Monolog perjuangan : Liku-liku untuk melahirkan rijal soleh

Dari isi hati yang gusar.

Dengan hati yang gusar,saya melihat perkembangan rijal-rijal yang di bangunkan oleh negara cukup bermasalah. Rijal yang di suntik kesibukan berhibur bisa menghasilkan negara yang goyang tanpa kekuatan tiang sokongan untuk memaruahkan negara.

Benar kata-kata Hasan Hudhaibi :

  Dirikanlah negara  Islam di dalam hati kamu, nescaya ia akan tertegak di dalam negara kamu”

Kita kembali kepada perjalanan sirah junjungan besar Nabi Muhammad saw dimana permulaan dakwah Nabi ialah berusaha melahirkan rijal yang berakhlaq(rijalnul aqidah) kerana di situ ada kekuatan tersendiri. Kekuatan Islam bermula di dalam diri dan jamaah kerana kekuatan itulah yang menjadi tiang kepada dakwah islam. Islam perlu tiang yang kuat walaupun nampak tiang itu kecil dan halus kerana binaan Islam itu sendiri akan di tiup angin kuat dan perlahan,panas dan sejuk,hujan dan ribut makanya di situlah fungsi kekuatan tiang yang kuat.

Tapi kita silap kerana lupa untuk menyuntik unsur spiritual dalam diri anak muda kita. Kita asuh dan ia-iakan mereka menjadi penyanyi dari menjadi ilmuan,kita lebih senang hati jika mereka menghadiri majlis sosial dari menghadiri majlis keagamaan dan ilmiah. Kita mengikut laluan yang di cipta dari angin nafsu remaja itu sendiri dari mengkikut angin ketamadunan.

Benar,Prof Renan Deopon dalam bukunya So Human An Animal dimana beliau telah menyatakan bahawa tamadun barat di anggap berjaya oleh negara lain tapi sebaliknya berlaku  kesilapan besar kerana lupa untuk mengambil unsur spiritual dalam tamadun barat.

Kita berkiblatkan barat kerana kita bayangkan baratlah negara paling hebat. Kita bertuhankan tamadun mereka sedangkan tamadun itulah yang merosakan kewarasan akal. Lebih baik kita cuba mencipta tamadun kita sendiri kerana tamadun islam itu cukup cantik untuk memerintah dunia kerana islam lah mencipta keselamatan dan kehebatan keadilan.

“Kurang percaya pada Islam”

Saya amat sedih apabila melihat perkembangan umat yang kurang percaya pada Islam itu sendiri. Sedangkan sejarah dunia telah melakar kemas kehebatan ilmuan dalam tamadun Islam itu sendiri. Cukuplah apabila kita melihat bangunan di kota valencia di sepanyol kerana kesan dari tamadun Islam selama 8 kurun telah memisahkan sepanyol dari dunia yang lembab. Sepanyol sebelum kedatangan islam tidak punyai nama yang gah di dalam peta dunia. Kehadiran panglima Islam bernama  Tariq bin Ziaq dan angkatan tenteranya mendarat di Gibralta pada 30 April 711, mereka nampak Sepanyol seolah-olah tanah syurga kerana cairan salji dari gunung Seirra Nevada dapat mengairi seluruh Sepanyol. Pemerintahan Islam menamakan Sepanyol sebagai Al-Andalus yang bermaksud syurga. Subhanallah.

Kita perlukan ilmu….Rasulullah s.a.w bersabda yang membawa maksud :

 Sekiranya sesuatu perkara dilakukan oleh yang bukan ahlinya, maka tunggulah saat kehancurannya

Tidak akan bangkit sesebuah tamadun tanpa ilmu begitu jua bagi seorang manusia. Manusia akan di sanjung hormat jika ia punyai ilmu kerana syarat hormatnya diri adalah ilmu dalam dadanya. Hebat sesebuah kumpulan atau jamaah itu kerana kekuatan ilmu pada ahli nya bukan dengan kekuatan kudrat sahaja. Percayalah tanpa ilmu , penghinaan itu pasti hadir.

Masa untuk berfikir….

Sudah tiba hari ini dan ketika ini untuk kita berfikir dan merenung sedalam mungkin siapa kita di atas muka alam ini. Adakah penciptaan kita di buat-buat tanpa ada pencipta pun? Kita wajar menadah tangan dan berlapang dada menerima bahawa kita adalah makhluk dan Alam punyai Tuan Yang Maha Esa.

Kita wajar beriman dengan ajaran yang di bawa oleh kekasih Allah swt dan kita tidak wajar hanya mengikut tanpa berusaha.

Hari ini sudah tiba masanya untuk kita berusaha mendidik anak-anak kita kearah jalan yang benar. benar bukan hanya mengajar mereka taranum al-quran tapi mengajar mereka kenal siapa Allah dan siapa kita? mengajar berfikir mana yang benar dan mana yang tidak. Juga mengajar mengkaji setiap sanggahan itu ada sebab tersendiri.

Usah kita menolak dunia kerana akhirat. Islam perlu di banggakan dahulu. Wajarkah kita meningalkan dunia ini dengan Islam yang di hina dan Islam di perlekehkan? adakah kita hidup untuk berzikir dan menjaga laman masjid sahaja? kenapa perlu kita tinggalkan anak-anak muda tanpa mengenal Islam?

kesemua persoalan itu perlu kita jawap dengan iman dan mohonlah semoga kita mampu berjalan semula di atas tiket dakwah demi menyambung sumber yang di berikan oleh Allah swt melalui kekasihnya. Ingatlah,hebatnya negara di masa depan bermula dengan didikan kita keatas anak muda hari ini. Hebatnya seorang pemimpin itu apabila di mula dekat dan prihatin dengan masalah akidah yang berlaku ke atas anak muda hari ini.

Kita berusaha untuk melahirkan pemuda sehebat saidina Ali ra. Kita mahukan pemuda sehabat Tariq bin ziat yang mampu menakluki bumi sepanyol sehingga kata-kata hebat beliau

“Jika ku tahu di seberang laut ini adanya daratan maka akan ku renangi untuk letakkan bendera hijau islam”

Semoga Islam terus kita pertahankan dan kita berusaha untuk mencipta ahli muda yang hebat bermula saat ini.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: