Allahuakhbar~

Allah berfirman:

   “Kalau kamu bantu agama Allah maka Allah akan bantu kamu dan tetapkan pendirian mu”

Kata Nabi saw

    “Gunalah sedikit waktu di tengah malam untuk bermunajat pada Allah swt”

InsyaAllah,Allah pasti menolong hamba-hamba Nya yang menjadi rantai dalam perjuangan Islam. Tetapi perjuangan ini teramat suci jalan nya. Perjuangan ini memerlukan hati yang benar-benar bersih,ikhlas dan istiqomah dalam siri perjuangan kerana ini lah jalan yang tidak sedikit pun akan merasa senang,ketawa dan gembira . Perjuangan ini memerlukan pengorbanan masa,keringat,doa dan istiqomah yang berpanjang.

      Mungkin aku tidak layak bersama perjuangan suci ini. Tetapi hati ini memerlukan Allah dan Agama Nya. Mungkin wajar untuk ku mengundur diri kerana ku senantiasa kuatir jika kerana ku dan dosa-dosa ku Islam mungkin akan lemah dan tidak di izinkan Allah untuk capai kemenangan .

      Jika Abdullah Bin Ubay menjadi duri dalam daging perjuangan kekasih Allah maka nya juga aku kuatir hari ini diri ku menjadi pewaris kaum yang di laknati Allah itu..Nauzubillah.

     Hari ini aku masih mampu bersama dan melaugkan kalimah besar Allahuakhbar. tetapi mungkin esok aku lupa dan aku menjadi penghalang perjuangan dan kemenangan Islam. Ya Allah.

Advertisements