Kesilapan atau taktik kemenangan?

By : Hazazi

Bismillah,

Apabila jatuhnya sistem khalifah pada 3 Mac 1924 maka sistem khalifah hanya menjadi kebanggaan umat Islam hari ini. Umat Islam terlalu bangga sehingga para dai’e menjadikan ulam ulaman dalam siri taklim dan sebagainya. Ia tidak salah jika kita belajar dari sejarah kerana dari sejarahlah si kecil yang bermula merangkak akan mula berjalan dan jatuh,dari sejarah jatuh itu si kecil bisa pandai berjalan dan berlari. Tapi persoalan nya adakah kita belajar dari sejarah? adakah kita berusaha untuk kembalikan sinar islam yang di asaskan oleh rasul-rasul Allah swt yang  jelas bersama memperjuangkan ilmu wahyu Allah swt.

Tapi dari sudut yang lain,umat Islam tidak lagi pandai belajar dari sejarah. Umat Islam terlalu pandai membaca dan bercerita tapi tidak pandai untuk mencipta satu kehebatan. Masihkah kita ingat  pada tahun 1928, atas inisiatif seorang insan bernama Imam Hasan al-Banna telah merintis jalan untuk mengembalikan khilafah Islamiyah dengan menubuhkan satu jamaah Islam yang dinamakan Ikhwanul Muslimin.

Penubuhan Ikhwanul Muslimin ini telah mendorong penubuhan jamaah-jamaah Islam lain di serata dunia. Islam mulai bertebaran di serata dunia selepas kejatuhan kerajaan Turki Uthmaniyah.

Benarlah janji Allah SWT di dalam al-Quran ” Dan sesiapa yang menjadikan Allah dan Rasulnya serta orang orang yang beriman itu penolongnya (maka berjayalah dia), kerana sesungguhnya golongan (yang berpegang kepada agama) Allah, itulah yang tetap menang ” – Al Maidah: 56

Ayat di atas menerangkan tentang janji Allah SWT yang tidak ada syak padanya. Kemenangan Islam telah dijanjikan oleh Allah SWT. Hanya mereka yang berpegang teguh kepada agama Allah dijanjikan kemenangan olehNya.

Percaya pada yang pasti,tapi syaratnya kita umat Islam wajar jadikan Islam sebagai sumber sebenar asas kehidupan. Jangan ambil islam di sudut pakai kupiah dan simpan janggut tapi dari sudut pembelaan kepada Islam kita ketepikan. Islam perlukan kita untuk kembalikan kehebatan dan sinaran Islam.

Berpegang kepada aqidah yang satu, gerakan Islam di seluruh dunia meyakini khilafah minhaj ’alan Nubuwwah pasti akan kembali untuk mentadbir muka bumi Allah SWT. Allah tidak akan membiarkan manhaj ciptaan manusia untuk terus memerintah muka bumiNya.

Kita juga masih tidaktahu siapa khalifahnya untuk dibai’ah. Sebagai umat Islam, kita wajib berjuang memerah setiap titik keringat dan darah yang ada untuk memenangkan Islam. Sebagai akhirnya, beliau menyatakan, Allah tidak akan bertanyakan tentang hasilnya, akan tetapi Allah akan bertanya apakah usaha yang telah kita lakukan untuk menegakkan kalimah Allah di atas muka bumi ini.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: