Inilah masa untuk matang.

Membuat satu perubahan dari lemah kepada kuat dan dari kecil kepada besar adalah satu kerja yang baik. Tapi di sebalik kekuatan untuk berubah perlu ada satu lagi pengorbanan iaitu pertahankan prinsip.

        Berkorban diri untuk jatuh kepada satu lembah di hina,hinaan itu bukan datang dari Tuhan tapi datang dari manusia yang bodoh sombong. Kebanyakan manusia di luar sana bodoh dan sombong . Dan sebilangan kecil manusia pula adalah yang bergelar cerdik dan matang dalam berfikir.

      Apa pun kita perlu yakin dan percaya bahawa Allah bersama kita dengan syarat hati kita berkiblatkan Allah dan niat hanya untuk redo Allah swt. Kita kalah dengan nafsu dan manusia yang bijak dia akan akur bahawa dia kalah dan terus menerima kekalahan nya. Dulu ya,kita (PAS) menerima kekalahan tapi sekarang kita seakan-akan mirip lawan kita UMNO.

         Mereka apabila kalah memberi seribu satu alasan dan berlapik dada bila bercakap tapi bila kemenangan berpihak pada mereka seakan mereka tuhan dan takdir itu milik mereka sahaja. Dulu berlapik dada tapi kini mendabik dada…

          Benar sekali kata Ibraham Linconln ” If you want test a human character give him power “

           Bagi manusia yang bijaksana,dengan kuasa mereka akan tenang dan bertambah tunduk jiwa nya tapi bila kuasa itu melekat pada diri manusia yang “bodoh” maka rosak lah diri nya dan dunia.

           Umar Abdul Aziz memerintah dengan penuh istiqomah pada jalan ISLAM. Itulah contoh untuk kita cerna dalam benak fikiran ini dan beridealogi lah dengan idealogi para ulama islam yang jelas berjaya mencipta nama sebagai pemerintah adil.

ISLAM MEROSAKKAN MINDA ?

Saya sedih apabila ada lagi orang ISLAM mempercayai bahawa Islam itu adalah candu. Ia menkhayal kan bila di amalkan. Tapi kesemua dongengan sekularisma itu jelas tidak tepat malahan teori dankal mereka telah tercalar apabila orang eropah mencipta sejarah memeluk ISLAM dari hari kehari bertambah sehingga pemerintah gusar dengan kecermelangan itu.

Benar tafsir ulama tentang hadith akhir zaman yang mana Matahari akan terbit di sebalah barat” . Saya petik sesetengah ulama yang menjelaskan itu adalah khilaf yang mana Islam akan bergemelapan di barat setelah Islam yang lahir di timur lembab dan lemah. Lembab dan lemah bukan kerana Islam.Islam itu adalah agama langit dan agama terbaik dari Allah kepada alam. Tapi yang membuat islam itu lemah ialah pengamalnya. Seperti kereta yang baik engine nya dan berperestasi tinggi akan rosak apabila cara pemanduan si pemamdu yang kurang akal nya. Seperti juga akal manusia,di katakan sesetengah orang bahawa dia bodoh,lembab dan tidak layak berada di tengah-tengah masyarakat elit. bagi saya,persepsi itu kena di perbetulkan..bukan dia lemah tapi dia tidak pernah berusaha untuk memacu minda nya.

Minda seperti kereta,jika cara di pandu perlahan dan kurang ilmu dalam teknik memandu maka kereta itu akan kurang pikap nya. Allah itu adil dan keadilan Allah itu pada semua. hanya manusia yang bersyukur sahaja akan merasai keadilan Allah yang maha esa itu.

Sebab itu kita kena ambil masa dalam sehari untuk bertafakur pada Allah. Melihat dan merenung alam,melihat di mana lubang kebocoran iman dan dimana perlu di tampung. Lihat ciptaan Allah yang sukar di cipta oleh tangan-tangan manusia.

CARA PERLU DI PERBAIKI

Kita perlu sedar,kita sendiri adalah makhluk Allah swt. Dan Allah swt telah rakam kan dalam kitab nya Al-Quran bahawa Allah akan mencipta seorang pemimpin di atas dunia. Maka inilah masa kita berpegang “benar-benar” pada jalan Allah yang di pandukan dengan al-Quranul Qarim.

Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda :’Di hari pengadilan, di hadapan Allah, tiada syafaat yang lebih baik darjatnya daripada Quran, mahupun dari nabi atau malaikat.’

Siapa pemimpin?

Yang bergelar manusia!

Manusia itu adalah kita semua. Menurut tafsiran Ibnu Khaldum dalam kitab Al Muqaddimah dan juga “related” dengan tafsiran Al-Mawardi dalam kitab nya dimana kedua-dua ulama ini menyimpulkan bahawa khalifah(manusia) perlu ada 3kreteria utama iaitu

1. Mengalang ganti tugas-tugas Nabi

2. Mengamalkan agama(Islam)

3. Mentadbir alam dengan Islam.

Jelas sekali. Kita kadang kala menoleh ke belakang kerana kelemahan kita sendiri. Dan kita sering mengatakan Melayu itu sentiasa lemah. Tapi sedarkah kita,bangsa apa sekalipun akal perlu di asah. Budaya perlu di ubah dan minda kena selari dengan zaman. Bersyarat,pandu diri berdasarkan Islam. Mengikut dengan mengkaji.

Mendengar dan membaca. Jangan mengikut tapi iringan mengkaji tidak berlaku dan jangan mendengar sahaja tanpa membaca beberapa fakta hasil pendengaran dan kajian. baru lah kita hebat.

Dunia hari ini adalah dunia baru. Semalam kita bertuhan kan adat bangsa tapi esok kita bertuhankan tuhan. Bertunjangkan kebenaran dan jangan bersandar kan kepada hantu polong.

Berbukulah dengan hidup dan berkamuslah dengan pengalaman,pasti kita akan jadi hebat. Hebat bukan di luar tapi bermula di dalam. Jika jiwa nya besar maka akan terserlah kehebatan diri nya. Baru hasil nya akan menjadi pemimpin bijaksana dan hebat. InsyaAllah.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: