Diari Mujahid : Berharap pada Allah

Bismillah,

    Syukur pada Tuan Empunya Alam kerana memberi kita peluang untuk menjadi hamba NYA. Hamba yang kenal tuhan sama ada dalam diri dan juga alam. Menjadi hamba yang selalu di uji tapi masih boleh mengadap Allah,menangis merayu kepada Allah. Ini lah bukti Allah mencintai si kekasih.

     Bersyukur wahai diri kerana Allah swt senantiasa melihat mu.

     Kita hamba yang cukup da’if dan lemah dalam mengatur susur kehidupan. Kita cepat alpa dan kita mudah tersepit dengan gelung masalah tapi usah kita lupa bahawa Allah swt itu ada bersama kita walaupun manusia yang pernah bersama kita hanya pandai menabur benih taat. Kemaafan sudah pudar dalam diri dan kebergantungan pada Allah sudah lusuh di makan nafsu rakus duniawi. Subhanallah

Cinta dan doa.....

     Usah lagi bergantung pada manusia,

     Setelah liku-liku perjalanan si hamba dalam menempuh medan pertempuran yang sempit ini banyak pegajaran di sebalik apa yang telah berlaku. Fahamlah,betapa dunia ini penuh dengan kesombongan,riak dan hasad.  Satu perkara yang dapat saya pelajari dari jatuh bangun kehidupan ini iaitu usah lagi percaya pada manusia dan usah lagi bergantung pada manusia.

     Manusia boleh menutup aurat nya tapi dia tidak mampu menutup aib sesama insan. Biarlah,usah pertikaikan lagi kehidupan yang lepas. Semoga kehidupan esok akan menjadi kehidupan yang di hiasi bunga-bunga iman. Di bantu Allah dan meminta bantuan Allah swt.

      Usah jauh dari Allah kerana tidak dapat tidak kita akan kembali kepada NYA baik di dunia atau di hari yang kekal kelak. Pandang lah langit kerana di situ ada pintu rahsia dan bulatkan hati dengan wahyu Allah kerana ada satu rahsia akan terbuka hanya dengan izin nya.

       Dosa lepas itu milik Allah untuk mengampunkan dan usaha kita sebagai hamba untuk merayu kepada Allah. Kembali kepada Allah dan berdoa supaya di beri kebaikan bersama isi dunia nya kerana dunia ini adalah hamba NYA. Usah berharap pada manusia lagi kerana di situ permulaan kunci kesilapan .

       Pandanglah diri dan beri cinta pada Allah. Usah lagi berharap pada cinta si makhluk kerana Allah maha berkuasa memegang hati-hati manusia.

       Mardotillah.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: