Perjalanan Hidup

Sudah pasti apabila terfikir akan soal hidup maka akan terbayang perit manis hidup ini. Itulah di panggil lumrah kehidupan kerana lumrah hidup itu di cipta oleh Maha Pencipta Allah swt keatas setiap makhluk ciptaan nya di atas dunia. Baik haiwan atau pun manusia yang di beri akal yang waras tetap di uji oleh Allah swt kerana ujian itu tanda kematangan hidup dan ujian itu juga tanda hidup ini punyai Maha Pencipta.

Kenapa perlu keluh kesah?

Lumrah kejadian manusia apabila di himpit masalah akan membuat hati terus hiba dan remuk kerana kesan dari keluh kesah dan masalah yang menimpa. Jangan kuatir wahai insane kerana hidup ini bukan di cipta oleh Allah swt untuk berduka sepanjang-panjangnya . Nabi saw sendiri apabila berduka akan kembali kapada Allah Maha Pencipta kerana setiap masalah ada pengubatnya dan setiap dari susur   jalur masalah manusia pengubat nya ialah kembali kepada Allah swt.

Manusia lupa Mati!

Allah swt menjadikan manusia bukan kekal selamanya seperti mana pokok yang gah tinggi menjalar ke langit akhirnya tiba masa akan rebah ke bumi dan reput di baham ulat sehingga tiada nilai . Begitu jua manusia kerana manusia di cipta untuk beribadah kepada Allah swt. Bukan di cipta untuk mencipta kebanggaan diri di atas dunia Allah ini.

Si Firaun akhirnya mati di telan laut merah kesan dari kejahatan nafsu dan kerakusan kuasa sehingga melupakan siapa yang mencipta dirinya dan lupa dunia ini milik Maha Pencipta. Begitu juga Abu Jahal , manusia yang punyai kuasa tapi mati dalam keadaan hina dina kerana kerakusan dirinya menghalang kuasa Islam dan kebenaran Allah bersama rasul Nya. Wajar sekali kita merenung sejarah manusia seperti Qarun, Abu jahal, Abdullah bin Ubay dan banyak lagi termasuk manusia yang di lahirkan di dunia moden hari ini. Hidup tanpa pemerhatian sepertimana buah labu tanpa isi dan air tanpa ikan,ia tidak akan Nampak warna warni kehidupan.

Setiap dari kejahatan manusia dan kesilapan manusia bukan untuk kita kutuk dan keji tapi itu semua adalah milik Allah untuk kita memperlihatkan kejahatan  manusia itu sendiri dan keburukannya. Untuk kita jadikan tauladan dan sempadan kerana mati kita akan menemui Allah yang Maha Adil perbicaraannya.

Tidak ada manusia yang kekal di atas dunia ini kerana dunia ini di cipta bukan untuk manusia bertongkatkan langit,bermandikan duit. Dunia ini bukan di cipta untuk manusia tutup hati dari beribadah kepada Allah dan dunia ini bukan tempat untuk manusia membina dunia sendiri.

Berjalanlah cari keredoan Allah di atas titik-titik hidup bukan mencari redo manusia. Manusia tidak dapat membantu sedikitpun termasuk soal wang dan kedudukan,manusia yang berharap dengan manusia adalah manusia yang lemah dan rugi kerana manusia ini milik Allah ,Allah swt boleh mengadakan apa yang tiada dan mentiadakan apa yang ada. Allah maha berkuasa dan bertongkatlah pada Allah kerana setiap rahsia-rahsia Allah itu akan menjadi milik kita bersyaratkan keikhlasan.

Kembalilah kepada Islam kerana keselamatan ada pada Islam. Kita di beri akal untuk berfikir sejauh mana kita benar dan sejauh mana tepatnya pilihan kita. Pilihan di tangan kita,termasuk soal kejayaan . Allah swt telah bekalkan Al-Quran dan Nabi nya untuk kita jadikan panduan kerana di situ ada kejayaan yang di rahsiakan oleh Maha Pencipta.

Sabda Rasulullah saw

 “Aku telah meninggalkan sesuatu kepadamu yang apabila hal itu kau pegang teguh kamu tidak akan sesat selamanya, iaitu kitab Allah dan sunnah RasulNya” (AlHakim)

Al-Quran dan As-Sunnah untuk manusia yang berfikir,menilai dan mengikut. Usah kuatir  dengan jalan Islam kerana jalan inilah yang telah di janjikan Allah keselamatan. Islam bukan hanya pada ikatan lidah tapi pada ikatan hati dan akal kerana di situ ada rahsia yang akan di kurniakan oleh Allah swt.

Usah menangis dengan dunia kerana dunia ini milik Allah dan renunglah setiap kejadian Nya dengan mata hati kerana di situ ada rahsia-rahsia tersembunyi milik Allah swt.

 

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: