Menara 100 tingkat : Persepsi dan monarki

    Belanjawan DUA KOSONG SATU SATU (2011) telah berlalu dengan gah dan kemas sehingga rakyat jadikan bajet 2011 modal persepsi untuk rakyat. Belanjawan yang dikira satu belanjawan oleh sang pemerintah kepada sang yang di perintah. Belanjawan yang kiranya untuk duit poket organisasi pengurusan kerajaan dan duit belanja untuk projek-projek pembangunan yang baik dan kurang baik untuk rakyat.

     Apa pun persepsi kita terhadap belanjawan 2011 kita tidak dapat tidak hanya mampu bertafakur dan berdoa. Melihat dan menganalisa dan buat keputusan yang betul atau salah dalam pilihanraya akan datang. Balanjawan atau nama moden nya budjet 2010 adalah medium untuk rakyat menilai sejauh mana budjet ini untuk rakyat dan negara.

      Macam mana pun pembelanjaan negara, rakyat negara kita tidak mampu untuk katakan tidak. Rakyat kita masih di tahap 50tahun lampau cara pemikiran mereka kecuali rakyat cina yang sudah merdeka,rakyat melayu bandar yang beralaskan buku dan rakyat india yang di tekan di atas sistem yang kurang adil. Boleh saya kata kan sistem kita lebih kepada sistem  ”monos archein” atau satu pemerintahan yang bersifat berkekalan. Jika di kaji secara halus Pakatan Rakyat tidak mungkin akan menang jika UMNO BN masih bertahta dalam sistem-sistem negara termasuk sistem pemilihan wakil rakyat dan kerajaan. Kerja kuat dan rakyat wajar mengubah pemikiran sejajar dengan arus kemodenan negara hari ini.

        Penguguman sang pemerintah untuk membina menara 100 tingkat bernilai 5billion satu kejutan dan telah mengubah persepsi diri terhadap sang pemerintah. 5 billion jika di kaji secara kasar mampu menampung angaran rakyat-rakyat miskin ,membina sekolah lebih dari seribu buah dan mampu menampung anak-anak miskin yang belajar di pusat pengajian tinggi dalam dan luar negara. Ini lebih kepada pembaziran .

       Persepsi rakyat wajar di tukar jika warna warni dan corak corik pemerintahan negara sebegini selama-lama nya. Mungkin tahun depan lebih ramai rakyat akan bermigrasi ke negara-negara lain dan malaysia akan kempes dan haus dari pembangunan. Pembangunan modal insan.

     Jika 5 billion di guna pakai untuk membayar bonus kakitangan kerajaan sebagai tanda penghargaan kerajaan di atas kerja-kerja anak-anak buah mereka . Saya cukup simpati atas kesempitan dan nasib malang kakitangan kerajaan kerana mereka seakan berbangga dengan status penjawat awan tetapi status “double standart” oleh majikan mereka ke atas kakitangan mereka. Mungkin ada positif nya kerajaan membelanjakan 1.2juta untuk RM500 kepada kakitangan kerajaan sebagai permulaan. Mungkin juga dari sudut positif kerajaan memacu negara untuk kesenangan masa depan. Itu semua wajar di “tambah tolak” dari analisis dan persepsi.

       

     

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: