Kematangan Politik dan demokrasi: Persepsi dan gerak kerja

Dengan Nama Allah swt yang Maha Pengasih lagi Maha penyayang,

      Malaysia berdepan dengan pelbagai spekulasi politik yang berbeza. Ada yang di mainkan oleh pemerintah pusat(UMNO-BN) dan ada yang di bentangkan oleh golongan oposisi. Pelbagai cara dan isu di mainkan sehingga ada yang menghancurkan sistem adab dan sosial negara bertamadun,sehingga tidak ada lagi segan silu abab dan sopan. Itu semua kerana kerakusan politik dan ada unsur kepentingan peribadi dari hak dan keadilan.

      PRU lepas membuktikan Malaysia melalui saluran rakyat sudah mula berubah melalui cara pemikiran dan fahaman politik rakyat, sudah mula pandai membezakan hak dan batil. Fahaman demokrasi sudah mula di perjuangkan kembali oleh rakyat negara sehingga ada yang menghabiskan beratus-ratus ringgit semata-mata ingin mencari teori sebenar demokrasi.

Ernest Gellner menyatakan bahawa masyarakat sivil sebagai masyarakat yang terdiri daripada pelbagai institusi bukan pemerintah yang cukup kuat untuk mengimbangi negara Walaupun ia bukan bertujuan menghalang negara memenuhi dan melaksanakan peranannya sebagai penjaga keamanan dan keselamatan serta bertindak sebagai hakim atau pengadil antara negara dan rakyat, masyarakat sivil tetap dapat menghalang usaha-usaha mendominasi warganya.

     Malah,model ini dikembangkan oleh Alexis De Tocqueville berdasarkan pengalaman demokrasi di Amerika Syarikat yang merupakan kewujudan kelompok-kelompok sukarela dalam masyarakat yang membuat keputusan di peringkat tempatan dan menghindari campur tangan pemerintah secara total.

       Jika rakyat dapat menilai sejauh mana peripenting nya saluran perjuangan maka pasti akan berjaya membina satu tamadun yang gah dan hebat. Kita masih berkiblatkan eropah termasuk dari sudut pemerintahan atau sudut bersosial. Tapi adakah benar kita memahami demokrasi yang di gunapakai ini?

       Demokrasi yang terkenal dalam sejarah Amerika diberi oleh Abraham Lincoln yang banyak menggabungkan idea dengan Jefferson dalam perkembangan pemikiran politik Amerika. “Pemerintahan daripada rakyat, oleh rakyat dan untuk rakyat.”

        tapi kesan dari korupsi dan kepentingan peribadi menjadikan negara sudah mula luntur dari memegang teori sebenar demokrasi. Hak rakyat untuk rakyat,yang tinggal adalah hak pemimpin untuk memimpin!

Kemantangan

     Konvensyen Parti Keadilan Rakyat hari ini membuktikan parti itu masih mampu membawa perubahan dan meyalurkan sumber keadilan untuk rakyat membawa nya di medan pengundian. Walaupun ada yang masih samar dalam memperjuangkan hak parti,tapi dari satu sudut PKR mampu memberi impak kepada parti mustakbirin UMNO-BN untuk terus di sungkurkan oleh kuasa legal rakyat.

     “Gerak kerja itu bukan barang enteng”. Jika pemimpin parti oposisi sehebat Anwar Ibrahim,TG Hj Hadi,TG Nik Abd Aziz,Lim Guan Eng dan lain-lain tapi tidak ada tindak balas dari akar umbi untuk sama-sama menyalurkan risalah-risalah islah(perubahan) maka sehebat mana pemimpin,parti itu akan lingkup kesan dari ketidak utuhan ahli.

       PKR,PAS dan DAP satu gabungan baru yang di lihat oleh rakyat sebagai gergasi baru parti politik oposisi negara. BN dan UMNO akhirnya sedar dari lamunan mimpi yang selama ini kenyang dengan amalan jijik korupsi,adu domba akhirnya rakyat menjadi senjata penghapus politik kelam UMNO BN. Memang tidak di nafikan,dalam UMNO BN ada yang melihat kehadapan tapi jika ia segelintir dari yang banyak maka adakah si kecil mampu melawan si besar? akhirnya laluan nahkoda perlu di ubah bersama sistem ko-ordinasi nya secara total.

       Amat menyedihkan,pengaruh pemerintahan barat ke atas minda-minda anak bangsa akhirnya melemahkan negara dari di pacu. Dasar islam nya kita lemah,keadilan dan hak kita lupakan kerana apa? Jika di kaji,pembawaan Adam Ferguson di pertengahan abad ke-18 di barat dengan latar belakang kemunculan masyarakat kapitalisme yang mengalami penghakisan dari segi tanggung jawab sosial maka berkembangannya pengaruh individualisme yang mana kini diwarisi oleh rakyat negara kita. Amat mengecewakan.

       Itulah yang di bawa oleh Ibnul Qoyyim Rahimahullah dalam kitab nya “Zaadul Ma’aad Fii Hadyi Khoiril Ibaad” di mana Ibnul Qayyim Rahimahullah menyatakan

                   “Perintah untuk jihad melawan hawa nafsu dalam mentaati Allah dan jihad melawan syaitan adalah fardhu ain yang tidak boleh diwakilkan kepada seorangpun. Adapun jihad melawan orang-orang kafir dan munafik adalah fardhu kifayah”

      Semangant jihad sudah mula luntur dalam diri rakyat terutama umat Islam. Islam di bentuk hanya di masjid dengan alunan laguan zikrullah sedangkan ada yang lebih besar iaitu membantu para mujahid menentang musuh-musuh Allah. Islam harus di pertahankan dengan apa jua sekalipun termasuk ilmu,kelengkapan diri dan wang ringgit,harta dan kedudukan. Jihad menentang musuh utama dalam diri dan berusaha membawa kejayaan dan kemenangan menentang musuh dalam diri di luar.

       Usah pertikarkan soal furu’ kerana di hadapan kita musuh makin hampir. Dustur Allah makin kelam di kabur dengan sistem yang digunapakai oleh individu yang jelas punyai kepentingan diri. Wang,harta semuanya musuh utama si pemimpin. Maka berhati-hati.

       “Politic is the art of the possible dan Politic is the art of compromise” .

       Kembali kepada struktur Islam dan perkemaskan barisan jamaah yang  ada. Biar lah berlainan uniform tapi laluan dan fikrahnya adalah sama . Berlapang dada kerana perbezaan itu ciptaan Allah dan ianya jika di lihat dari sudut Allah maka insyaAllah kita dapat menilai.

     Ingatlah,musuh Islam menanti kita tersungkur kerana hasil kelemahan dan kebodohan diri kita sendiri. Saya teringat kata-kata Panglima Perang Britian Alenby ketika si kafir itu memasuki Baitul Maqdis pada 1971

Hari ini berakhirlah perang salib”

dan Panglima tentera Perancis Gouroud ketika berdiri di makam Panglima Muslim Salahudin Al-Ayubbi di mana Gouroud berkata

Sekarang kami kembali wahai saladin” _sambil gouroud memijak-mijak makam panglima Islam yang membebaskan baitul maqdis.

Subhanallah..

Semoga kita dapat menilai sejauh mana kita di sisi Allah dan tugas kita sebagai khalifah Allah swt.

InsyaAllah

 

      

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: