melayu dan ………

Melayu yang memerlukan simpati

 500 tahun lampau Melaka menjadi pusat perkembangan ilmu dan undang-undang 100 melaka,undang-undang pahang dan batu bersurat di terengganu sehinggalah pattani dan kelantan menjadi pusat pendidikan pondok islam di negara dan asia membuktikan kepada kita  bahawa perkembangan islam berkembang pesat pada waktu itu.

   Islam berkembang dari masa ke semasa sehingga islam menjadi satu agama yang terpenting dan utama di negara-negara di asia sebelum british dan belanda bertapak di asia. 

   hasilan dari perkembangan hebat itu lahir lah ramai alim ulama yang menjadi ikon kepimpinanan islam di asia dan tanah melayu.  Tok Janggut,Dato Bahaman,Mat Kilau menjadi ikon para mujahid islam dan membawa semangat jihad di dalam masyarakat islam.  

   tetapi kini semangat itu hanya tinggal helaian kertas sahaja yang di baca berulang kali oleh anak-anak sekolah untuk mendapat A dalam peperiksaan. Sejarah negara juga di ubah tak ubah seperti yahudi yang cuba menggubah nilai sejarah islam dan kandungan kitab-kitab Allah. Hasil nya,anak-anak yang membaca di putar pemikiran mereka sehingga semangat jihat “kurang ada” dalam diri mereka. 

    Hasil dari anak-anak didikan dunggu yang di lahirkan dari didikan para pemimpin dan pejuang ilmu yang tidak bertanggung jawab menjadi pemimpin yang cintakan korupsi,mendominasi pemikiran pemimpin yang jumud pemikiran sehingga mobiliti pemikiran hidup nya seakan tersekat dan terbatas. 

    Saya sebagai hamba Allah cukup sedih melihat perkembangan ini. Korupsi yang menjadi ikon kepada bangsa melayu yang menjadi bangsa beradab di tanah hitam. Sedangkan adat-adat menjaga diri sudah tidak lagi menjadi satu amalan . 

    Anak melayu tidak lagi bangun sebagai bangsa hebat malah bangsa melayu menjadi bangsa yang kenal gelak ketawa dan benci kepada ketandusan wang dan harta. Dalam buku so human an animal tulisan Prof Reanan Deupont di mana Prof Reanan menyatakan bahawa ” Manusia moden hari ini bertuhankan SAHAM dan WANG dari pagi ke petang sehingga lupa untuk mencipta ketamadunan yang berasaskan spiritual”

     Jika inilah keadaan nya,maka 10 tahun lagi melayu tidak lagi berada di persada kehormatan dan bangsa yang hebat malah bangsa ini akan menjadi bangsa yang lemah dan lembab. Bangsa yang bertongkatkan rasuah dan kuasa,bangsa yang bertuhankan kemewahan dan berajakan pangkat dan kedudukan. 

    Bangsa ku itu bukanlah bangsa yang lemah. Bangsa ku bisa maju tapi kerana jiwa yang di warisi dari nenek moyang mereka yang merajakan sifat dengki dan iri hati maka jadilah bangsa MELAYU hari ini.

    Agama di kira agama yang di warisi. Warisi bermakna orang lain tidak ada hak untuk berbincang dan berbicara. Warna kulit di jadikan batu sempadan untuk berbicara soal agama . Bangsa itu hari ini menjadi bangsa yang kuat “berkaum” sehingga agama yang di bawa berkisar di sekitar diri nya sahaja. ini masalah ummah. Saya mungkin tidak layak untuk berbicara agama dan dakwah kerana saya cukup banyak dosa tetapi hati ini terlalu sayu melihat rakan-rakan yang istiqomah dalam islam berkira-kira dengan dakwah mereka. Dakwah yang di bawa hanya untuk melayu dan satu jamaah sahaja. Ya Allah,ampunkan dosa-dosa ku.

    Melayu terlalu jumud.

     Hari ini setelah dunia di warisi bangunan pencakar langit,telifon sudah mengeluarkan gambar beserta internet dan manusia sudah tidak lagi takut untuk naik ke puncak langit tetapi ada lagi bangsa ku mewarisi ketakutan pada hantu dan mambang. Jiwa nya terlalu berkecamuk untuk melihat perubahan, dan hati nya terlalu tertutup untuk mengatakan Ya kepada kemerdekaan jiwa.

     Sedangkan Nabi saw cuba mendidik umat nya mencari ilmu dan luaskan pemikiran tanpa berbangtung pada kebatilan. Manusia hari ini terlalu memimpikan kesalahan orang dari kesalahan diri sendiri sehingga “al-hikmah” yang di wasiatkan oleh junjungan besar Nabi muhammad sudah tidak lagi di jadikan kalam turutan.

 Pintu taubat itu masih terbuka!

Taubat bukan mainan. Itu hakikat……..

Semoga bangsa ku kembali kepada bangsa yang hebat dan cemerlang…..

One response to this post.

  1. bijork r sep orange…

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: