Toleransi Islam dan Kristian : Emosi atau hikmah

Dengan Nama Allah swt,

Saya terdetik untuk menulis apabila membaca komen dari seorang aktivis katolik tentang penyamaran wartawan al-islam di dua gereja kuala lumpur. Adakah benar tindakan mereka?

Islam adalah al-din dan tatacara hidup memperkenalkan pelbagai dasar kehidupan dan nilai sejagat demi menjamin kemaslahatan manusia dan alam. Islam juga adalah agama yang sentiasa mengamalkan sifat universal, toleransi dan kasih sayang.

Bibit-bibit dialog dirintis oleh Nabi SAW yang memberi jawapan jitu kepada pertanyaan orang Najran dan Yahudi berhubung status Nabi Isa; sama ada manusia atau tuhan dan al-Quran sama ada qadim atau hadis (baharu).

Dialog dilihat sebagai asas toleransi kepada penganut agama lain.

Dialog berlaku kerana wujudnya pengiktirafan Islam terhadap bukan Islam. Secara teorinya, Islam mengiktiraf kewujudan agama lain sebagai anutan tetapi bukan sebagai agama yang sahih.

Ini dijelaskan menerusi firman Allah yang bermaksud:

Sesungguhnya agama yang benar dan diredai di sisi Allah adalah Islam...(Ali-’Imran: 19)

Praktiknya, Islam memberikan layanan dan hak sama adil kepada bukan Islam yang berada di bawah pemerintahan Islam.

Khalifah Umar juga menunjukkan contoh toleransi agama yang tinggi melalui singkapan sejarah seorang wanita Yahudi mengadu tanahnya diambil untuk didirikan bangunan masjid, maka khalifah mengarahkan bangunan di situ dirobohkan.

Sejauh mana pendapat pembaca,bagi saya jelas setiap tindakan semasa kita hari ini terhadapat respont kepada agama lain cukup tidak hikmah. Kenapa perlu kita gusar dengan agama mereka sedangkan gejala murtad datang dari diri umat islam itu sendiri . Kita lemah dalam perlbagai hal sama ada dari segi ilmu,hubungan se-sama dan toleransi. Kita mempercayai ilmu wahyu tapi kita kurang pikat untuk mengikut ajaran itu. 

Itulah kelemahan kita.

Kenapa kita tidak berdialog?

  Kaedah untuk berdialog perlulah mencontohi Nabi SAW iaitu bersandarkan al-Quran dan hadis. Ia juga telah diamalkan secara berterusan oleh golongan sahabat, tabien dan sarjana Muslim.

Ini juga secara tidak langsung memerlukan kemantapan ilmu terutama berkaitan perbandingan agama. Apabila berdialog dalam bentuk hubungan sosial, maka ilmu yang berkaitan seperti bahasa, sosio budaya dan latar belakang masyarakat perlu dikuasai.

Kedua, tidak boleh ada paksaan ke atas penganutan agama. Ini dijelaskan menerusi firman Allah yang bermaksud: 

Tidak ada paksaan dalam agama (Islam), kerana sesungguhnya telah nyata kebenaran (Islam) dengan kesesatan (kufur)...(al-Baqarah: 256)

Asbab nuzul ayat ini adalah selepas peristiwa hijrah Baginda SAW ke Madinah, golongan Ansar telah memaksa anak-anak merekayang masih lagi Yahudi dan Nasrani memeluk Islam selepas melihat kebaikan yang terkandung dalam Islam. Oleh sebab itu, Allah mewahyukan ayat di atas.

Soal memeluk Islam itu bergantung kepada hidayah Allah. Ia bukan boleh dipaksa. Ini kerana Islam agama yang sahih dan benar dan kebenaran akan pasti terserlah. Namun, dakwah wajar terus berjalan.

Ketiga, pihak yang terlibat dengan dialog wajar berlapang dada dan bersedia untuk bersetuju untuk tidak bersetuju.

Keempat, pendialog wajar orang yang berkepakaran dan berilmu. Penganut Muslim jangan sampai gadai agama Islam. Ada lagi syarat lain dan panjang dibahaskan.

Maka kita wajar berfikir. Lemah Islam kerana siapa? Kita mengucat dua kalimah syahadah tapi kita lupa untuk mengikut amalan rasul,mengikut ilmu wahyu. Kita terlalu mengagungkan Ibnu sina,af-farabbi tapi kita lupa abad ini Islam tidak lagi mampu hasilkan genius hebat.

Sama-sama kita mencipta.

InsyaAllah…mardotillah

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: