PRK Hulu Selangor : Kifarah dan semangat jahada

By: Hazazi

Bismillah,

   Dengan rahmat Allah swt dan segala kecantikan ciptaan Allah swt ke atas muka bumi nya. Semoga kita menjadi hamba yang bersyukur.

     Mengupas sedikit perjalanan PRK Hulu Selangor.

     Pilihanraya kecil hulu selangor telah membuktikan BN telah kembali kuat dan hebat di medan perang. Jika BN dulu di katakan parti luput dan parti usang maka kini BN dan UMNO telah berjaya menempis setiap tohmahan-tohmahan sesat yang melukakan hati-hati mujahid UMNO. Kuasa dan kehebatan DS Anwar Ibrahim yang selama ini di julang hebat dan nama nya lebih di kenali seantero dunia akhirnya luput dan lusuh di tanah hulu selangor sehingga Najib yang di conteng oleh sirah-sirah dosa kini di sapu bersih muka nya oleh para pejuang UMNO BN.

       Maka ramailah pengikut-pengikut DS Anwar bersifat munafik,gunting dalam lipatan dan sebagai nya. Jika pengikut-pengikut anwar dahulu melihat anwar bisa bawa perubahan kini sudah luntur berkecai kata-kata itu. Semangat hanya semangat dan kata-kata hanya kata-kata. Itulah lumrah dunia dan perjuangan kebanyakan.

    Kemenangan besar BN kali ini juga telah membuktikan isu apco wordwide tidak mampu tembus dalam jiwa-jiwa pengundi dan rakyat hulu selangor. Rakyat Malaysia terutama rakyat hulu selangor tidak termakan ubat-ubat dari PAS dan PKR yang memperjuangkan suara rakyat palestine dan rakyat hulu selangor melihat Najib dan barisan pemimpin UMNO BN punyai matlamat besar. Matlamat untuk mengambil APCO  sebagai penasihat dan jadikan 1malaysia lambang terbaru penyatuan bangsa adalah di kira berjaya walaupun ada yang mencemuh. Kisah ini seakan kembali berulang ketika ayahda Pak Lah mengumunkan konsep Islam hadhari walaupun kitab tulisan syeikh anwar jundi  yang di tulis pada 1985 mengatakan islam hadhari adalah agenda yahudi untuk pecah belah kan Islam yang syumul.

        Boleh saya katakan BN dan UMNO sudah mula berkuasa. Pimpinan Najib Tun Razak telah buktikan kepada UMUM dan rakyat malaysia bahawa dia mampu pulihkan kejatuhan BN dan UMNO yang di tinggalkan oleh Tun Abdullah Badawi.  Dan kini Tun Abdullah Badawi sudah hilang kuasa secara total dan Najib cukup terampil dalam tugas nya untuk berkuasa. Jika pemimpin PAS yang nama nya pernah berjuang maka serendah mana pun dia dalam PAS ,ahli tetap angkat julang sehingga wala nya mengatasi segala-gala nya tetapi nasib pemimpin UMNO di ukur dalam skala kuasa,wang dan sentiment.

       Kembali kepada PRK Hulu selangor,

       Rakan saya juga pemuda dalam PAS hampir menangis sedih dengan kekalahan dan merah muka bila saya mengatakan BN wajar menang. Saya bukan berpaling tadah dan saya juga bukan ahli munafik tapi dalam perjuangan jika perlu renung kenapa Allah swt timpakan kekalah kepada kita. Muhasabah itu penting.

       Kekalahan bukanlah satu perkara asing terutama bagi PAS kerana sejak bangku sekolah dan di kampus lagi saya bergiat dalam politik khusus dalam setiap aktiviti parti Islam. Kita boleh merasa kecewa dengan kekalahan kerana kita telah berkerja kuat sehingga siang malam adalah rutin biasa kita,bersolat hajat dan munajat sepanjang sesi kempen. Dahulu,PAS sering menerima kekalahan dan kita ahli PAS di asuh dan di ajar oleh Naqib bahawa kita berada dalam medan uhud tapi kini di mana kata julang semangat-semangat itu? Usah bersedih wahai sahabat-sahabatku. “Dont be sad”

       Jika di renung sedalam-dalamnya terutama dalam perjalanan hidup ada kala kita terjatuh,di hina dan di pandang sepi tapi saya sering menegur pelajar-pelajar saya di universiti kerana sikap mereka yang cepat megeluh tapi kadang kala diam adalah kunci kejayaan kerana orang yang diam dia akan di beri akal untuk bertindak mencari penyelesaian. Saya didik student saya kenal Allah kerana di situ kunci ketenangan dan cari pendamping yang baik dan berilmu kerana di situ kunci kejayaan kita.

         Kita warga jamaah wajar belajar dari sejarah. Cuba renung kesilapan khalifah Fatimiyyah.Di mana al-Hakim bi-Amr Allah  telah menggeledah hospis pilgrim di Baitulmuqaddis dan merosakkan Gereja Makam yang Suci. Walaupun didirikan semula oleh maharaja Bizantine, peristiwa memalukan ini sentiasa berada dalam ingatan bangsa Eropah dan menolong menyemarakkan lagi Perang Salib. Jika ada sahabat saya di dalam majlis usrah mengatakan inilah takdir Allah maka apa boleh saya katakan,hanya tersenyum dan diam. Kerana kesilapan khalifah fatimiyyah maka terjadinya api-api perang salib.

        Kehebatan Islam di bina di atas kekuatan ilmu. Jika para sahabat tidak di didik oleh rasullulah akan peri penting nya ilmu maka kita tidak akan merasai Islam pada hari ini. Rasullullah saw mengajar kita menjadi al-muta’allimin (pemburu ilmu) maka hari ini wajar sekali kita sekalian jamaah kembali kepada jalan cintakan ilmu. usah terhadkan ilmu kerana bermula hari ini Islam akan hebat 30 tahun nanti apabila ada nya doktor yang punyai fikrah islam,jurutera,pensyarah yang punyai jati diri islam yang kuat.

        PAS hari ini kuat kerana didikan para ulama terdahulu yang menyambung sisa-sisa perjuangan Nabi saw. Tapi amat sedih sekali,hasil dari kemenangan PAS kita lemah kembali. Kita lupa untuk sujud pada Allah swt. Kita lupa membuka kitab-kitab ta’alim dan kaji susur perjuangan muhajid islam lampau. Kita terlalu kejar kepada soal politik,berbicara soal politik sehingga tercemar sisa akidah yang di bina bertahun-tahun. Bukan politik itu salah dan politik tidak dapat di asingkan dari agama.

         Jika di hulu selangor,PRK ini telah buktikan kepada saya pejuang parti yang selama ini punyai fikrah islam tapi kurang berpengang pada Islam. Akidah nya hancur kerana sikap maki hamun. Mungkin segelintir tidak semua. Saya tidak salahkan perjuangan suci kita.

           Cuba renung kembali cara Al-Sultan salahudin al-ayubbi sewaktu berperang merampas kembali baitul maqdis. Kekalahan demi kekalah menimpa tentera pimpinan nya sehingga Salahudin solat memohon petunjuk dari Allah di mana salah silap nya. Hasilnya,Allah gerakkan salahudin berjalan di waktu malam melawat kemah ke kemah tentera nya akhirnya ada tentera nya yang tidak menunaikan solat tahajud. Salahudin menemui punca sehingga tentera Islam mencapai kemenangan dalam perang salib. Salahudin tidak benarkan tentera nya yang tidak bersolat malam dari turun berperang. itulah bukti betapa pentingnya semangat cintakan Allah swt.

         Tapi hulu selangor mengajar saya dan rakan-rakan betapa penting nya sabar. Kemiskinan dan tekanan. Jika jiwa kita kontang dan kurang arif akan sepak terajang dunia maka usah kita bicara soal berjuang. Berjuang perlu istiqomah dan ilmu. Kita usah berbicara soal hendak tinggalkan urusan dunia kerana urusan dunia ini perlu untuk kita jadikan platform sebarkan risalah islam yang di bina dalam jiwa-jiwa mujahid Islam.

         Kekalahan bukan titik noktah perjuangan kita kerana masa masih ada dan kiamat itu di hadapan bukan di belakang. Kita perlu bina kekuatan ekonomi,ilmu dan fizikal kerana di situ kunci nya.

         InsyaAllah

               

       

        

        

        

      

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: