Kecacatan fikrah politik

Tahniah kepada Pakatan Rakyat kerana mengorak satu langkah besar iaitu bersatu dan berteduh di bawah satu payung.

 Dan kira nya saya kurang berminat untuk menulis perihal politik kerana sudah banyak rakan-rakan bloggers memberi pandangan tentang susuk politik tempatan. Tapi seakan ada tanggungjawab sebagai ahli pas,bekas ahli akademia dan rakyat malaysia mengukir sedikit pandangan kerdil dalam menampal sisa-sisa yang terjatuh dalam politik malaysia.

 Tahniah

 Untuk melakukan suatu perubahan cukup sukar dan perlukan pengorbanan tapi setiap pemimpin , penyokong dan peminat PR harus mengosongkan minda mereka dan “set” kan satu budaya cara pemikiran baru.3879208553_f5d6c1e292

 

Selama ini kita di takbir urus negara oleh UBN. Dan kehebatan UBN mereka bukan sahaja mengurus negara tapi mereka bijak dalam mengurus minda-minda rakyat . Kecacatan di tutup rapat dan kehebatan itu di serlahkan sehingga perkara kecil di perhebatkan sehingga rakyat yang berkiblatkan media perdana akan merasa ta’ajub pada pemerintahan UBN.

 

Persepsi itu bukan sahaja berlegar dalam minda orang UMNO atau BN tapi ia ada melekat sedikit sebanyak dalam minda-minda orang Pakatan Rakyat baik PAS,PKR . DAP kurang nampak kelemahan mereka mungkin kerana mereka jelas dengan hala tuju dan mungkin juga kesungguhan mereka untuk menawan Putrajaya terkobar-kobar sehingga mereka tinggalakan perkara remah.

 

Makanya,PAS dan PKR kena kena banyak menuntut dari DAP. Dan PKR mungkin boleh di maafkan kerana parti itu masih budak . Yang tidak patut ialah PAS yang matang usianya tapi masih gagal dalam mendidik ahli supaya matang dan profesional.

 Mungkin agama sebagai kayu pengukur nya tapi jangan mengambil orang yang tebal serbanya,berguru dengan guru-guru pondok dan kuat semangat jihad nya dalam masa yang sama orang yang layak dalam urus tadbir dan profesional di tolak mentah sehingga keluar slogan parti hanya di tadbir ulama.

 Sepatutnya politik hari ini adalah politik baru. Politik terbuka dan minda juga kena terbuka. Membaca blog tapi jangan cepat berkiblat kan blog kerana seseorang yang sihat minda nya akan melihat,menilai dan menganalisa.

 

     PAS kena berubah,tidak banyak untuk alihkan posisi tapi sekadar mencantikan PAS itu sendiri sehingga ia menjadi parti spiritual yang menjadi ikon kepada keadilan dan kebajikan. Kerana PAS membawa modul ISLAM dalam perjuangan itu.

      Jangan lekas melemahkan kawan kerana politik cantas mencantas sudah mula di dalam PAS baik dari akar umbi atau mungkin juga di peringkat atas. Itu secara pemerhatian kerdil saya. Jika ahli mula mengambil perangai buruk itu maka ISLAM akan terus lemah pembawaan nya dan ISLAM akan terus berada di serambi-serambi masjid sahaja sehingga kuasa ISLAM hanya berlegar dalam jemaah dan aura nya lesu.

      COntohi politik hebat Ustaz Fadhil M Nor,Tuan Guru Dato nik Abd Aziz, Lim Kuan Yiew , Abraham Lincoln. Kesemua susuk-susuk ahli politik tersebut memilik ketajaman pemikiran yang sukar di tembusi walau di serang hendap sekalipun. Dia menanam azam yang berbeza dan pandangan mereka di lihat melawan arus tapi hasil pandangan melawan arus itulah menjadikan mereka ahli politik hebat.

      Belajar dari sejarah kerana sejarah membuat kita belajar kelemahan. mahatma Gandhi seorang lelaki biasa tapi kerana sifat hati nya yang membela dan pedih melihat dikriminasi membuat dia menjadi ahli politik hebat. Politik itu hanya perantaraan bukan Tuhan kerana Tuhan hanya layak pada Yang Satu (Allah swt) .

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: