Perjalanan si musafir

*Aku hanya anak kecil di dalam dunia ini yang di penuhi manusia yang punyai pengaruh dan pangkat yang besar gah.

Iman Malik pernah berkata

Jika Allah swt menarik satu nikmat dari mu bererti Allah ingin mengantikan 10 nikmat yang lebih baik”

    Resah,gelisah adalah lumrah kehidupan. Bumi yang mana tidak pernah di basahi hujan dan laut mana yang tidak pernah bergelora. Kehidupan ini umpama pokok,pokok yang kecil senang di pijak lumat dan apabila tidak mendapat air dan cahya yang cukup sebagai keperluan ia akan layu tapi pabila ia semakin hari semakin gah tumbuh maka ia tidak pernah menghiraukan kehidupan sekeliling. Itulah di panggil lumrah alam. Yang besar akan terus menghirup kegilaan sendiri dan yang kecil berusaha mencubit baki-baki najis si besar untuk di jadikan sumber makanan untuk meneruskan perjuangan hidup~

     Kehidupan memerlukan jiwa. Tanpa jiwa, kehidupan itu lesu dan mati . Mati bukan bererti tidak bernyawa tapi mati tanpa ada roh yang sihat dan tanah sempadan yang baik. Manusia punyai tanah sempadan yang perlu di jaga kerana tanah sempadan itu tidak dapat di tanam apa-apa tumbuhan pada nya kerana tanah sempadan itu punyai air merah yang di panggil darah. Tanah sempadan itu milik Tuhan yang maha Esa yang di amanahkan oleh NYA untuk di jaga,di rapi malah di berikan makanan iman yang sempurna. Tanah sempadan itu kadang kala tidak pernah di jaga malah sempadan hak orang lain di masuki tanpa izin ilahi. Itu di panggil derhaka dan nikmat yang bertukar menjadi laknat~

    Kehidupan tanpa amal ibarat kehidupan yang gila,rosak dan tidak berakal. Kehidupan ada pahit manis nya kerana di situ ada nikmat . Nikmat kehidupan menjadi rahsia pencipta kerana mungkin di sebalik sengsara adanya keabadian nikmat dan di sebalik kegembiraan ada terselit unsur laknat dari si Pencipta. Harus kita si hamba berhati-hati dari kealpaan.

    Perjalanan untuk esok!

    Keimanan kita ialah beriman dengan hari akhirat. Sudah pasti hari akhirat itu ada di hadapan bukan di belakang. Kehidupan untuk hari depan pasti dan wajar di tempuhi. Hari ini perlu di lalui dan perhalusi untuk bekal hari esok kerana tanpa pengertian hari ini esok tidak akan berjaya di harungi .Pencipta telah turunkan wahyu-wahyu nya dalam bentuk kitab-kitab yang di bawa oleh pesuruh-pesuruh Nya. Tapi kita masih buta untuk melihat rasul-rasul pilihan Allah itu menanam matlamat yang mendalam. Kita memacak kan bendera hijau “laa ila ha’illallah,Muhammadan rasullullah” tapi kita lupa menanam pokok-pokok jihad di atas tanah kurniaan Allah pada kita. Kita mungkin lupa,tanah kurniaan Allah itulah harta dari Allah untuk kita jaga,rapi dan bajai. Harta itu tidak pernah luput kecuali apabila di kambus lumat oleh tanah.

    Matlamat kehidupan yang perlu di bawa ialah jihad. Jihad yang berasal dari perkataan JAHADA bererti bersungguh-sungguh. Kita mengerti jihad hanya memegang senjata tapi kita lupa senjata yang paling tajam kurniaan Allah pada kita ialah akal. Akal dapat membunuh firuan yang durjana dan dengan akal juga dapat merobohkan bukit bukau yang lebih besar dari Manusia. Dengan akal juga manusia mampu menakluki dunia dengan membina empayar-empayar hebat sehingga dapat menghalusi jiwa-jiwa manusia untuk mengikut perintah nya. Dan dengan akal juga manusia membuktikan kepada alam bahawa manusia itu tidak berakal.

    Teguran

    Apabila Haulah R.A menegur Saidina Umar r.a dengan teguran “Wahai Umar,aku kenal kamu dulu. Dahulu kamu seorang budak yang nakal,kamu melawan perjuangan Rasullillah dan kini kamu sudah menjadi khalifah. Takutlah kepada Allah wahai Umar” maka ramailah pegawai-pegawai menarik Haulah yang menyatakan “Wahai perempuan tua,kamu kenal dengan siapa yang kamu bercakap itu” …maka Saidina Umar menegur orang yang menegur haulah “Kamu sebenarnya tidak mengenal siapa wanita ini,bisikan nya di dengari Allah” …

    Perjalanan hidup ini sudah pasti bergelora. Gelora yang datang tanpa mengira waktu dan sempadan. Tapi sebagai hamba yang ESA kita wajar mengenal NYA. Haulah RA tidak punyai pangkat yang tinggi tapi dia adalah pilihan Allah. Seperti mana dalam perjuangan,pangkat keduniaan ini bukan syarat kebahagiaan dan kemuliaan. Tanah sempadan perlu di beri baja “wahyu”.

   Syd Qutb pernah berkata 

   Hidup di bawah naungan Al Quran adalah suatu kenikmatan yang tidak dapat diketahui melainkan hanya oleh mereka yang mengecapinya sahaja”

 dan Al-Syahid Syd Qutb pernah berpesan

 Mengapa manusia sanggup hidup dalam paya yang busuk, di tahap yang amat rendah dan di dalam gelap gelita kesesatan yang menghitam itu, sedangkan mereka mempunyai padang2 yang bersih, tempat2 yang tinggi dan cahaya yang terang benderang” 

    Sebagai musafir dalam dunia yang penuh dengan kehinaan dan bayangan kemuliaan wajar sekali kita melihat dari sudut yang kontra. Kehidupan yang kontra adalah kehidupan yang baik kerana kehidupan akhir ini adalah kehidupan yang lemah dari sudut iman dan erti kemanusiaan.  

                         Langit yang tujuh dan bumi serta sekalian penghuninya sentiasa bertasbih kepada Allah dan tiada suatu kejadian pun melainkan seluruhnya bertasbih memuji Allah”.Surah Al Isra’ : 44

   

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: