Demostrasi Kepala Lembu : Antara kejahilan dan fanatik

Tahniah kepada Yb Khairi Jamaludin kerana berani menyatakan ketidak setujuan dan mengutuk cara pendemostrasi yang membawa ikon kepada lembu semata-mata mahu memprotes tindakan kerajaan negeri selangor berhubung isu kuil. Keterbukaan dalam soal ini wajar di ikut oleh ahli dan penyokong UMNO.

Tindakan pemdemostrasi amat biadab dan kurang akal . Mereka mungkin menegakkan agama yang di anuti tapi ISLAM tidak pernah mengajar Umat nya membawa risalah songsang dan paksaan. Itu harus di terima oleh setiap umat ISLAM. Itu yang di panggil fanatik tanpa ilmu! Itu cukup bahaya tak kira mana-mana penyokong parti sekalipun.

Allah swt telah menurunkan al-Quran kepada NAbi dan as-sunnah kepada manusia seluruhnya untuk memantapkan akidah (ikatan) antara manusia dan tuhan. Tapi susur perjalanan Nabi saw harus di pelajari dan di kaji kerana Nabi saw adalah ikon keamanan dan kecerdikan pada seluruh umat.

demostrasi anti kuilTindakan yang berlaku di SUK selangor mungkin satu petunjuk akan tiada moral dan kurang akal. Kenapa mereka tidak merujuk kepada kalamullah sebelum melakukan setiap tindakan?

Ingatlah,Allah swt pernah berfirman

Dan jangan kamu mencerca benda-benda yang mereka sembah selain Allah, kerana mereka nanti akan mencerca Allah secara melampaui batas tanpa ilmu pengetahuan.” – (al-An’am: 108)

Kita punya akal dalam bertindak bukan semata-mata mengeluarkan keris apabila tidak puas hati dan bunuh membunuh jika ia tidak mengikut fikrah haluan kita.

Saya sebelum menulis terpaksa membawa kembali buku-buku lama dan sirah perjalanan Nabi dan sahabat baginda. Saya tertarik satu kisah di mana Ibn Umar r.a pernah bersolat di luar gereja, walaupun pihak gereja membenarkannya bersolat di dalamnya. Beliau menolak tawaran itu kerana dibimbangi nanti akan dicontohi generasi akan datang.

Nabi mengajar kita berhikmat . Kecerdikan dalam bertindak. Kenapa di islam terus berkembang sejak Nabi saw meyebarkan kempen dakwah untuk seluruh alam?

jawapan nya mudah iaitu kerana islam cukup cantik ajarannya. Kecantikan itu bukan hanya pada ayat-ayat yang di baca sahaja tapi pada perilaku umat islam itu sendiri. Keperibadian Nabi saw memberi sinar baru kepada pembesar-pembesar bahawa manusia itu sama dan islam memuliakan sesama kita.

Sultan Salahudin Al ayubi sewaktu berjaya mengalahkan tentera salib di baitulmaqdis ,beliau melangkah masuk ke kota dan mengangkat palang salib yang  jatuh tanda hormat pada agama lain tapi prinsip dan akidah hanya berhala pada Allah tuhan sekalian makhluk.

ISLAM tidak menganjur dakwah dengan menghina dan mengkeji tapi islam itu cukup indah. ISLAM punyai siasah untuk kita perjuangkan demi menaikan dustur Allah. Kecedikan itu milik kita. Kenapa dalam soal kuil,arak kita gila-gila memperjuangkan akan keharamannya tapi kenapa tidak memprotes kerajaan pusat yang membenarkan pusat judi di genting? kenapa orang-orang melayu tidak memperjuangkan soal ulama dan agama di perkuda-kuda kan sedangkan ulama itu pewaris Nabi saw?

Berbalik pada soal pembinaan kuil,secara asasnya kaedah ini saya rujuk  firman Allah yang bermaksud:

Tiada paksaan dalam agama Islam, sesungguhnya telah nyata kebenaran Islam dari kesesatan kufur.” – (al-Baqarah: 256).

Firman-Nya lagi: “Patutkah engkau memaksa manusia supaya semuanya menjadi orang-orang yang beriman?”

Ibn Kathir mentafsirkan ayat di atas, katanya: Jangan sekali-kali kamu memaksa orang supaya beragama Islam. Agama ini sudah cukup jelas kebenarannya, ia tidak lagi memerlukan sebarang paksaan. Sesiapa suka beriman, maka terimalah iman dengan rela hati.

Orang melayu terlalu fanatik kepada sesuatu termasuk adab tapi agama ISLAM hanya ikon bagi mereka. Sejak pemerintahan Barisan Nasional di selangor kenapa orang-orang yang laksanakan demostrasi ini tidak berarak dan berkumpul di SUK?  sedangkan arak dan judi menjadi satu perkata “enteng” oleh kerajaan BN yang memerintah.

Kenapa apabila ada usaha-usaha pakatan rakyat untuk mengawal arak dan judi termasuk penstrukturan semula rumah ibadat bukan islam menjadi api kehangatan yang menghangat jiwa-jiwa orang melayu tertentu sedangkan kenapa mereka tidak besar kepala dalam isu sama sewaktu khir toyo memerintah?

Ini kejanggalan politik orang UMNO dan melayu tertentu.

Kebebasan berakidah merupakan hak pertama manusia. Seseorang yang dirampas kebebasan akidahnya bererti telah dirampas kemanusiaannya dari awal lagi.

Di samping kebebasan akidah ialah kebebasan berdakwah atau memperjuangkan akidah dan keamanan daripada gangguan dan penindasan. Jika tidak diberi kebebasan berakidah, maka ia hanya kebebasan pada namanya sahaja, tidak ada apa-apa ertinya dalam realiti kehidupan.

Al-Quran pernah menyatakan sebab-sebab diizinkan perang ialah kerana menjaga rumah-rumah ibadat daripada dihancurkan oleh manusia yang fanatik agama. Al-Quran menyatakan dalam firman-Nya yang bermaksud:

Kalaulah Allah tidak mendorong sesetengah manusia menentang pencerobohan, nescaya robohlah tempat-tempat pertapaan, gereja-gereja Yahudi dan Kristian dan masjid-masjid yang disebut nama Allah banyak-banyak padanya.” – (al-Haj: 40).

Dalam sejarah Islam banyak dicatatkan butir-butir perjanjian yang memperakukan kedudukan ahl al-Zimmah dalam negara Islam, bahawa kedudukan mereka dihormati, harta benda mereka dilindungi dan rumah-rumah ibadat mereka tidak harus dicabuli.

Sebagai contoh: Ketika Umar Ibn Al-Khattab menjadi khalifah, suatu perjanjian dimeteraikan antara kerajaan Islam dengan penduduk Kristian di Quds iaitu memelihara hak kebebasan beragama, hak mendirikan rumah-rumah ibadat dan hak menjaga keselamatan harta benda mereka (Tarikh al-Tabari, 3/609).

Perjanjian ini terkandung di bawah kaedah kaum bukan Islam harus mendapat hak yang serupa dengan orang Islam, kecuali pada beberapa perkara yang ditentukan.

ISLAM itu cukup luas ilmu nya dan kita wajar berhikmah.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: