Pejuang Nasionalis kalah lagi

Katakanlah,sesungguhnya orang-orang yang mengadakan pembohongan terhadap Allah tidak akan beruntung. Bagi mereka kesenangan sementara di dunia,kemudian kami rasakan kepada mereka seksa yang berat,di sebabkan kekafiran mereka”

Kata tuan Guru Nik Aziz Mursyidul Am Pas di mana

Ahli-ahli politik yang mampu menangani persoalan-persoalan politik dunia dan terus sampai ke akhirat adalah di kira sebagai ahli politik yang paling berjaya”

Piliharaya kecil Permatang Pasir ,Pulau Pinang yang menunjukkan kekalahan dari pihak mustaqbirin UMNO adalah satu petanda bahawa Allah sudah memenangkan perjuangan ISLAM dan menundukan perjuangan toughud.

UMNO 10tahun lepas mungkin boleh mendabik dada tapi hari ini adalah zaman kejatuhan nya. Bung Karno di zaman pemerintahanya memang cukup berlagak dan tidak terfikir oleh akal bahawa pemerintahanya akan berakhir tapi kekayaan dan kekuasaan manusia itu adalah milik Allah swt. Allah berkuasa untuk naikkan atau menjatuhkan seseorang yang di kehendakinya sebab itulah kita wajar yakin dengan kuasa Allah swt.

Perjuangan yang berkisarkan ras sudah lama di jadikan bahan sejarah oleh dunia-dunia maju termasuk Mustaqbirin Amerika yang mana ketua nya ialah bangsa kulit hitam. Bangsa yang mana dahulu di pijak lumat oleh orang kulit putih dan tempat ibadah di asingkan sedangkan agama mereka menyamaratakan semua ras-ras .

Tidak di nafikan,asas dari kebangkitan ISLAM di eropah menyebabkan kesan dari sudut moral kepada pejuang-pejuang ISLAM di seluruh dunia. Tapi pencinta ISLAM dan orang-orang yang beriman kepada agama langit,wajar berhati-hati kerana musuh ISLAM tidak akan menggunkan senjata canggih lagi untuk menentang kita tapi kekuatan baru hadir dalam misi dajal mereka.

Senjata yang paling ampuh untuk melawan Umat ISLAM ialah ISLAM itu sendiri. Pelbagai kempen dan pemimpin di asah lumat oleh kaum mustaqbirin AS dan israel semata-mata mahukan islam kembali lemah dan lembab untuk bangkit.

Tapi percayalah,Nabi dan sahabat membuktikan bahawa ISLAM tidak pernah lemah. Para cendiakawan eropah menyatakan ISLAM adalah seperti singa yang tidur,di waktu ia tidur musuh boleh bermain dan berlegar-legar dengan nya tapi berhati-hati ketika singa itu terjaga.

Hari ini dan saat ini kita sebagai umat ISLAM wajar kembali bermunajat dan bersedia dengan senjata jihad untuk menentang segala macam musuh yang bakal tiba. Kita mungkin di sangka lemah dan lembab tapi di sebalik sejarah ISLAM yang menumpaskan kerajaan ROM yang kuat dan ISLAM berjaya menundukan Yahudi adalah bukti demi bukti ISLAM tidak pernah lemah dan kalah.

Hasil suntikan racun golongan Nasionalis dan kafir kita umat ISLAM leka seketika dan lupa untuk membela kitabullah dan dustur Allah. Kita mungkin lali untuk memperingatkan tugas kita sebenarnya . Kita perlu bangun dan terus bangun untuk mencapai cinta Allah. Bangun dari kesengsaraan yang berterusan dan mencapai kemenangan kegemilangan ISLAM .

Golongan penentang agama langit bukan datang dari orang yahudi tapi ia datang dari bangsa kita sendiri. Yang menentang kesaksian Nabi ialah kaum keluarga Nabi dan kaum nya sendiri tapi percayalah di sebalik penentangan kita perlu berhati-hati kerana bangsa akan melemahkan perjuangan kita jika kita mengambil fahaman berkabilah . Fahaman ini lah yang menhancurkan khalifah-khalifah ISLAM dan kerana fahaman kabilah inilah umat islam berpecah sedangkan Nabi dan para sahabat telah mencantumkan umat ISLAM tanpa ada beza ras dan pangkat kedudukan.

InsyaAllah kembali kita pada Allah dan agama langit nya. Kita mungkin terleka tapi kelekaan kita tidak akan lama kerana kenikmatan syurga menanti orang-orang yang bersabar dan berjahada di jalan Allah swt.

Berhati-hati dengan fahaman nasionalis kerana Allah telah mengirimkan rasul sebagai ikutan dan tauladan. InsyaAllah kata Nabi orang Islam tidak akan jatuh kali ke dua dalam lubang yang sama .

Tariq bin Ziat pernah berkata pada bala tentera nya

Jika ku tahu seberang lautan ini adanya daratan maka akan ku renangi dan memacakkan panji Hijau ISLAM di sana.

InsyaAllah kita ambil semangat untuk perjuangan suci Allah ini. Kita hentikan mulut-mulut yang mencerca ISLAM dan kita hapuskan ideologi dan fahaman jahiliah yang jelas merendah-rendahkan agama yang kita anuti ini.

Ingatlah,

Saiyidina Omar Al Khattab rha berkata

Kita adalah suatu kaum yang diberi kekuatan oleh Allah dengan Islam , maka barangsiapa yang mencari kekuatan lain , selain dari apa yang telah dianugerahkan oleh Allah , maka tunggulah bala kehinaan daripada Allah swt “

Advertisements

2 responses to this post.

  1. alhamdulillah…

    siri kejayaan ini adalah antara kejayaan2 yang telah termaktub dalam Qalam Suci Allah,al-Quran. Bilamana Allah telah berjanji bahawa sampai satu saat, panji Islam pasti akan tertegak. Puncaknya, Islam sebagai Ustaziatul Alam. Cuma yang paling dikhuatiri sifat manusia itu sendiri melihat kejayaan yang dicapai dengan cara bagaimana? bukan masanya untuk kita lihat siapa yang kuat siapa yang lemah. dah terbukti agama Islam pasti akan kuat bila dibarisi oleh rijal-rijal yang mantap fikrahnya, suci akidahnya, murni akhlaknya.

    namun,pandangan peribadi setelah melihat dan menilai. bila satu ketika kita diberi kemenangan, sesetengahnya mengambil peluang kemenangan itu untuk terus mencaci, menghukum, dan melakukan perkara-perkara diluar batasan. kerana apa? kerana gembiranya apabila berjaya dan perlu meraikannya dengan cara yang sebegitu. sedangkan kejayaan itu adalah dugaan yang besar sebenarnya kerana kejayaan telah mendekatkan kita dengan ‘zon yang selesa’.zon yang mungkin membuatkan kita sedikit lena dengan nikmat yang dianugerahkan lantas terlupa untuk terus mengislah diri tunduk dan terus sujud sebenar-benarnya sujud kepada Allah yang memberi kemenangan.kualiti kemenangan yg sebenar adalah bila dibarisi oleh orang-orang yang faham hala tuju apa yang diperjuangkan.

    insyaAllah,
    moga apa yang Allah kurnikan ini tidak memalingkan hati kita lantas sampai satu ketika Allah akan gantikan kita dengan kaum yang lebih baik.

    “dan jika kamu berpaling (daripada beriman, bertakwa dan berderma) Dia akan menggantikan kamu dengan kaum yang lain; setelah itu mereka tidak akan berkeadaan seperti kamu.”

    berlainan gerak kerja dan berbeza ‘kapal’ xbermakna berlainan fikrah..kan?..:-) insyaAllah..

    Reply

    • Posted by Reformis on August 26, 2009 at 3:39 am

      subhanallah,ya muslimah.

      insyaAllah akhy jawab dalam post terbaru akhy.
      masih ada kekurangan dalam hujah akhy tapi sedkit ilmu yang akhy ada akhy luahkan untuk sama-sama kita capai ketinggian darajat .

      Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: