Aliran sekularisme : Bangsa yang rosak!

By : Hazazi,Shah Alam

Bismillah,

  Setelah sekian lama saya tidak menyentuh buku tulisan pemikir barat maka hari ini terdetik untuk saya melihat dan membaca seimbas lalu buku tulisan seorang wartawan Amerika,John Gender yang di ulang cetak dalam bahasa arab “Fi Dakhil Uruba” ( Di tengah masyarakat Eropah).

  Satu yang menarik dari John Gender ialah beliau menulis dimana “Org eropah menyembah Bank of England enam hari dalam seminggu dan pada hari ke tujuh mereka akan ke gereja”

  Inilah petanda yang membuktikan bahawa tamadun eropah yang di kiblatkan seluruh dunia hari ini telah lama meninggalkan unsur spritual atau lebih tepat “kepercayaan ketuhanan” . Lebih bahaya budaya itu telah mula meresap kedalam jiwa-jiwa orang Islam . Hasilnya Islam hanya tinggal Islam dalam diri umat Islam,agama hanya tinggal di masjid dan urusan kehidupan adalah urusan tanpa tuhan.

Benarkah kehidupan barat rosak?

   Jika di teliti tamadun eropah di anggap hebat kerana tamadun itu di bangunkan atas sumber wahyu. Allah swt menyuruh kita supaya “meyatu” dan hasil dari kesatuan itu lahirlah sebuah tamadun dan negara yang kuat dan hebat. Kekuatan dan kehebatan itu milik Allah dan Allah akan memberikan nikmat itu kepada sesiapa yang mengikut ajaran wahyu Allah itu termasuk kepada orang barat yang di anggap oleh kita mereka tidak beriman.

   Tamadun barat bukanlah satu tamadun yang rosak secara total kerana hasil dari keruntuhan moral yang teruk sejak 20tahun lalu menyebabkan mereka kembali kepada unsur keagamaan. Tekanan demi tekanan kepada negara Islam juga menyebabkan rakyat eropah mula mengenali Islam dan melihat kesempurnaan agama wahyu itu. Hasilnya Islam di eropah semakin pesat dan hasil kepesatan Islam sedikit sebanyak membantu menaikkan kembali tamadun eropah.

   Dalam buku tulisan Sir Richard Winn Livingstone bekas Naib Canselor Universiti Oxford ” Education for confusing World” menyatakan

Jika kita memindahkan diri daripada medan sains kepada medan akhlak dan agama,kita akan dapati diri kita berada di bumi yang gersang yang di kuasai oleh kepercayaan yang rosak dan nilai akhlak yang roboh,di mana para perompak masih terus merompak dan merampas…….”

   Tamadun yang di dirikan di atas sumber agama pasti akan mencapai sebuah tamadun yang di lihat hebat,unik dan cantik. Ikutan itulah yang menjadikan tamadun Islam melakar sejarah dunia yang mana tamadun islam di anggap sebagai pusat keilmuan dunia dan pusat pentadbiran yang akhirnya di ceduk oleh pemikir dan ilmuan barat.

   Negara Islam hari ini sudah ketinggalan jauh dari segi membina tamadun sendiri. Kenapa? kerana meninggalkan Islam yang syumul. Islam yang di tafsir kan oleh ulama sebagai agama universal,agama sejagat dan agama wahyu yang tidak dapat di sangkal oleh mana-mana pihak. Tapi kesilapan umat Islam moden ialah mempercayai Allah akan memberi kemenangan dan mereka menunggu dari hari-ke hari,tahun ke tahun hasilnya Umat Islam di cop sebagai umat yang lemah,umat yang jumud dan umat yang bodoh.

   Kita mengikut tanpa mengkaji. Islam mendidik umatnya supaya mencari ilmu ,mencipta dan menyebarkan ilmu. Islam juga mendidik umat nya menjadi umat perintis bukan umat yang merintih. Kesilapan kita ialah kita kurang yakin pada diri sendiri,kita kurang beriman dengan kitab-kitab Allah dan Rasul-rasul Allah. Umat Islam terlalu merintih budaya barat yang sonsang dan negatif. Budaya barat yang positif di ketepikan kerana di anggap kurang sesuai dengan suasana negara. Itu kesilapan kita yang nyata.

    Berhati-hati dengan musuh Islam.

Musuh Islam bagi saya ialah diri sendiri (nafsu) kerana hasil dari musuh dalaman itulah terjadinya rasuah,kerosakan akhlaq dan unsur agama Islam di tinggalkan. Kerana kelemahan kitalah kita mencipta kejatuhan maruah umat Islam itu sendiri.

    Kita lupa,agama Krisitan dan Yahudi semakin mara kehadapan untuk mencipta satu agama yang hebat. Mereka kini di lihat sebagai juara. Tapi kita Islam masih berada dalam alam keseronokan,kita berbangga dengan kehebatan tentera Islam dan tamadun yang di cipta sejak sekian lama. Tapi yang menyedihkan itu hanya tinggal sejarah.

   Kita tidak mengambil spirit perjaungan dan kehebatan pejuang-pejuang Islam lampau. Ingatlah,Alenby pada tahu 1917 pernah berkata “hari ini telah berakhirnya perang salib”

   Dan Gouroud seorang paglima tentera Perancis setelah memasuki kota Damsyiq lalu beliau berdiri di makam Panglima Islam Salahudin Al-Ayubi dan beliau berkata ” Sekarang kami telah kembali wahai salahudin” .

  Semoga kita sama-sama mencari dimana kunci kejayaan kita dan berusaha mengikit karat-karat dosa dan kelemahan umat Islam. Semoga kemenangan itu pasti. InsyaAllah.

Mardotillah..

  

 

 

ebatan budaya.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: