Boikot israel : Wajar atau kesilapan?

Bismillah,

       Boikot yang di ambil dari nama Charless Boycott seorang ejen tanah di irlandia yang memprotes pemilik tanah Earl Erne yang mengakibatkan “perang tanah” pada tahun 1880. Boikot yang di tafsir oleh kamus adalah tindakan untuk tidak menggunakan, membeli, atau berurusan dengan seseorang atau suatu organisasi sebagai wujud protes atau sebagai suatu bentuk pemaksaan.

      Persoalan kini,adakah boikot satu tindakan yang memberuntungkan jika aktiviti itu di tuju pada Israel dan AS ?

       Boikot yang di laung-laungkan tika ada isu yang terlalu sensetif menjadikan kita bersemangat tapi semangat itu umpama hangat-hangat tahi ayam. Kita melaungkan slogan anti israel,kita memboikot barang-barangan AS yang menjadi koncu Israel tapi adakah tindakan itu memberi kesan kepada mereka?

    Kita bersemangat dan semangat itu tidak saya nafikan kerana semangat Jihad menentang musuh itu di tuntut dan Jihad adalah kewajiban di atas kewajiban-kewajiban lain. Kita terlalu sensitif apabila tanah palestine di pijak lumat oleh tentera mustaqbirin zionis tapi di hadapan kita apabila ulama yang memperjuangkan Islam di hina umpama kita menjadi manusia yang buta dan rabun pada kebenaran. Sedangkan ulama itu adalah pewaris Nabi saw dan ulama itulah yang membawa manusia dari lubuk gelap kepada lubuk yang penuh dengan kenikmatan dan keredoaan ilahi.

     Semangat jihad menentang musuh-musuh Allah adalah satu tindakan yang amat mulia. Seperti mana kenyataan dari Dr.Yusuf Qardawi “Muslim mesti melaksanakan jihad, pertamanya kepada pemilik tanah berkenaan, kemudian jiran-jirannya, dan akhirnya seluruh umat Islam. Kita mesti bersatu menentang penjajah. Kita bersatu di dalam Islam, termasuklah kesatuan dalam iman kepada Shari’ah, kesatuan kepada Qiblat, dan kesatuan dalam kesengsaraan dan harapan”

    Memulakan boikot dengan memboikot nafsu dalam diri kerana di situ punca segala kebiadaban diri terhadap agama Allah . Jika boikot terhadap nafsu itu berjaya barulah kita bisa berbicara soal boikot terhadap kerajaan touhgud dan pemilik kerajaan mustiqbirin yang menindas golonga musta’affin seperti kita umat Islam. Semangat menentang kezaliman adalah satu semangat yang tidak ada pada diri manusia yang kecil jiwa nya.

     Kita sebenar nya kecil. Usaha boikot kita hanya terpencil kerana usaha boikot kita seperti arang,mula nya membara tapi lama kelamaan menjadi abu,abu yang hanya apabila hilang panas di tiup terbang entah ke mana. Memboikot barangan pro israel seperti F&N,Cola Cola,KFC,McD dan sebagai nya tidak membawa kesan apa-apa yang memberi kesan hanya berbentuk internal(dalaman) yang bersifat sementara. Juga tidak di nafikan usaha memboikot McD dan sebagai nya adalah usaha yang murni,tapi persoalan nya adakah ia memberi kesan? kesan pada kebiadaban AS menyokong Israel ? Kenapa tidak kita umat Islam mengumpulkan dana yang membeli saham-saham syarikat-syarikat besar yang di kuasai yahudi itu sehingga ia menjadi milik kita? seperti mana rasullullah membeli telaga utama yang sebelum ini di kuasai yahudi. Lihatlah kebijaksanaan rasullulah.

       Saya tidak mengatakan boikot itu satu yang kurang baik tapi ia amat berkesan tapi cara dan medium nya wajar kita ubah untuk mencapai matlamat kita menyelamatkan ummah. Kita lupa soal ekonomi,yahudi hari ini menguasai ekonomi dunia termasuk teknologi yang kita guna pakai seperti IT dan sebagai nya. Usah memboikot perlu di sistemkan dalam kepala orang-orang islam.

         Kita memboikot syarikat-syarikat besar sehingga ada anak-anak kampung yang berkerja di situ terpaksa di sekat bonus,gaji dan ada yang di buang kerja. Mungkinn ramai yang kontra dengan pendapat ini tapi sebaliknya wajar kita pusing minda kepada beberapa sudut yang tidak dapat tidak mampu menyelamatkan ummah.

           Jika Yahudi israel menguasai ekonomi dunia maka kita juga wajar menguasai bidang yang sama. kita kumpul dana dan kita beli saham-saham besar syarikat mereka,kita mampu? Mesti lah mampu kerana berapa ramai umat islam di dunia ini maka nya sudah pasti kita mampu mengumpul dana dan membeli saham-saham mereka seperti yang di lakukan oleh Temasik Holding di singapore. Di situ di panggil kebijaksanaan.

        Seperti derma sekolah cina, pihak persatuan memohon kerajaan supaya mengecualikan cukai kepada yang membayar cukai. Tapi kita sekolah agama adakah tindakan yang sama kita lakukan? kita boleh lakukan tapi kita lemah dalam mengatur sistem. Sistem yang di cipta oleh rasullullah dan islam tapi di guna pakai oleh orang bukan islam. Kita akhirnya ketinggalan. Yang tinggal,boikot tanpa ilmu.

Wallahuallam………

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: