Perbezaan itu nikmat

Dengan nama Allah yang mempunyai rahsia-rahsia alam dan Maha berilmu pengetahuan.

Saya termenung seketika untuk mencari idea menulis selepas membaca buku tulisan Dr Yusuf Al-Qardawi yang bertajuk “Awamil al-Si`ah wa al-Murunah fi al-Islam” . Buku yang sangat cantik dan isi yang cukup membawa pengertian yang amat luas. Di mana Dr Yusuf Al-Qardawi menyatakan Allah swt mewujudkan banyak ruang dalam ISLAM dan ia cukup flexible untuk di amalkan oleh penganut agama langit itu.

Dalam soal perbezaan ,saya tidak mengambil ia sebagai suatu yang berat. In ringan selagi tidak melanggar prinsip Islam dan dustur Allah yang telah termaktub dalam kitab suci Allah Al-Quranul Qarim.0,,2270080_4,00

Apabila rakan-rakan dan pengalaman belajar di univesiti dan bergiat dengan jamaah di sana ia cukup memberi ruang dan luang untuk saya mengukir pebezaan manusia dan manusia itu memberatkan perbezaan sehingga tiada satu pun jalan-jalan hikmah yang di ambil.

Perbezaan jamaah adalah satu perkara biasa di akhir zaman ini. Tapi selagi ia tidak melanggar dustur Allah maka ia adalah sahabat kita dan jalan nya berbeza tapi hala tuju nya sama iaitu menegakkan kalimah toiyibbah . Di sebalik perbezaan , kita wajar bersatu di saat dustur Allah di permain-mainkan dan institusi ulama di perkuda kan.

Perbezaan adalah satu nikmat di atas nikmat-nikmat Allah swt. Raja Habsyah pernah berkata kepada Amru sewaktu mengadap nya untuk mengambil orang ISLAM yang berlindung di bawah taklukan raja kristian itu. Tapi raja absyah berkata pada amru

Kepercayaan kami dan kepercayaan kamu seperti dua pancaran cahaya ,berpisah tapi ia datang dari sumber yang sama”

Hasil keadilan raja Najashi itu Islam berkembang di dalam hati nya dan dia menganut agama Muhammad saw tapi Nabi saw merahsiakan pengislamannya untuk kepentingan politik ISLAM. Itu hebatnya nabi saw.

Kita wajar berhati-hati dalam setiap perkara,perbezaan mungkin memberi kesan yang baik tapi ISLAM harus di ambik kesemua secara syumul dan bukan di amalkan furu’ sahaja.nik aziz-lee

Tapi di sebalik perbezaan itu saya perkuatkan lagi dengan hujah yang di karangkan oleh Ibu Khaldum dalam kitab nya al-Muqaddimah di mana ulama islam ini menegaskan

manusia itu dijadikan berbeza dari segi bahasanya, adatnya dan budayanya. Setiap kaum mempunyai sifat-sifat tersendiri, adat setempat dan sudut pandangan semesta yang tersendiri.

Bertepatan dengan firman Allah s.w.t. di dalam al-Quran:

“Dan sebahagian daripada tanda-tanda kebesaran-Nya ialah penciptaan langit dan bumi, dan berbezanya bahasa-bahasa kamu dan warna kulit kamu, sesungguhnya yang demikian itu mempunyai tanda-tanda bagi mereka yang mempunyai pengetahuan.” (Ar-Rum: 12)

Tidak di nafikan perbezaan itu adalah satu nikmat. Sebagai orang ISLAM kita harus berlapang dada dalam setiap perbezaan-perbezaan yang ada di sekeliling kita selagi ia tidak bercanggah dengan ajaran Allah swt.

Perbezaan jamaah bukan lah penghalang untuk kita minum semeja,tidur sebantal atau berjabat tangan selagi ia mendatangkan kebaikan untuk ISLAM dan untuk membuktikan cantiknya ISLAM maka kita wajar melakukannya. Berhikmah dalam setiap macam perkara.

Agama itu cantik dan indah,dan islam itu adalah agama langit untuk kesempurnaan manusia. InsyaAllah selagi Islam ada dalam hati-hati kita maka berdoalah kepada Allah semoga Allah pautkan hati-hati kita dengan agama Allah swt seperti doa yang sering kita baca dalam Mathurat.

InsyaAllah berlapang dadalah kita dan lihat mana kekurangan maka kita sama-sama tampalkan demi Islam yang indah ini. Ameen.

Apa-apa pun ulama telah sepakat ,selain ikutan tetap kita Al-Quran dan As-sunnah kita punyai al-istihsan (kaedah pengecualian hukum dalam kes-kes tertentu), al-istislah (kemaslahatan masyarakat) dan al-`urf (budaya setempat) . InsyaAllah kita mengkaji.

Apa perbezaan pun ,Dr. Yusuf al-Qardhawi dalam buku nya Fiqh al-Awlawiyyat, beliau menyarankan supaya umat Islam memahami kedudukan hukum bagi sesuatu perkara. Menurut beliau, Islam telah meletakkan beberapa perkara yang tidak dibenarkan berlaku perbezaan antaranya ialah perkara-perkara yang berkaitan dengan iman kepada Allah, dan yang kedua ialah kasih sayang sesama manusia. Inilah prinsip umum Islam yang mesti diletakkan pada prioriti yang tertinggi sebelum perkara-perkara lain.

IMAN itu cukup luas pengertiannya. Kita cuba menjadi al-Muta’allimim(pemburu Ilmu) yang di sarankan oleh junjungan besar Nabi Muhammad saw. InsyaAllah.

Apa pun perbezaan kita wajar profesional .

3 responses to this post.

  1. Posted by zaujah_muslimah on August 26, 2009 at 5:13 am

    Kerana ketidakmampuannya seorang hamba, dia tidak akan dapat mengetahui apa yang terjadi di sebalik tabir keghaiban.Yang Dilihatnya adalah hal-hal lahiriyyah shaja. Sedangkan hal-hal yg tsembunyi hanya Allah yang mengetahui. Betapa banyak cubaan berubah menjadi anugerah, dan betapa banyak bencana yang kemudian menjelma menjadi nikmat. Kebaikn itu adakalanya terkandung di dalam hal yang tidak disukai

    “Berpegang teguhlah kamu pada apa yang AKU berikan kepadamu dan hendaklah kamu tmasuk orang yang bersyukur” al-araf144

    Sebahagian manusia atau orang boleh di analogi sebagai seekor ikan yang buta, dia mengira bahawa dia berada dalam gelas kecil,padahal dia berada di lautan. Kita diciptakan di alam keimanan yang begitu luas, namun acap kali kita menyempitkan jiwa2 kontang ini dengan segunung2 ktakutan, pemusuhan, kesedihan dan kebenciaan waima dalam organisasi mahupun dalam kelompok jemaah yang asalnya terbina atas 1 matlamat dan landasan iaitu ISLAM.. tapi dampak negatif kian ketara apabila perjuang itu btukar sirna dan matlmat itu lahirlah haluan dan jalan yg bsimpang.

    Tidak ada yang lebih bguna dr buku, tidak ada yg lebih mberi peringatan drpada kuburan, tidak ada yg mbosankan dr maksiat dan tidak ada yang mulia drpada sikap zuhud, dan tidak ada kekayaan yang lebih baik dr Qana’ah.. insyaAllah.. Salam Perjuangan… amin.

    Reply

  2. Posted by Reformis on August 26, 2009 at 9:40 am

    Di sebalik rahsia-rahsia Allah ,ada singkapan yang di permudahkan oleh Allah pada hamba-hamba nya yang di pimpin sahaja.

    Subhanallah..

    Carilah…dunia ini luas untuk di perhalusi…berdoa dan bertaubat kerana Allah memiliki segala pintu-pintu rahmat. Ameen.

    syukran

    Reply

  3. alhamdulillah..
    kefahaman dan buah pegangan kita seakan sama dengan izin Allah. kalau tidak mana mungkin mampu bersahahabat sperti skarang. alhamdulillah.

    Islam itu satu. walaupun berlainan jemaah. itu salah satu tanda kebesaran Allah yang mencipta pelbagai idea dan pemahaman yang sentiasa menuntut manusia mencari yang terbaik dalam hidup. andai tiada perbezaan, tiadalah pembaikan dan pemurnian tindakan atas apa yang kita lakukan.

    dalam hal yang sedang akhy hujahkan ini, cuba kita fokuskan skit. kita ambik ruang lingkup seagama, bukannya antara bangsa atau agama.

    mungkin yang menjadi salah satu perkara yang diambil berat sesetengah orang dlm brjemaah adalah gerak kerjanya. walaupun destinasi akhir yang kita nak tuju adalah sama, namun mereka-mereka melihat persamaan gerak kerja sbgai satu keserasian yang perlu kita capai terlebih dahulu. nak makan semeja perlu kehendak menu yang sama. maksudnya nak capai kesamaan matlamat perlu melihat kepada keserasian langkah di permulaan.(ini pendapat dan pandangan dari sesetengah sahabat yang berfikrah)

    apapun, yang paling penting bagi kita skrg adalah kesedaran bahawa kita membawa Islam. bukannya membawa jemaah. personally, jemaah adalah satu tempat berpijak dan bergerak untuk sampai ke destinasi. walaupun kita perlu mengimani apa yng kita pegangi, xbermakna kita ‘tertutup’ untuk memandang ke kanan n kiri dan kadangkala berpijak dilantai yang lain untuk pastikan kita sampai ke destinasi yang kita nak tuju.

    cukup cantik pandangan dan sokongan hujah akhy atas izin Allah.ya, berlapang dada penting.melihat permasalahan yang ada secara lebih terbuka. dan bukannya menegakkan pndapat ‘hanya fikrahku yang betul..yang lain salah’. Nauzubillah..

    insyAllah..
    apapun yg kita lakukan, dimanapun kita berpijak,.pentingnya bersatu menentang pemerintahan firaun moden sekarang.

    setuju dgn pendapat akhy..:-)
    insyaAllah.

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: