud kita akan berjumpa tokoh Ummu Nasibah yang keluar bersama-sama tentera Islam dan kemudiannya terlibat di dalam kancahnya sehingga beliau sendiri luka.

3. Aisyah r.a dan isteri Rasulullah s.a.w sering kali ditemui oleh para sahabat untuk belajar dan mengetahui hukum-hukum Islam.

4. Semasa di Madinah Rasulullah s.a.w pernah melantik seorang muslimat sebagai pegawai yang bertanggungjawab atas pasar-pasar di Madinah

 

    Nasihat kerdil :

        Muslimah yang berada dalam perjaungan suci harus menjaga adab-adab walaupun diri di bayangi dengan emosi tetapi jujurlah dengan iman kerana setiap titik emosi akan merosakan secara keseluruhan struktur dakwah dan kemenangan. Percayalah.

       Muslimah sebagai wanita Islam dan model Islam harus menjadi persepsi “orang luar” tentang muslimah Islam. Pakaian,susuk badan ,kesihatan, kecantikan, pakaian yang cantik dan sebagai nya harus di utamakan kerana daya penarik wanita Islam dan muslimah Islam itu adalah “kecantikan dan daya penarik” . Saya terlalu kesal dengan muslimah Islam yang kebanyakan berpakaian tudung labuh tetapi tubuh badan seakan gempal sehingga persepsi ini meyesalkan saya untuk menarik wanita yang berada di luar Islam mengenal kecantikan Islam.

    Dan wanita,jadilah pemikir yang baik dalam dakwah Islam. Islam hari ini ketandusan pemikir kerana kita banyak berjalan di atas adab-adab  yang bersifat konservetif.

InsyaAllah~

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: