Bagan Pinang : Antara keruntuhan moral UMNO dan Prisip keterbukaan PAS

Apabila di baca sejarah dunia,manusia yang memperjuangkan hak kemanusiaan dan menyamaratakan semua bangsa akan di sanjung puji tapi bukan semasa hayat nya tapi selepas di tembak atau di bunuh.

Idealisme almarhum Al Malik Shabaz al hajj, atau lebih dikenali sebagai Malcolm X adalah manusia yang mampu menunjukan perjuangan yang tidak bersifat rasis akan di terima malahan penerimaan nya luar biasa pengaruhnya.

Semangan perjuangan Al-Malik Shabaz tidak pernah luntur walaupun almarhum telah lama syahid.

Hari ini dan politik yang di perjuangkan PAS dan PR harus membuka lembaran baru. Minda melayu terutama wajar di asah kembali dan tidak wajar di tumpulkan hanya kerana semangan politik satu parti.

Melayu masih bersifat “typical”  dan tersenyum lebar saya apabila melayu seakan berlagak pandai dari bangsa lain. Kerana itulah melayu terus mundur dari zaman nya. Melayu terlalu mengagunkan Hang Tuan dari perjuangan Rasullulah yang mana perjaungan Nabi itu cukup harmoni sifat nya jika di baca malahan di kaji.

Saya menyingkap sedikit perjalanan politik…

UMNO berjaya memerdeka kan negara dengan kerjasama dengan kuasa barat bertentukan syarat-syarat yang tersirat dan tersurat. Tapi perjuangan UMNO tidak lebih hanya politik dan kemenangan dalam kamus mereka tidak membuka dan mengasah minda-minda rakyat. Sejarah mungkin benar dan mungkin di campur aduk untuk kepentingan kuasa …sebab itulah kita anak melayu wajar mengkiji kerana fakta yang di suap sejak kecil berunsurkan racun dan dendam!

UMNO mungkin memaparkan kepada rakyat paparan kemajuan dunia,keterbukaan sistem teknologi dan bertuhankan wang. Tapi hakikat nya UMNO seakan lupa untuk mendidik bangsa yang merdeka minda dan prinsip nya

Lahirnya pemimpin UMNO bukan kerana keterbukaan dan kecelikan dalam Prinsip tapi wang membawa mereka naik tanpa had jika wang di isi kiri dan kanan.

Bangsa melayu dalam UMNO mungkin tersenyum dengan pemimpin mereka dan kekayaan yang di tabur hembur untuk menulakan fikrah bonzai mereka tapi bangsa yang bukan fikrah UMNO dan BN akan terus sesak dan malai menerus arus perjaungan hidup yang entah bila.

Ejah Eli Muhammad seorang pemimpin “Nation of Islam”  berjaya melahirkan pemimpin hebat seperti al Malik tapi perjuagan dan keterbukaan prinsip al-Malik Syabaz membawa prinsip baru.  Almarhum meninggalkan Nation OF Islam kerana pertubuhan itu hanya bersifat perkauman.

PAS mungkin berjaya tapi secara peribadi bukan hari ini kita kecap kejayaan itu..mungkin tahun depan atau berpuluh-puluh tahun lagi. Dan kejayaan itu berbentuk kuasa atau berbentuk prinsip . Tapi kejayaan PAS akan di capai atas satu syarat iaitu “tidak memperjuangkan satu kaum”

Mungkin kejayaan itu akan di baca buku nya oleh cucu cicit kita di masa depan,prinsip pemimpin yang di himpit dengan pelbagai fitnah dan hemburan politik kotor kerana jalan yang lurus dan benar akan di hina sebelum menang. Itu syarat perjaungan suci kerana ujian itu milik Allah swt.

Saya petik kenyataan yang Sulayman S Nyang dalam majalah The Massage di mana Sulayman menyatakan pemimpin yang hebat harus mengadaikan satu prinsip yang besar dan prinsip itu kontra.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: