Hulu selangor : Misi Tawan Kerajaan Persekutuan dan persimpangan akhlak

Bismillah,

    Piliharaya kecil Hulu Selangor memberi satu petanda kepada umum bahawa PKR sudah menang dari beberapa sudut iaitu

1. Calon PKR lebih terampil

2. Prestasi kerajaan Selangor

3. Kemenangan PR pada PRU dan PRK sebelum ini

       Beberapa pandangan kecil saya di atas telah menempa tiket kepada PKR dan umum kepada PR untuk menang. Tapi di sebalik zon selesa dari PKR dan PR ada beberapa isu yang menjadi kurang jelas kepada fikrah pengundi iaitu isu akhlak calon.

       UMNO BN kini galak dalam memalu gendang dan mainkan lagu akhlak. Dato Zaid adalah mangsa utama nya dan DS Anwar Ibrahim juga terkena bias pekikan lagu UMNO BN. Tapi UMNO BN tersilap langkah lagi kerana Dato Zaid Ibrahim adalah bekas ahli mereka dan dato zaid adalah pemimpin tertinggi mereka. Di sebalik galak memalu gendang UMNO BN terhantuk di tiang yang mereka bina sendiri. UMNO BN penuh dengan dosa akhlak yang di cipta mereka sendiri dan satu persatu dosa-dosa mereka terdedah secara sendiri. Jika UMNO BN terus menerus mainkan isu ini,UMNO BN akan menjadi seperti kayu yang di makan anai-anai. Lama-kelamaan kekuatan kayu itu akan rapuh dan hancur secara perlahan-lahan.

      Dari satu sudut lain ialah Dato Zaid telah melompat ke dalam PKR PR. Jika dulu Umar ra pernah membunuh anak perempuan dan jelas menentang gerakan Islam tapi akhirnya UMAR RA menjadi sahabat yang di jamin masuk syurga oleh baginda rasullulah saw. UMAR RA lah yang hebat memperjuangkan Nabi dan Islam . Sebab itu kita perlu beri peluang kerana hidayah milik Allah swt.

       Seorang pemimpin yang baik sanggup menerima teguran dan bisa melakukan perubahan diri. Taubat itu penting bagi orang Islam.

       Tapi isu ini perlu kan PAS mainkan peranan dalam Pakatan Rakyat secara aktif. PAS perlu jadikan pengiat dakwah dalam PR dan inilah masa untuk PAS jadikan ISLAM sebagai pegangan utama. PAS perlu kan pilihanraya kecil ini sebagai kempen dakwah Islam kerana inilah masanya. Jika dulu DAP jauh dari ISLAM dan Al-Quran tapi hasil kerjasama PAS DAP dan PKR jadikan DAP kenal Al-QURAN dan kenal ISLAM. Tapi perlu di ingat,sabar itu kunci kejayaan.

       Politik dan didikan akhlak perlu seiring. Itu penting bagi saya .

Advertisements

2 responses to this post.

  1. Posted by muhamad bin almi on April 21, 2010 at 12:30 pm

    salam.sy kdg2 kesal dgn ahli dan pmimpin pKR yg kuar prti.sy ahli pas mmg kesal sgt.bkn sy sorg sj yg kesal dan marah.rmai lg yg marah.tp km ni ahli yg taat dgn kata pmimpin ttap akn beri sokongan kpd pkR.harap pkR brubah sikap.ksian prti pkatan lain sm sbb trpksa lalui smua ni.inilah dugaan allah yg bsar dan mnguji ksabaran mnusia

    Reply

    • Posted by Reformis on April 22, 2010 at 8:51 am

      Alhamdulilah,
      Mardotillah.

      Hubungan PAS dengan PKR bkn masalah kerana tidak ada parti yang naik tanpa sebarang masalah di dalam dunia.
      Jika PKR mengalami krisis wala’ pada parti dan pemimpin maka tugas PAS secara tak langsung tunjukan model sistem yang jelas dan
      mengikat hati-hati pejuang parti .

      Tidak pelik sahabat ku jika ada pemimpin yang melompat kerana itu lumrah manusia yang tidak bertuhankan Allah dan beralaskn wahyu .
      Manusia yang kurang kekuatan dari segi harta kekayaan pasti akan goyang jika di tabur wang bertimbun-timbun.

      Usah kuatir sahabat,

      kita bulat kan tekad,bersama jamaah dan doa kerana perjuangan kita adalah perjuangan suci.
      Usah kuatir kerana kita kerja dengan Allah.

      Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: