Perjalanan sang murabbi

Kira nya hidup tanpa ujian seperti minum tanpa rasa dan makan tanpa kenyang. Ujian itu berupa nikmat besar dari Allah tapi sudah pasti nikmat yang bakal di kecapi itu perlu di uji. Ujian itu senang di tempuhi atau jalan nya sukar seperti berjalan di atas lantai licin,silap langkah akan jatuh. Si Murid yang di ajar pelbagai cara ilmu pasti akan di uji oleh guru nya untuk menilai sejauh mana pemahaman ilmu di dada nya. Maka ujian itu bukan sahaja di rasai oleh si murid di sekolah tapi ada ujian besar yang kertas ujian nya di sediakan oleh Allah tuan empunya alam.

Allah swt tidak sama sekali akan menyakiti hamba ciptaan nya kerana Allah swt tidak zalim seperti mana zalim nya manusia tanpa iman. Allah telah jadikan manusia secantik-cantik kejadian dan seindah-indah ciptaan makanya kita wajar menghirup nikmat ini dengan berbekalkan iman dan taqwa kepada Allah swt.

Ramai manusia yang menangis sedih dengan kejadian musibah yang menimpa nya tapi Iman Malik pernah berkata ” Nikmat yang hilang akan di ganti oleh Allah swt dengan 10 nikmat baru yang lebih baik dari nikmat asal”

Saya sering merenung manusia-manusia sekeliling yang di timpa masalah. mereka seakan kurang sedar bahawa manusia dan alam ada nya Allah. Manakan logik air dalam cawan tidak ada penungnya,nasi yang panas tidak ada yang memasaknya,barang yang bergerak tidak ada yang menggerakkan nya. Semua itu adalah asas ciptaan makanya asas ciptaan manusia ini adalah Allah swt. Tidak ada harta yang tidak bertuan begitu jua manusia ini. Allah yang mencipta dari sehalus-halus zarah hinggalah sebesar-besar alam.

Kembali lah kapada Allah kerana tidak ada penyelesaian segala masalah kecuali Allah swt yang mampu menyelesaikan. Allah swt itu maha mengadakan apa yang tiada dan mentiadakan apa yang ada. Asas itu perlu kita sebagai hamba pegang dan fahami kerana manusia yang paling cerdik ialah manusia yang mengenal pencipta dan mengenal siapa yang mencipta.

 

 

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: