Apabila saya bertandang di sebuah rumah sahabat,terbuka sekali lagi minda akan kepelbagaian sifat manusia. Sifat dan sikap manusia yang jauh berlainan ,boleh saya gambarkan ia cukup pelik,unik , multi dan ia terlalu subjektif untuk di klasifikasikan.

Agak terkejut apabila manusia yang saya jumpa itu ialah bekas seorang ahli academia. Songsang pemikiran nya dan berputar pendirian nya dari dasar sebenar dan hakiki hidup.

Benar,apabila manusia melayu tidak makan nasi dan menjamu spageti maka kita bias sifatkan dia adalah urban dan moden. Tapi bukan cara pemakanan nya moden rupanya minda nya sudah di kemas rapi akan susunan bertuhan kan dunia. Golangan “tanpa agama” memang tidak asing tapi  ia kurang popular.

Di barat kita bisa sifatkan keterbukaan minda tapi apabila di atur susunan kehidupan manusia kita tidak bisa untuk jauh dari agama. Saya membaca buku tulisan Prof Reanan Deupon,seorang pemikir dan ahli sains juga pemenang hadiah nobel dalam bidang sains dimana prof reanan menyatakan dalam buku nya So Human An Animals “Manusia barat tersilap langkah,menerima aturan tamadun tanpa agama. Manusia barat berlagak seperti haiwan”

Saya boleh sifatkan manusia ini seperti kereta yang bergerak di waktu malam hari. Kereta perlukan lampu dan ia cukup berguna untuk membawa ke mana saja ,menyuluh kegelapan . Tapi apabila manusia menolak lumat agama maka manusia itu tidak mampu mambawa diri. Diri umpama haiwan dan jiwa cukup busuk untuk di hihupkan.

Dunia hari ini di bangunkan dengan agama,kebencian Negara barat kepada Negara asia barat adalah berasaskan agama. Permusuhan Negara adalah kerana agama. A.S memegang teguh agama Nasrani sehingga islam di hina lumat oleh mereka.

Dr Alexis Carel juga menyelar tamadun barat kerana membangun tanpa had dan menolak lumat agama. Agama itu bukan nya racun ,dan bukan nya juga candu!

Kita melayu di racuni sentiment “agama memundurkan” . Tapi percayalah,agama bukan memundurkan dan agama jika di amalkan dengan sempurna maka kita akan mencapai ketinggian tamadun dan kehebatan.

Islam telah menakluki dunia 2/3 . Satu pencapaian hebat,tapi pencapaian itu di celah dengan kebijaksanaan.

Kita boleh menolak agama,tapi manusia akan terus mati tanpa agama . Agama itu candu bagi si pemikir moden dan sekular tapi candu sebenar ialah jiwa yang cintakan duniawi dan keseronokan semata-mata.

Kita menolak ulama dan menghina si pembawa agama,kita juga di anggap sonsang apabila memperjuangkan agama. Sedarkah kita,mati kita di baca talkin dan di buat zikir . Kenapa perlu berzikir dan bertalkin? sedangkan hidup nya menolak perjuangan agama secara terang-terangan. halal kah islam untuk nya apabila mati?

Nabi saw pernah bersabda :

“Barangsiapa memperbaiki hubungannya dengan Allah maka Allah akan menyempurnakan hubungannya dengan manusia. Barangsiapa memperbaiki apa yang dirahasiakannya maka Allah akan memperbaiki apa yang dilahirkannya (terang-terangan)” (HR. Al Hakim)

Advertisements