Dairi Mujahid : Sabarlah wahai hati

Bismillah,

Dengan nama Allah yang Maha pengampun lagi maha pengasih,

Rahmat Mu luas Ya Rabbi…..

Kali ini sudah si hamba Allah itu menduga ini akan terjadi kerana hasil tangan yang tidak guna iman dan ainul yakin beralaskan wahyu. Subhanallah.

Sesungguhnya aku kepunyaan Allah dan kepada Mu Ya Allah aku kembali”

Semua meninggalkan kita jika kita tersilap langkah. Mereka akan mencemuh walaupun hati bisa berkata akan memaafkan. Mulut yang manis akan bertukar jadi pahit,masin dan busuk akibat kemaraan syaitan yang membakar obor kejahatan dalam diri. Jika benar ini ujian dari Allah,maka sabarlah diriku. Jika ini pengajaran untuk aku perolehi teman yang terbaik maka aku redo. Dan jika ini membuat ku matang maka aku sanggup. Inilah ujian Mu.

Hanya Allah yang mengetahui ujian yang Maha Hebat ini.

       Usah kuatir wahai hati kerana hati yang jauh dari Allah akan di dekatkan hanya kerana keizinan Allah. Allah itu maha memelihara dan usah sedih wahai hati kerana cinta kan laila tidak akan kekal dan cintakan manusia akan membuat hati yang sihat bisa sakit.

       Wahai hati,jika ini jalan untuk dapat cahaya ilahi maka biarkan ia datang tapi bersyarat kenal Allah dalam diri.

       Berhati-hati wahai hati dari terpaut pada yang fana. Kerana yang kekal adalah DIA dan yang luput adalah kita dan isi yang ada di sekeliling. Hati,usah bersedih kerana inilah masa untuk dekat dengan Allah dan inilah masa untuk aku melihat mana yang terbaik bersama ku.

        Jika ini percakapan Allah melalui perantaraan maka aku bersedia mendengar teguran Mu Ya Muhaimin.

       

 

Benar,

   Diri ini menangis kerana ujian Mu, betapa beratnya Ya Allah aku cuba pikul. Saya teringat pesan dari Syeikh Mustafa Sabri iaitu ulamak sewaktu pemerintahan Othmaniah berkata:

Barang siapa yang berasa aman dari cubaan Allah nescaya akan hina.”

     Kerana ujian ini lah diri kerdil ini kembali membuka kitab hadith untuk memujuk hati yang hiba ini. Teringat pesan baginda saw

Rasulullah pernah bersabda:

Apabila Allah kasihkan seseorang, Allah mengenakan dengan suatu cubaan sehingga Allah mendengar rengekan permintaan yang bersungguh-sungguh.”

                                                                             (Dari Masnad Firdaus oleh Dailami)

Ya Allah,

Ujian ini cukup perit untuk aku lalui…

Aku terjatuh seroang diri,jangan tinggalkan aku Ya Rabbi..

Aku mengerti,aku menzalimi diriku sendiri…

Jika benar hari esok akan cerah maka akan ku tunggu dengan doa dan harapan,

Biarlah masa kemarin,

Kerana dosa lepas akan buat hati terus sayu.

Benar,

Kabus akan hilang,malam akan di gantikan siang,

Tagis akan di ganti dengan tawa. Itulah lumrah Allah.

Ya Allah,

Kini,aku merasai nikmat ujian Mu.

Aku redo,

Tempatkan aku di dalam cahaya Mu,

jadikan setiap langkah ku esok adalah langkah yang benar dan di bantu oleh Mu Ya Allah.

Ya Latiff,

Inilah rahsia Mu.

Ameen~

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: