UMNO lama dan Baru

Bangsa yang robek pendirian.
  
  Saya bertelingkah maksud dengan beberapa sahabat mengenai UMNO baru dan UMNO lama sehingga beberapa rakan mengeluarkan kata-kata keramat ” Melayu dan parti itu kita wajar pertahankan” .
  
  Saya kurang setuju dengan sedikit kebijaksanaan rakan saya itu walaupun rakan saya itu sudah luput usia nya dan berkedudukan dalam bidang akedemik tetapi pendapat yang di lanturkan itu umpama menanak nasi yang sudah hampir basi. Untuk di makan boleh tetapi bersedia dengan kejelikan anak tekak dan sakit perut.
 
  “UMNO bukan lah seteruk itu. UMNO juga parti Islam dan UMNO juga perjuangkan hak Islam” . Saya tidak boleh nafi kan 100% tetapi saya hanya mampu menidakan 80% kenyataan itu. Ya,kerana UMNO dan ada segelintir ahli yang masih ada saki fikrah Islam menyebabkan Malaysia masih terkawal untuk Islam walaupun kawalan itu nampak kucar kacir dan porak perandan. Umpama Islamic Fashion Festival (IFF) yang di anjurkan oleh Datin Paduka Rosmah Mansor yang di adakan di Manoca Sport club nampak semacam “ajer” majlis ini. Majlis yang memanaskan punggung jemaah Islam dan pencinta Islam.
 
  Saya masih di luar dari UMNO untuk berbicara soal mereka. Saya seorang jurutera dan saya juga masih ahli akedemik yang menjadi tanggungjawab saya untuk melihat,menceduk dan menganalisa setiap lekuk-lekuk politik negara kerana sedikit masa nanti kita bakal memilih pemimpin dan parti politik mana yang bakal di siaran langsung kan oleh TV-TV rasmi negara kerana parti itu adalah parti pemerintah.
 
  Persidangan agung UMNO kali ini memperlihatkan kelainan sedikit. Ahli UMNO tidak lagi bercakap dalam nada sombong dan bongkak kerana mereka sudah ketinggalan dalam mengisi isi perut rakyat. Isi perut rakyat bukan semasa pilihanraya sahaja tetapi bekalan gula,beras,susu pekat,duit poket perlu di beri sepanjang hayat rakyat bukan di beri waktu 2,3 hari pilihanraya sahaja.
 
  Malaysia bakal di ambik Pakatan Rakyat. Saya sebagai anak muda sudah melihat keletihan untuk hidup sebagai rakyat apabila mula melangkah di universiti. Pensyarah di himpit dengan pelbagai polisi dan mahasiswa di balut dengan pelbagai akta menyebabkan saya cukup rasa “menjelikan” . Kebebasan yang di laungkan oleh pak menteri umpama retorik dan umpan mulut manis sang menteri sehingga rakyat yang bodoh terus di perbodohkan oleh sang bodoh. Perlu di ingat kebodohan itu tidak akan berterusan jika manusia itu mencari nilai-nilai ilmu.
 
  Pilihanraya lepas menunjukan rakyat telah memilih oposisi sebagai pemerintah dan pemegang amanah mereka. Kelantan,kedah,Pulau Pinang sehinggalah Selangor menjadi negeri naungan bendera oposisi. UMNO sekali lagi berjanji untuk mengkaji dan memohon maaf,saya lega kerana UMNO sanggup melihat kesalahan mereka. Tetapi itu tidak berpanjangan. Perangai lama UMNO kembali lagi sehingga duit negara diguna pakai sesedap hati dan rakyat kecil di tekan lumat oleh rakyat besar. Ini kezaliman yang berterusan sehingga sistem monarki zalim ini akan di kuburkan sedikit masa lagi .
 
insyaAllah
 
 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: