UMNO tidak mampu tawan kelantan

Apabila ada kenyataan daripada UMNO kelantan berusaha untuk menawan kelantan menggunakan kaedah 2B (bersaing dan berbakti) maka menjadi permulaan siri peperangan baru untuk melawan PAS dan menawan kelantan dari PAS.

Jadilah pemimpin yang benar membala rakyat bukan kerana hendakkan nama. Pemimpin yang benar-benar hebat apabila di tekan tetap beristiqomah dalam siri perjuangan nya. Semoga Allah membela pemimpin itu, Amen.!

Pemimpin yang ikhlas tetap istiqomah walaupun di tekan lumat untuk menjatuhkan nya. Semoga Allah membela pemimpin itu kerana kita perlukan nya untuk agama suci Allah ini. Amen!

Sejak awal pertubuhan islam di malaysia ia terus di tekan lumat oleh pemerintah yang beridealogikan kebaratan(sekular) kerana kuasa Islam itu seperti tsunami yang sukar di jangka dan tidak mampu di tahan apabila ia datang. Di malaysia hasil kesedaran dan angin kesedaran dari luar telah menyebabkan tertubuhnya Majlis Tertinggi Agama Malaya (MATA) pada 1947 diikuti oleh Hizbul Muslimin pada 1948 kesan daripada usaha gigih Dr Burhanuddin al-Helmy dan Ustaz Abu Bakar al-Baqir. Tapi hasil kemaraan pertubuhan-pertubuhan tersebut tidak kekal lama kerana hasil kemaraan itu adanya si pemusnah,seperti buah yang manis tidak akan lama berjuntai megah kerana ada nya ulat akan masuk untuk memusnahkan nya. Pertubuhan islam waktu itu di lenyek dengan penguatkuasaan Ordinan Darurat pada Jun 1948 dan terus terkubur. Hanya tinggal kenangan.

Hasil tekanan-tekanan itu turut di rasai oleh rakyat kelantan yang mengundi dan mempertahankan kerajaan Islam yang di wakili oleh PAS. Tekanan demi tekanan itu turut menjadi keris dan pedang untuk melumatkan UMNO di kelantan sendiri terutama dalam pilihanraya-pilihanraya lepas.

Pelbagai cara di perkenalkan sehinggalah tekanan peribadi keatas Menteri besar yang menunjukkan UMNO benar-benar mahu menawan kelatan. Benarkah UMNO mahukan kelantan untuk berbakti kepada rakyat? atau mahukan kelantan hanya kerana adanya emas hitam didalam perut bumi kelantan?

Jika benar UMNO mahukan kelantan mereka wajar mengembalikan segala perihal hak kelantan dan rakyat yang menghuni bumi kelantan. Kelantan bukan negeri yang rakyatnya terkecuali membayar cukai kepada kerajaan pusat dan kelantan bukan negeri yang terasing dari peta negara. UMNO dan kerajaan pusat perlu ambil iktibar dari pilihanraya lepas.  Rakyat kelantan bukan lagi termakan gula-gula yang di timbang di dacing lama dan rakyat kelantan bukan lagi hanya bersekolah kampung tapi rakyat kelantan sudah berjawatan tinggi di pelbagai sektor,sudah pandai minum kopi di paris dan makan roti di UK. Rakyat kelantan sudah mula pandai membaca majalah antara bangsa,sudah pandai berinternet dan sudah pandai mengatakan tidak pada ketidaksetujuan.

Itu yang perlu UMNO tahu.

Secara peribadi,UMNO tidaklah teruk jika mereka tahu menilai dan tahu membaiki kerana tidak ada pertubuhan yang lemah jika mereka sanggup membaiki. Begitu juga PAS,pas berimejkan ISLAM dan parti ISLAM maka tidak semestinya PAS itu selalu benar dan betul kerana jika PAS tidak mahu membaiki apa yang lemah maka satu masa PAS akan berkubur di bumi kelantan dan Malaysia umumnya.

Kembalilah kepada ISLAM kerana tidak ada yang lebih selamat dari ISLAM dan belajar mengkaji bukan belajar mengikut kerana ikutan itu cukup bahaya tanpa mengkaji. Orang barat mengambil Quran dan mengkaji hasilnya mereka hebat menakluki dunia dengan ilmu. Orang yahudi melemahkan minda Islam dengan amalan spiritual sahaja sehingga kita tidak mampu mengkaji sejarah Nabi-nabi dan tidak mampu berfikir firman-firman Allah . Mereka menceduk ilmu Islam dan ilmuan Islam di copkan sebagai ilmuan barat sehingga kita lupa ilmu itu datang dari agama kita. Kita membudayakan fahaman sempit sehingga kita hidup dalam tempurung kita sahaja walhal Islam itu mengajar kita supaya menjadi da’e(pendakwah) yang pasti sifat pendakwah itu terbuka dan pandai. Jika dakwah berlegar di dalam jemaah ini sahaja itu bukan di panggil “kejayaan” kerana berjaya nya dakwah itu apabila orang yang tidak kenal menjadi kenal dan orang yang bodoh menjadi pandai.

Semoga Allah membela kita dan bersama orang-orang yang beristiqomah di jalan perjuangan Nya.

InsyaAllah.

 

 

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: