Kembalikan hak kelantan

Persoalan utk kerajaan

1. Pada masa ini Sarawak, Sabah dan Terengganu telah pun dibayar 5% kepada negeri-negeri berkenaan.

2. Sarawak,Sabah, Terengganu dan Kelantan berada dalam Persekutuan Malaysia. Jika Brunai berada dalam Malaysia , Brunai juga akan menerima royalti 5%. Oleh kerana Brunai sebuah Kerajaan Berdaulat maka semua kawasan Perairan Brunai adalah menjadi hak miliknya.

3. Soalan saya jika Kelantan berada di Luar Malaysia begitu juga Sabah atau Sarawak, (Bukan dalam Persekutaun Malaysia) adakah Malaysia berhad mendapat hasil di perairan Kelantan/Sarawak/Sabah?. Jawabnya tidak berhak.

4. Alasan UMNO/BN cukup bodoh. Sudahlah paip minyak/gas dinaikkan melalui Songkla Thailand) walaupun Tumpat Kelantan lebih dekat tetapi UMNO sanggup mengkhianati bangsanya sendiri. Contohnya apabila PAS memerintah Terengganu (1999-2004) Royaltinya ditarik. Perjanjian yang dibuat sebelum ini tidak digunapakai lagi. Apabila UMNO/BN kembali memerintah Terengganu (2004 hingga sekarang). Agihan wang royalti minyak mula dikembalikan.

5. Dimanakah keadilan UMNO/BN?. Ingat wahai Dato Pha, dan semua pimpinan UMNO bahawa kamu semua akan mati. INGAT kezaliman dan ketidak adilan kamu dinanti akan disoal oleh Allah SWT. ” Takutlah Allah”.

6. Di dunia pelbagai alasan boleh diberi, misalnya di luar perairan dan sebagainya. nasib baiklah Kelantan dalam Malaysia. Jika Kelantan sebuah negara berdaulat macam Brunai adakah ianya masih menjadi hak milik Malaysia?.

7. Oleh itu janganlah berdalih lagi kembalikan hak rakyat Kelantan sesuai Slogan Najib 1 Malaysia benar-benar menjadi realiti.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: